@luqwhostalking @KlutzyKucing@dyiela90 there’s indeed a thesis about her! u search “An Analysis of Vivy Yusof’s humblebragging language on social media” hahahahah
WHO’S WHO
Isu Fashion Valet ada yang mintak saya ulas. Jadi sebab yang bertanya top follower saya keluarlah kejap dari gua pertapaan dan cuba bagi pandangan.
Orang heboh. Masa Fashion Valet rugi Khazanah dan PNB dok beli RM47 juta dan lepas 6 tahun rugi lagi, dijual dalam rapid sale RM3.1 juta sahaja.
Untuk rekod, Grab pun rugi masa investors masuk melabur dan sebelum listing pun dia rugi juga. Tapi investors bertahan, sebab potensi dan value yang ada.
Jadi pada saya, dalam game investment, isu rugi ni bukan isu utama. Kalau ada potensi dan value nya makin meninggi, investors akan stay punya.
Jadi isunya apa? Isu nya ada dua:
1. Macam mana FV ni boleh dapat invesment GLIC kita, walhal bila Grab mintak depa bolayan. Sekarang Grab dah jadi Unicorn Singapura. A missed opportunity.
2. Macam mana GLIC kita buat invesment tapi rugi berpuluh juta, macam tiada apa. Boleh jual senyap2 RM3.1 juta. Depa kata Temasek pun rugi jugak. Tapi bila Temasek rugi, ada orang ambil responsibility. Hatta rugi sejuta pun. Heads must roll. Yang ni kalau rugi, nak buat macam mana. Setakat duit rakyat kot, bukan duit kita. Macam tu lah budaya nya.
********************
Untuk isu 1, as always dalam Malaysia ni, the who’s who dominasi. Nak apa saja dalam Malaysia, kalau takde kabel, mereput la anda di sana. Kalau ada kabel, orang politik pula, akan berdesup perginya. Berapa ramai startups orang muda, perlu ke luar negara untuk dapat funding, kerana dalam negara mereka macam pengemis. Tak dilayan, dana yang ada biasanya untuk geng who’s who and elit politik.
FV ni pun sama, dari mula, dana mencurah2. Dari MyEG bagi modal awal RM1juta sampai Khazanah masuk RM27 juta tahun 2018 dan PNB tolong lagi top up RM20juta. Tupun masih tak cukup. Cuma yang kita juga harus tanya, pelaburan dana awam ni takde safeguards ka? Takkan la invest one to one macam tu je. Director takde tanggungjawab ke?
Semalam, Vivy dan suami resign dan konon ambil tanggungjawab. A stunt yang ramai jangka.
It’s a sinking ship, resign tu bukan maksud anda ambil responsibility. Tu bermaksud anda lari.
Sama saja dengan Sapura, 3 hari lepas pengasas nya resign juga. Lepas Kerajaan dah bail out beratus juta, now depa tinggalkan pada orang lain nak manage pula.
Makanya, kita tertanya, adakah GLIC kita ini diguna kebanyakkannya nak selamatkan Melayu T10 agar mereka kekal kaya. Yang tanggung rugi Melayu Marhein macam kita.
Depa dah cash out awai, tak kalut kemudian hari. 7 generasi cukup rezeki. Bila kita struggle hari2.
Ironi kes ini, yang tanya di Parlimen, seorang MP DAP. Nak harap Pembangkang nak buat semak dan imbang, depa lagi kalut dengan perkataan “KETIMBANG” 🤦🏻♀️ nak harap semak GLIC kita, subjek prinsip akaun masa sekolah pun tak lepas agaknya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
MCMC dah jemput MUDA untuk sesi libat urus sebelum umumkan perlesenan ni. Apa yang berlaku? MUDA tak datang.
Tapi umum je akan lesenkan, terus Saddiq buat video bantah. Kalau dia datang sesi haritu, dia boleh mengamuk depan MCMC terus. Tapi dia pilih untuk buat content.
PEMBELIT
Saya cuba nak faham DRAMA terbaru seorang pemimpin muda. Sampai dia digantung dari masuk Parlimen 6 bulan.
Apa yang dia buat?
Minggu lepas, dalam perbahasan Parlimen beliau, beliau utarakan:
1. Dia dapat surat layang, berkenaan pelopor sebenar isu Blackrock dan MAHB.
2. Dalam surat itu, ceritakan seorang pegawai KWSP yang dibenci. Banyak buat hal dengan pekerja dan takde integriti jua.
3. Dia terang2 sebut nama pegawai tersebut bagi semua orang dengar.
********************
Bila saya dengar, saya tepuk dahi. Pemimpin muda ini patutnya seorang legislatif yakni pembuat undang2 di Parlimen, tapi undang2 Dewan pun dangkal dan tak hadam.
Memang suatu Peraturan dalam Dewan, tiada nama khusus boleh digunakan kalau tiada dalam dokumen SAHIH dan bukti nyata. Itu basic sahaja sebenarnya.
Sebabnya, imuniti atau kekebalan YB berbicara dalam Dewan, tidak langsung boleh disaman. Tidak bermakna, mereka boleh membuli dan suka suki memfitnah.
A joke untuk seorang YB membawa surat layang sebagai bukti nyata seorang itu sudah bersalah. Dan dengan lantang dan tak tahu malu, menyebut nama pegawai tersebut dalam Dewan yang dia ada kekebalan. Ini lari dari konsep Intergriti. Sudah jatuh membuli.
Kalau pun surat layang itu ada merit, adakah Parlimen itu forumnya? Patutnya bincang isu negara dan masalah rakyat.
Setakat surat layang, dalam media dan sosial media pun boleh diketengah. Dan apakah selepas ini, ramai MP lain pula akan ulas dan bahas segala surat layang seluruh negara. Again, adakah level itu saja Parlimen Malaysia?
Lagi satu saya kenot brain. Apa kena mengena isu pegawai KWSP ini dengan MAHB? Dia bukan CEO atau Pengerusi. Bukan juga dalam Board. Kenapa begitu teruk sangat drama nya kaitkan naratif “Pegawai bermasalah KWSP” dengan penjualan saham MAHB?
Seriously, takkan dia ingat rakyat ni benak sangat?
*****************
Isunya Pemimpin Muda ini bukan benak, tetapi sebenarnya terlajak pandai.
Ingat dulu, ramai terpana dengan jargon2nya. Ketika ulas 1MDB. Masa tu target audience dia geng elitis dan terpelajar. Makanya kena blend well la nak impress mereka.
Sejak bertanding atas tiket Parti yang dia sendiri maki, bodohnya penyokong mereka, warna Pemimpin Muda ini bertukar pula.
Tadi lagi jargon berbelit. Hanya retorik dan kata mudah menaikkan emosi. Dengan crowd baru ini, dia buat naratif membodohkan. Playing it to the gallery. Chameleon sekali.
Saya seram memerhati perangai dan antics Pemimpin Muda ini. Opportunist yang terserlah. Pemimpin yang hanya “pandai” berkata tapi terbukti tak tahu buat kerja. Jadi Timbalan Menteri kerjanya promosi surat sokongan sahaja.
Elok dia digantung 6 bulan dari dia cemarkan the August House. Kualiti MP Surat Layang tidak perlu ditayangkan kepada dunia. Malu kita.
Tapi berhati2lah. Dia sudah katakan Speaker gantung dia kerana lawan Blackrock. Walhal isu sebenarnya mengenai “pegawai bermasalah” di KWSP.
See... bagaimana dia membelit dan probok2 rakyat Marhein.
Pemimpin muda ini kita perlu nyahkan segera dari dunia politik negara. At the rate he’s going and his antics, belitnya sudah level Machiavelli.
Seriously, saya seram sekali.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
GUIDING PRINCIPLE
Saya selalu katakan, tujuan politik yang paling utama ialah untuk BINA NEGARA. Bila negara dijaga, lebih mudah untuk kita tegakkan agama, dan lindungi bangsa.
Tambah kita ada Perlembagaan, yang sudah termaktub dengan erat, segala hak dan keistimewaaan. Apa yang nak ditakutkan?
Namun, politik di Malaysia sudah hilang konsep bina negara bersama. Penuh sekarang dengan agamawan dan bangsawan. Tujuan mereka terhad, masuk politik bawa isu agama dan bangsa. Sampai isu negara mereka kurang pandang.
Malaysia ini negara pelbagai kaum dan agama. Kalau setiap politikus itu hanya pentingkan agama dan kaum dia sahaja, siapa pula nak nak tengokkan negara kita?
Itu sebab saya selalu katakan, bila nak cari pemimpin, yang paling utama, carilah yang boleh jadi level negarawan. Jangan hanya pajak otak pada agamawan dan bangsawan.
********************
Dengan propaganda politik kedua2 belah, kita tak tahu mana betul, mana fitnah. Wayang politik untuk berkuasa, kadang kita pun give up dan hampa. Buat orang makin benci dunia politik, ada yang kata semua lebih kurang sama.
Masalahnya, kalau kita pulaukan mereka, seperti kita juga sudah give up dengan negara. Kerana mereka inilah yang pegang kuasa. Kawal segala aspek kehidupan kita dan keluarga.
Itu sebab saya nak cadangkan kita ada GUIDING PRINCIPLE. Prinsip asas menilai mereka.
Prinsipnya senang. Apa saja wayang, isu dan propaganda. Tanyakan pada diri kita, apakah ini baik untuk negara, bagaimana kesan kepada anak2 di hari muka?
*************************
Saya pernah cuba sebelum ini:
Contoh 1:
Selepas Sheraton Move, ada gerakan dari Pakatan Harapan nak rampas Kerajaan kembali. Saya tentang habis2an. Malah saya suarakan. Ketika itu masa pandemik, kalau Kerajaan bertukar tangan, nak buat PRU atau snap election, teruk kesannya pada rakyat. Eloklah maintain status quo sahaja. Tunggu lah PRU seterusnya.
Contoh 2:
Saya bagi peluang PN memerintah selepas Langkah Syaitan. Bagi peluang mereka bina negara. Setahun saya diam saja, sampailah mereka buat PRN Sabah dan negara hura-hara, saya start bantai pula.
Contoh 3:
UG tertubuh selepas PRU15, ramai yang terpaksa terima seteru utama. Agong dan Majlis Raja2 putuskan ini yang terbaik untuk negara. Kita terima. Namun, tak sampai 6 bulan, ada yang nak tebuk atap kembali. Buat segala langkah jelik. Baru sahaja habis pilihanraya, beratus juta habis, takkan la kita nak bertukar Kerajaan lagi. Bilanya negara nak stabil? Makanya saya lawan habis2an lagi.
Contoh 4:
Dan yang terbaru. Kerajaan dan Pembangkang bergaduh. Pasal 6 kerusi MP Pembangkang. Ada yang nak PRK kembali. Tapi Kerajaan menolak.
Apa guiding principle nya? Again PRK ini adakah baik untuk negara sekarang? Berpuluh juta wang rakyat akan dibazirkan, untuk politikus ini confirm siapa benar?
Pada saya, elok lah lagi depa settle dalam mahkamah. Kalau PRK dibuat pun menang kepada Pembangkang. Bukan boleh Kerajaan jatuh. Sudah ada 2/3.
Lainlah, kalau niat mereka hendak PRK ni untuk buat “langkah” lain pula. Di mana kita patut tentang juga. Ini tidak baik untuk negara. Takkan la tak boleh nak sabar tunggu next pilihanraya.
Again, apa saja sokongan kita, tak kira lah parti atau pemimpin mana, guiding principle nya: Adakah ini baik untuk negara? Itu kita tanya diri kita.
********************
Di Malaysia ini, hanya ada 30% pengundi hardcore parti dan pentaksub mereka. Lagi 70% atas pagar jua. Silent majority ini punya ultimate power.
Jadikan nilaian asas kita ialah apa baik untuk negara. Bukan untuk parti dan kuasa mereka.
Salam hormat,
Liyana Marzuki.
@amer7211@SinarOnline Dia bagi harapan setiap kali PRU. PRU 2022, bagi harapan 2023. PRU 2026, so bagi harapan 2026. 🤣🤣🤣
Jadi orang akan terus undi dia.. hahahha
@PGeorge9601@azharirahim@juanajaafar We are referring to the video, nak dapat IC, ada assessment to know basic BM. So to do with other countries. Kena tau local language.
@PGeorge9601@azharirahim@juanajaafar Aiyoo. Int Schools, GCSE medium dia mmg dah english. That’s why la. And you are most welcome to move to SG. No one will stop you.