Bayangkan ada satu orang kaya ni.
- Wang tunai ada kat rumah RM100 juta.
- Barang kemas (gelang, rantai, cincin) ada 12,000 jenis nilai lebih RM600 juta.
- Beg mewah lebih 500 buah nilai sampai RM50 juta.
- Jam tangan mewah ada 400 utas nilai RM80 juta dll.
Lepas tu ada orang biasa kerja kilang, makan gaji, kerja delivery, pesara kerajaan, bagi derma kat dia RM500-1,000. Duit tu hasil susah penat mereka bekerja dan OT sampai 12 jam. Hidupnya pun sekadar cukup makan.
Derma semata-mata sebab kasihan kat orang kaya tu.
Bayangkan benda ini je dah tak logik. Haisshh.
5 days ago, MOF confirmed that 1MDB costs us RM51.4b of which we will likely suffer a net loss of RM20b.
Najib now pays RM50m to get to stay at home instead of prison. The maths don't add up.
No wonder we recently dropped 11 points in PISA ranking for mathematics.
BN, PN, PH. Kerajaan bertukar ganti, tapi cerita gaji tak pernah selesai. Sebab ia bukan benda mudah, dan ia perlukan penyelesaian yang lebih berani daripada apa yang kita dengar sekarang.
Kalau kita nak selesaikan soal gaji, kita tak boleh bercakap pasal gaji minimum semata mata.
Sebab bila gaji minimum RM1,700 jadi undang-undang, majikan wajib patuh. Kalau tak bayar, dia kena. Jadi dia perlukan duit untuk mematuhi peraturan itu. Duit itu datang dari mana?
Dari gaji orang tempatan yang ada diploma, yang ada ijazah. Dia takkan naikkan gaji mereka, sebab duit itu dah terpakai di bawah.
Itulah sebabnya orang tanya, kenapa graduan kita dapat RM2,000 lebih sahaja, dan RM3,000 pun sudah dikira tinggi. Nama benda ini wage compression.
Penyelesaiannya jelas. Kerajaan kena masuk sama dengan majikan. Kalau majikan naikkan gaji pekerja RM400 sebulan, kerajaan tanggung RM200. Buat berturut turut untuk lima tahun, sampai tangga gaji itu kekal dan jadi norma baharu.
Kos untuk semua itu, RM2 bilion setahun.
Saya bawa benda ini masa dalam kerajaan lagi. Jawapannya, tak ada duit.
Tapi tender satu bilion, ada. Yang lain-lain semua ada.
Isu FELDA saya turut sentuh ketika di Trak Kancil DUN Bukit Katil, Melaka.
Kekayaan yang diwarisi itu jadi beban. Peneroka kena bayar kos tanam semula kelapa sawit kepada anak syarikat FELDA, lebih mahal daripada yang syarikat perladangan besar bayar. IOI tak semahal itu. United Plantations tak semahal itu. Sime Darby lagi murah. Tapi peneroka FELDA kena bayar paling mahal.
Sebab itu, ada peneroka yang berhutang dari usia 30 hingga 70 tahun. Berapa kali dah tanam semula, hutang tak pernah habis.
Pada masa yang sama, duit FELDA pergi ke London. Empat hartanah. Serviced apartment, satu hotel, dua tapak tanah di Wembley.
Saya nak semak prestasi kewangan syarikat yang memegang hartanah itu, ikut nama dalam penyata akaun FELDA sendiri. Syarikat itu tidak wujud di UK.
Yang wujud, nama yang sama, tapi didaftarkan di British Virgin Islands. Tempat di mana undang-undang mereka tidak memerlukan sesiapa untuk mendedahkan pemilik syarikat itu.
Saya pergi ke Felda Taib Andak semasa PRN Johor. Tiga puluh, empat puluh tahun, rumah peneroka lebih kurang sama seperti mula-mula dulu.
Tak berubah.
Dulu Negeri Sembilan ada MB yang berjaya majukan negeri, tambah peluang pekerjaan untuk rakyat di samping menjaga kedaulatan raja Melayu.
Kini MB Negeri Sembilan cuma boneka politik sahaja. Orang suruh tandatangan, dia tandatangan. Bodoh macam lembu.
Azeez Rahim: masa jadi Pengerusi TH, suruh CEO TH lobby nama dia jadi pengerusi Putrajaya Perdana Berhad dengan gaji RM 57 ribu sebulan. Lepas tu, suruh board TH invest RM 135 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad. Of course habuan besar dia dapat. Ini manusia memang bangsat.
You touch, you go!”
“Tiada peluang kedua untu mereka (pembuli)”, @drasyrafwajdi.
Well, kenapa tidak gunakan pendekatan yang sama kepada Najib Razak? Berapa juta duit rakyat dia ‘touch’ sehingga mahkamah juga sudah sabitkan dia bersalah? Kenapa mahu Najib diberikan peluang kedua? 🫶🏼
Putrajaya Perdana nak jual 30% kepentingan dia bernilai RM193.5 juta.
Tak disangka-sangka TH tunjuk minat nak beli.
Panel pelaburan TH kata -
"Kena hati-hati nak melabur dalam Putrajaya Perdana sebab kita taktau kenapa dia nak jual & siapa dalam syarikat tu yg beria suruh jual?"
Panel pelaburan tau dah Jho Low ada kawalan dalam Putrajaya Perdana melalui UBG Berhad.
Di pihak TH, Azeez yg beriya nak beli.
Akhirnya TH tetap beli jugak tanpa due diligence dibentang pun.
Tup tap beberapa bulan lepas tu Azeez jadi Pengerusi Putrajaya Perdana.
Cerdik kena kat dia!
[PERTUDUHAN TERHADAP AZEEZ RAHIM]
Azeez Rahim sebagai Pengerusi TH didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad dengan remunerasi sebanyak RM690,000 setahun serta kemudahan sebuah kereta jenis BMW 7 Series berserta seorang pemandu tetap.
Azeez juga didakwa mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH, Tan Sri Ismee Ismail untuk mencadangkan beliau sebagai wakil TH di dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad dan meyakinkan Ahli Lembaga TH ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk bersetuju meluluskan cadangan melabur sehingga RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad, yang tertuduh mempunyai kepentingan.
ADAM ADLI TAK PERNAH SUSAH?
Tak betul, kalau anak kawan baik PMX yang seorang tu mungkin. Bapak dia kawan baik PMX. Orang senang.
Tapi adam bukan orang senang.
Aku kenal @AdamAdli sejak 2010. Kami sama sama student aktivis masa itu. Adam Adli anak marhaen sama macam kita semua. Arwah Pak Cik Halim hanyalah pekerja biasa KTM.
Adam Adli dibuang UPSI selepas demo kebebasan akademik.
Adam Adli juga biasa ceramah di dalam hutan dan di ceruk kampung. Dengan kereta Kelisa buruk hadiah dari arwah Pak Cik Halim dia pergi naik turun mahkamah.
Ramai tak tahu hubungan akrab beliau dengan Pak Syed dan Pak Samad.
Yang lain biarlah rahsia.
Dituduh bawah akta hasutan 1948 ✅
PDPA✅
Lokap jangan cerita. Jinjang dan Dang Wangi umpama rumah kedua.
Semasa Adam mendirikan rumah tangga, dia masih naik kelisa. Kendurinya kecil, hanya sahabat dan keluarga kecil sahaja yang dijemput.Aku tak tahu kereta siapa yang dia pinjam bawa keluarga baru dia pergi berbulan madu.
Kali terakhir aku jumpa beliau di Negeri Sembilan di Pesta ngocah anjuran waghih Jolobu.
Waktu itu beliau sudah dilantik menjadi timbalan menteri KBS.
Dia masih naik kereta buruk Honda Odyssey warna putih. Aku tanya kepada Set Pol dia, kenapa kau biar Adam naik kereta buruk ni?
Tapi itulah Adam yang aku kenal.
Hidupnya penuh ujian dan derita.
Tak tepat untuk kata Adam tak pernah susah. Betul sewaktu dia susah dia bukan ahli parti. Tapi bukankah PKR yang mendapat laba hasil aktivisme mahasiswa selama ini? Bukan Adam ke yang PKR usung sana sini untuk mendapatkan mileage politik di kalangan anak muda?
Ya betul, dia dapat laluan mudah. Tapi laluan itu penuh dengan caci hina dari senior dalam PKR.
Aku tersepit juga semasa menulis benda ini. Aku sangat hormat kepada Rafizi tapi dalam masa yang sama Adam juga perlu diadili seadil yang mungkin.
Sama seperti aku mempertahankan tuduhan tidak berasas PKR kepada Rafizi.
Hentaman poltitik itu memang menyakitkan.
Kita semua punya niat demi Malaysia yang lebih baik.
Jangan kecam aku, tulisan ini tiada keuntungan politik. Ini luahan hati dari seorang sahabat.
Baru tau tak ada pun perkataan Dajjal dalam surah Al-Kahfi. Banyak lagi yang boleh belajar dalam buku Dajjal, Muslim, Al-Kahfi. Dapatkan di link pada ruangan komen di bawah.