𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
25 𝘑𝘶𝘯 2026
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗬𝗧𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗡 𝗔𝗞𝗨𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
15 calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 yang akan bertanding di PRN Johor 2026 akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah.
Selain dari pengisytiharan harta, pendapatan dan perbelanjaan, calon-calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan turut menandatangani 4 akujanji secara Akuan Bersumpah dan 1 surat peletakan jawatan secara bersyarat, seperti berikut:
1. Akujanji untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri apabila dipecat dan berhenti sebagai ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔;
2. Surat peletakan jawatan yang siap ditandatangani dan dipegang oleh 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 selaras dengan perkara-perkara di dalam akujanji (1);
3. Akujanji untuk memulangkan wang deposit yang dibayar kepada 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔;
4. Akuan calon yang beliau berkelayakan untuk menjadi calon di sisi undang-undang dan telah memberi maklumat yang tepat untuk menjadi calon;
5. Akuan bersumpah mengisytiharkan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan; dan
6. Akuan bersumpah bersetuju dengan akujanji untuk tidak lompat parti, tidak mengosongkan kerusi, hadir ke mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan prestasi-prestasi lain, serta bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar akujanji.
Draf enam akuan bersumpah dan pengisytiharan harta ini disertakan bersama kenyataan media ini untuk rujukan orang ramai.
Pautan deraf boleh diakses di sini:
https://t.co/SSOFrWqSNu
Semua 15 calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 telah bersetuju menandatangani set akuan bersumpah ini. Akuan-akuan bersumpah dari setiap calon dijangka dikemukakan sepenuhnya kepada 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 sebelum jam 12 tengah hari, 26 Jun 2026 iaitu 6 jam sebelum calon-calon diumumkan.
Pengisytiharan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman https://t.co/6vXmDO7QDX dan akses kepada orang ramai akan dibuka pada jam 10 malam, Jumaat 26 Jun 2026.
Orang ramai dijemput untuk meneliti sendiri latar belakang kerjaya, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan kedudukan kewangan setiap calon BERSAMA bermula 10 malam esok di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Calon-calon BERSAMA akan diumumkan malam esok (Jumaat, 26 Jun 2026) bermula 8 malam di ruang parkir, Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kampung Baru Majidee bersempena dengan pelancaran Trak Kancil yang akan digunakan sepanjang kempen PRN Johor 2026.
Orang ramai dijemput hadir dan boleh mendaftar kehadiran di laman https://t.co/6vXmDO7QDX, klik ‘Acara’. Majlis ini akan diturut disiarkan di platform-platform media sosial.
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berharap calon-calon dari parti-parti lain yang bertanding juga akan mengisytiharkan harta untuk mengukuhkan amalan berintegriti dalam politik.
Selain pengisytiharan harta calon-calon, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah kempen berakhir dalam 2 minggu lagi.
25 𝘑𝘶𝘯 2026
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
Bersyukur.
Hargailah segala nikmat yg kita sedang miliki.
Marilah kita sehati sejiwa bersama Krjn Madani pimpinan PMX @anwaribrahim utk mengharungi cabaran akibat krisis di Asia Barat.
Madani fokus membantu rakyat.
#RancakkanMADANI#StrongerTogether
Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara.
Nantikan jam 6.30 petang ini.
#MalaysiaMADANI
Geram juga kadang bila kita nak beli baju online, tengok description / tanya live host “material apa ye”, jawapan: “material premium”.
PREMIUM APA NYAHHH PREMIUM POLYESTER? PREMIUM COTTON? PREMIUM BULU KUCING?? WHAT DOES PREMIUM EVEN MEAN IN THIS CONTEXT????
Pan grill ikan bakar sambal tomyam ni saya selalu buat dulu zaman belajar untuk berbuka. Senang & semua bahan dah ada kat rumah sewa. Selamat mencuba!
@umparum3 "Saya menyuap dengan tangan sendiri untuk masuk ke mulut saya. Sedangkan sendok yang Tuan-tuan pakai sudah pernah masuk ke mulut ribuan orang. Jadi, tangan saya jauh lebih higienis."
-Agus Salim-
@KadukMalang@nis_mariposa Laki kalau benda macam ni auto bangang. Kalau benda lain pandai pula. Kalau curang boleh pula kepala otak fikir tak nak bagi kantoi apa semua. Barang mancing pandai lak topup, barang kereta tahu pula itu ini. Selective bangang sebab tak nak buat. Tu je.
𝗦𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗔𝗧𝗠
Satu tamparan hebat buat institusi pertahanan negara. Satu demi satu skandal terbongkar, rakyat kini dikejutkan dengan krisis integriti yang melanda Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tindakan tegas tanpa kompromi adalah satu-satunya jalan untuk memulihkan maruah ATM.
Kita mengharapkan pembersihan secara total dilakukan agar maruah dan kredibiliti ATM kembali teguh sebagai benteng terakhir negara.
Bersama Membanteras Rasuah!