Calon DUN Tiram N40
NorZulaila @ Lily
Aunty aunty uncle uncle boleh dengar sendiri sebab aku pon tak faham.
Undilah orang baik.
Undilah orang yg boleh kerja.
Undi Harapan 🔥
Aku pula rasa sebak bila tengok @hannahyeoh rasa sebak
Mana tidaknya, 44 tahun mereka kena sidai ibarat menunggu bulan jatuh ke riba
Alhamdulillah
Akhirnya zaman PMX @anwaribrahim mereka boleh senyum gembira.
Komitmen kita semua untuk pastikan PMX dilanjutkan ke penggal ke 2
Kongsi kuliah maghrib sikit.
Kata ustaz, manusia ni dari dulu ada sikap suka membandingkan-bandingkan harta kekayaan, anak-anak, dan pencapaian hidup.
Kemudian suka menunjuk-nunjuk dan bermegah atas apa yang mereka ada.
Allah larang perbuatan ini dalam Al-Quran.
Zaman sosial media, walaupun hidup dah rasa bahagia dan cukup, tapi bila lihat orang bercuti lagi best, kereta lagi mewah, rumah deco lagi cantik, anak lagi ramai, dia dah mula ada rasa kekurangan dalam hidupnya.
Lagi teruk generasi muda sekarang yang dah mula buat perbandingan sejak usia mereka kecil.
Dahulu sebelum sosial media, kita tak tahu sangat kehidupan orang lain. Kehidupan orang kaya, jiran, kawan sekolah/ofis bagaimana.
Sekarang, boleh nampak sampai bilik tidur, dapur, pakaian, hatta makanan yang mereka makan semua kita nampak sebab ramai yang tunjuk.
Ia jadikan ramai manusia makin kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sebab merasakan diri sentiasa rasa kekurangan.
WA.
Tahukah anda dulu² bila Tanah Melayu capai kemerdekaan, VIP yg dapat pingat kebesaran dari Agong atau Sultan negeri hanya ada gelaran Tun, Dato'/Datuk.
Tunku fikir siapa yg dapat pingat dari Persekutuan gelaran kena lain sebab pingat yg Agong bagi lebih bernilai.
Tunku dapat idea nak bagi gelaran Tan untuk pingat Panglima Mangku Negara (P.M.N) sebab -
di Kedah zaman Merong Mahawangsa ada pembesar digelar Tan Perkasa.
30 Mac 1966 - Kerajaan Persekutuan memasyhurkan gelaran Dato' utk P.M.N diganti dgn gelaran Tan.
Masalah timbul!
Sebab ramai yg nama depannya memang Tan - Tan Siew Sin, Tan Cheng Lok, dll.
Dan ramai juga nama depannya Dass - Dass Kukathas, Dass Cyrus, dll.
Bila nama ini di-pair dgn gelaran Tan jadi tak sesuai!
Maka 12 April 1966 - Tunku umum gelaran baru utk Tan menjadi Tan Sri.
Dua tiga hari ni memang ramai yang minat singgah di posting saya tentang LRA, tapi yang ini khusus untuk orang Parlimen Johor Bahru ye 😁
Korang lepasan SPM nak sambung belajar tapi tak nak susahkan parents ?
Untuk semua adik-adik lepasan SPM di Johor Bahru.
Tabung Siswa Parlimen JB Fasa 1 akan dibuka mulai Isnin depan ‼️
Nak mohon ? Scan terus QR code kat bawah ni 👇🏻
Kita akan saring mengikut keperluan buat yang memerlukan dan yang lulus nanti kita akan contact terus ya.
So… jangan tinggal peluang ni.
Jangan ghost peluang ini 🥲
Apa lagi perkembangan projek LRA Sungai Limau ?
Yang ini confirm.
Akhirnya projek LRA Sungai Limau kini terpaksa Kerajaan Persekutuan ambil alih dari Kerajaan Negeri Kedah.
Kita mewarisi projek terbengkalai dengan kemajuan projek hanya sebanyak 25%.
Saya pohon kepada Kementerian pelaksana selepas ini, perlu blacklist terus kontraktor sedia ada supaya tak berulang lagi kejadian yang sama 🤦🏻♂️
Nik Zawawi menuduh bahawa
1) Saidina Abu Bakar adalah bapak ceti.
2) Hobi Saidina Umar adalah berzina.
Jadi, saya jumpa video penerangan berkenaan isu ini di akaun promediatajdid; https://t.co/V6zp20mRPN
In summary;
1) Abu Bakar bukan ceti. Beliau memegang peranan Ashnaq yang bertanggungjawab menguruskan urusan diyat atau pampasan darah dan hutang-piutang by being a guarantor. Ini hasil rujukan daripada penulisan kitab sejarah Al-Iqd al-Farid.
2) Tiada rekod dalam kitab-kitab sejarah Islam yang sahih, yang menyokong dakwaan Nik Zawawi yang hobi Saidina Ummar adalah berzina.
Umar berasal dari keturunan mulia Quraisy yang sangat menjaga maruah. Beliau memegang amanah sebagai diplomat atau wakil rundingan bagi kaum Quraisy jika berlaku peperangan atau konflik dengan kabilah lain.
Orang bangsawan Quraisy menganggap perbuatan zina sebagai sesuatu yang mencalarkan maruah keluarga. Jadi, tak mungkin mereka akan melantik Saidina Ummar ini sebagai Sifarah, jika hobinya kebas isteri dan anak dara orang.
Kesimpulannya adalah, dua sahabat Rasulullah ini adalah individu yang disanjung oleh masyarakat Quraisy kerana keperibadian mereka yang mulia walaupun sebelum masuk Islam.
@IkanBaracudda@Krip2krop@syam_ghaz Benda2 fakta mcm ni selalu nya org buat2 tak.nmpk je. Sbb bukti jelas gagalnye kerajaan negeri, tutup mata pekak kan telinga 🤭
Hantavirus merupakan sejenis virus zoonotik yang lazimnya disebarkan melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti, terutamanya melalui partikel tercemar di udara.
Kebanyakan jangkitan berlaku secara sporadik dan berkait dengan persekitaran yang mempunyai infestasi tikus. Penularan daripada manusia kepada manusia adalah amat jarang berlaku dan hanya dikaitkan dengan strain tertentu seperti Andes virus di Amerika Selatan.
KKM ingin menegaskan bahawa sehingga kini, TIADA kes hantavirus dilaporkan di Malaysia. Risiko kepada orang awam di Malaysia pada masa ini adalah rendah.
KKM akan terus memantau perkembangan situasi semasa dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Ikuti langkah-langkah pencegahan seperti dikongsikan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Saya ingat tak akan berjumpa lagi dengan projek Loji Rawatan Air (LRA) selepas berpindah di kementerian baru.
Tetapi baru saja beberapa minggu di Kementerian Ekonomi, kami didatangi satu surat.
Surat permohonan NOC untuk menaikkan kos projek LRA Sungai Limau sampai ke Kementerian Ekonomi.
Projek yang saya sudah tiga kali turun di Kementerian lama 🤦🏻♂️
Sebelum ini saya berikan amaran bahawa keadaan akan bertambah teruk jika tak serius siapkan.
Tetapi saya dicemuh dan kerisauan saya diperkecilkan.
Kini, satu demi satu amaran itu TELAH BERLAKU.
Lebih saya kesal, kegagalan projek ini mengekori saya dari PETRA sehingga ke Kementerian Ekonomi 🤦🏻♂️
Dulu saya beri amaran kos akan meningkat jika tak cepat disiapkan.
Sekarang saya berhadapan dengan permohonan naikkan kos projek, amaran yang saya dah berbuih mulut cakap dulu ‼️
Tipu kalau saya tak istighfar panjang.
Waalaikumussalam
Jika kerap berlaku, maka boleh ambil hukum wuduk seperti orang yang kencing tidak lawas.
Ambil wuduk setelah masuk waktu, waduk tersebut hanya satu solat fardu dan tiada limitasi untuk solat sunat dan niatnya “sahaja aku ambil wuduk untuk mengharuskan solat (bukan niat mengangkat hadas) kerana Allah Taala.”
Wallahua’lam