Official Twitter account of the High Commission of Malaysia in Pretoria, South Africa. Accredited to Botswana, Eswatini, Lesotho, Madagascar, and Mozambique.
• Israk dan Mikraj mengabadikan sirah perjalanan agung Junjungan Baginda Rasulullah SAW; sarat dengan hikmah ketaatan, kesabaran dan amanah, serta keseimbangan antara hubungan dengan Allah dan sesama insan.
• Berteraskan nilai luhur ini, aspirasi Diplomasi MADANI yang berasaskan ihsan, hikmah dan dialog akan terus dimartabatkan, demi memperkukuh ikatan hubungan antarabangsa yang harmoni dan mampan, sekaligus menyemai keamanan dan kesejahteraan sejagat.
🌙 Selamat memperingati Israk Mikraj 1447H, sama-sama kita hayati ibrah nan luhur dari sebuah catatan sirah yang agung ini. Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Wisma Putra.
#WismaPutra #IsrakMikraj #TaatSetia #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI
Salah satu peristiwa agung dalam perjalanan Israk dan Mikraj Baginda Rasulullah SAW adalah penerimaan langsung perintah solat lima waktu sebagai satu ibadah yang penting dalam kehidupan seorang Muslim. Dimensi solat bukan sekadar ibadah rutin biasa, namun sarat dengan makna dan dampak bukan sahaja kepada diri namun kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Syeikh Daud Al Fatani dalam kitab klasik Munyatul Musolli telah membahaskan soal tatacara solat namun turut menyentuh perihal siyasah dan tatakelola yang baik. Dalam bab “Tatmim al-Fa’idah”, Syeikh Daud menyentuh mengenai ibadah solat namun jauh daripada itu mengaitkan dengan prinsip keadilan.
Keadilan adalah tentang keseimbangan dan wujud secara beriringan dengan fenomena convivencia global, iaitu keadaan di mana masyarakat sejagat hidup bersama dalam budaya damai.
Menjadi kewajiban sama ada Muslim atau bukan Muslim, bagi berusaha ke arah mencapai matlamat bersama kemanusiaan, agar keadilan dijajarkan pada tempat yang sepatutnya.
Kita mesti mulakannya dengan hidup bersama-sama secara rukun dan damai serta menolak prasangka, stereotaip palsu dan momokan musuh-musuh yang direkayasa untuk menghancurkan keharmonian hidup kita. Pada masa yang sama mesti tetap tawaduk dan rendah hati, kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat.
Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan tergesa-gesa menanggapinya sebagai penyelesaian yang tuntas.
ANWAR IBRAHIM
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
On 7 January 2026, High Commissioner Dato' Yubazlan Yusof received a courtesy call by Dr. Shaykh Mogamad Ridwan Rylands. Both sides had a fruitful exchange on a range of issues, including on education, Islamic affairs, history, and culture between Malaysia and South Africa.
... & areas of political & economic cooperation, public diplomacy initiatives, & strategic engagements for the year ahead.
The High Commission remains committed to advancing mutually beneficial cooperation & fostering closer ties between 🇲🇾🇿🇦 throughout the year.
On 5 January 2026, High Commissioner of #Malaysia Dato' Yubazlan Yusof chaired the High Commission’s first coordination meeting of the year.
The meeting discussed programmes & planned activities for 2026, with a focus on further strengthening #MalaysiaSouth Africa ties...
Warga kerja Kementerian Luar Negeri (KLN) telah berhimpun di Auditorium Tun Abdullah Ahmad Badawi, Wisma Putra bagi mengikuti Amanat oleh Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri, yang dipancarkan secara lintas langsung dari Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya pada 5 Januari 2026.
Amanat ini menggariskan hala tuju dan keutamaan Kerajaan MADANI bagi tahun 2026, dengan penekanan terhadap pengukuhan tadbir urus, penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti serta peranan penjawat awam sebagai pemudah cara kesejahteraan rakyat.
Penglibatan warga KLN hari ini mencerminkan komitmen berterusan Wisma Putra dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI serta memperkukuh peranan diplomasi Malaysia di peringkat antarabangsa, seiring dengan agenda nasional 🇲🇾 🌺
#WismaPutra #TaatSetia #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #AmanatPerdanaMenteri2026
I have followed developments in Venezuela with grave concern. The leader of Venezuela and his wife were seized in a United States military operation of unusual scope and nature. Such actions constitute a clear violation of international law and amount to an unlawful use of force against a sovereign state.
President Maduro and his wife must be released without any undue delay. Whatever may be the reasons, the forcible removal of a sitting head of government through external action sets a dangerous precedent. It erodes fundamental restraints on the use of power between states and weakens the legal framework that underpins international order.
It is for the people of Venezuela to determine their own political future. As history has shown, abrupt changes in leadership brought about through external force will bring more harm than good, what more in a country already grappling with prolonged economic hardship and deep social strain.
Malaysia regards respect for international law and sovereignty as paramount to peaceful relations between states. Constructive engagement, dialogue and de-escalation remain the most credible path towards an outcome that protects civilians and allows Venezuelans to pursue their legitimate aspirations without further harm.
ANWAR IBRAHIM
[LATEST]
#MFAPressRelease | #KenyataanAkhbarKLN
UPDATE ON THE SITUATION IN CARACAS, VENEZUELA, 4 JANUARY 2026
••••••••••••••••••••••••••••••
PERKEMBANGAN TERKINI DI CARACAS, VENEZUELA, 4 JANUARI 2026
#WismaPutra
...APC's 1H 2026 chairmanship to Singapore next week. Congratulations to the Myanmar Embassy on its successful APC chairmanship and we are confident that the APC will meet further success under the High Commission of Singapore's stewardship.
The High Commission of #Malaysia participated in the #ASEAN Pretoria Committee Working Group Meeting chaired by Myanmar on 2 January 2026 to review the Myanmar Embassy's chairmanship of the APC in 2H 2025 and finalise preparations for the handover of the...
The High Commission began the new year on a positive note with a team-building retreat held at the scenic Rietvlei Nature Reserve on 1 January 2026. It was a refreshing start to the year, bringing colleagues together to connect, strengthen team-cohesion, & enjoy the 🇿🇦 outdoors!
#MFAPressRelease | #SiaranAkhbarKLN
MALAYSIA STRONGLY CONDEMNS ISRAEL’S BAN ON HUMANITARIAN AID ORGANISATIONS IN GAZA
••••••••••••••••••••••••••••••
MALAYSIA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA LARANGAN ISRAEL TERHADAP ORGANISASI BANTUAN KEMANUSIAAN DI GAZA
#WismaPutra
Di sebalik persidangan, protokol dan keputusan-keputusan besar, detik-detik kecil inilah yang membekas dalam hati dan menguatkan langkah untuk terus bekerja.
Ada keletihan, ada tawa, ada doa yang tidak terucap. Semua ini membentuk perjalanan yang tidak selalu terlihat, namun cukup mengesankan.
Insya-Allah, saya akan terus memikul amanah ini dengan hati yang tidak pernah menjauh daripada kalian.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Malaysia memikul amanah Kepengerusian ASEAN 2025 pada saat dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan. Dalam suasana itu, ASEAN memilih untuk terus berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Ke-47 menjadi ruang untuk menyatukan pandangan dan merapatkan jurang. Tahun ini turut mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai keluarga baharu ASEAN.
Setulus penghargaan dirakamkan kepada seluruh sahabat ASEAN serta pimpinan dunia yang hadir dengan kebijaksanaan dan keikhlasan demi kestabilan serta masa depan bersama rantau ini.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan layanan mesra yang dihulurkan kepada para tetamu sepanjang tahun ini. Kepengerusian ini mengangkat Malaysia sebagai rakan yang diyakini dalam usaha mengekalkan keamanan, kestabilan dan harapan di rantau ini.
Semoga ia berkekalan, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#ASEAN2025
Alhamdulillah, sepanjang tahun ini Kerajaan MADANI meneruskan usaha memartabatkan Islam berpaksikan nilai ihsan, keadilan dan kebijaksanaan, bukan sekadar sebagai identiti, tetapi sebagai asas dalam tadbir urus dan kepimpinan negara.
Usaha ini diperkukuh melalui pertemuan dan wacana bersama para ulama tersohor negara dan dunia dalam suasana saling menghormati serta penuh kepercayaan, sebagai ruang pertukaran pandangan yang jujur tentang cabaran umat dan peranan kepimpinan Islam dalam dunia yang kian teruji.
Saya menegaskan keperluan agar pimpinan Islam tampil lebih tegas dan berani dalam perkara yang menyentuh kepentingan umat, serta terlibat secara aktif mencari penyelesaian yang adil dan bermaruah, termasuk dalam memperjuangkan hak kemanusiaan saudara kita yang terus menderita di Gaza.
Semoga setiap langkah memartabatkan Islam ini dipandu amanah dan kebijaksanaan, serta membawa manfaat kepada umat dan kemanusiaan seluruhnya, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Selamat Tahun Baru
2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣ 🇲🇾✨
Tahun baru membuka lembaran baharu buat Malaysia untuk terus mengukuhkan peranan di peringkat serantau dan antarabangsa. Wisma Putra kekal komited melaksanakan diplomasi yang berprinsip, inklusif dan berkesan demi memelihara kepentingan negara serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.
Dengan semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus memperkukuh kerjasama, menyatukan iltizam dan melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang diyakini, dihormati dan berdaya tahan.
🌺 Semoga tahun 2026 membawa kestabilan, kesejahteraan dan kejayaan berterusan buat Malaysia tercinta.
#WismaPutra #TaatSetia #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #TahunBaru2026 #HappyNewYear2026
Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus memperkukuh perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.
Kerajaan MADANI akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan, beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.
Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya.
Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia. Saya dan Azizah mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur.
ANWAR IBRAHIM
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#JenteraMADANI