WORLD TOURISM DAY (WTD) 2025 & WORLD TOURISM CONFERENCE (WTC) 2025 : ABOUT MALAYSIA
Did you know?
With over 137 ethnic groups, Malaysia is a living museum of cultures, languages, and traditions!
One country. Many stories. Countless memories.
🇲🇾✨ #TriviaWismaMerdeka
💭Tahukah anda, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, kerajaan ketika itu telah menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Luar (Ministry of External Affairs) pada tahun 1956?
📖 Fakta menariknya — seramai 11 diplomat pertama negara telah dihantar menjalani latihan di United Kingdom dan Australia. Mereka inilah generasi perintis yang membuka jalan untuk Malaysia berdiri di pentas dunia, mewakili sebuah negara yang bakal merdeka.
🌏 Langkah awal ini menjadi asas kukuh kepada perkhidmatan diplomatik Malaysia yang kini telah berkembang ke lebih 100 buah misi diplomatik di seluruh dunia!
🎆 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68! Malaysia MADANI Rakyat Disantuni 🇲🇾
#WismaPutra #HKHM2025 #Merdeka68 #WismaMerdeka #MyASEAN2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #TaatSetia #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
#KeArahKesejahteraanRakyat
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIUntukRakyat
#KamiBinaKamiBanggaKamiUsaha
Melalui siri perbualan telefon hari ini, saya dapat bertukar pandangan dan berkongsi pendapat dengan tiga rakan sejawat saya:
• Perdana Menteri Australia Anthony Albanese
• Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão
• Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra
Perbualan kami terarah kepada isu semasa, global, ASEAN, kesan tarif Amerika Syarikat serta usaha berterusan dalam memperkukuh kerjasama dua hala dan serantau.
Sewaktu perbualan dengan Anthony Albanese, saya telah menjemputnya untuk melawat Malaysia dan mengukuhkan persahabatan yang terjalin khususnya selepas kejayaan mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri Australia bagi penggal kedua berturut-turut.
Usai, saya kemudian dapat berbicara dengan rakan sejawat dari Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão mengenai perkembangan krisis kemanusiaan di Myanmar, status republik itu sebagai anggota tetap ASEAN selain kesediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.
Sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra, beberapa isu melibatkan kedua-dua negara disentuh dan dikemaskini seperti rundingan Dialog Damai Selatan Thailand yang memerlukan inisiatif keamanan dan bukannya membabitkan sebarang elemen keganasan.
Moga hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan jiran-jiran di rantau ASEAN, Asia, dan seluruh benua terus harmoni dan mendapat manfaat dari sudut diplomatik, ekonomi, pelaburan dan lain-lain lagi.
//
Spoke with three counterparts today:
• PM Anthony Albanese (Australia)
• PM Kay Rala Xanana Gusmão (Timor-Leste)
• PM Paetongtarn Shinawatra (Thailand)
We discussed regional & global issues, US tariffs, ASEAN cooperation, Myanmar, and peace efforts in Southern Thailand.
Malaysia remains firmly committed to advancing diplomacy, fostering regional peace, and strengthening cooperation across ASEAN and beyond.
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
#ASEAN
PRESS RELEASE: MALAYSIA TO SPEARHEAD ASEAN HUMAN RIGHTS AGENDA THROUGH TWO STRATEGIC CONSULTATIONS ON ADVANCING THE RIGHT TO DEVELOPMENT AND FORMULATING A HUMAN RIGHTS WORK PLAN TO PROMOTE AND PROTECT HUMAN RIGHTS IN THE REGION, 28 – 29 APRIL 2025
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, daripada warga Wisma Putra.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.
#WismaPutra#Takziah#Belasungkawa
Semalam saya telah menghubungi Jeneral Kanan Min Aung Hlaing untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Malaysia susulan bencana gempa bumi di Myanmar. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk berdiri bersama rakyat Myanmar dalam menghadapi saat sukar ini.
Malaysia dan ASEAN akan terus mendukung usaha bantuan kemanusiaan yang sedang giat dijalankan, termasuk menerusi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang telah diatur gerak ke Myanmar pada awal hari ini bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan paling terkesan. Selain itu, satu misi kemanusiaan yang diketuai oleh YB Menteri Luar Negeri juga akan berlepas ke Myanmar dalam masa terdekat.
Saya juga memaklumkan Jeneral Kanan Min Aung Hlain mengenai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN yang telah dianjurkan oleh Malaysia pada hari ini bagi mengerakkan sokongan ASEAN kepada Myanmar.
Saya kemudiannya menghubungi rakan sejawat dari Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra, bagi merakamkan rasa dukacita dan simpati yang terdalam atas bencana gempa bumi yang telah melanda negara tersebut.
Pada kesempatan yang sama, saya turut membangkitkan beberapa perkara terkait kedua-dua negara, termasuk tekad berterusan ASEAN dalam memudah cara dan membantu Myanmar mencari jalan penyelesaian damai terhadap krisis di negara itu.
Insya-Allah, perbualan kami pada hari ini akan disusuli dengan perbincangan yang lebih lanjut semasa lawatan kerja saya ke Bangkok pada 17 April 2025 atas jemputan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
ASEAN Foreign Ministers’ Statement on the outcome of the special emergency meeting of ASEAN Foreign Ministers in the aftermath of the earthquake in Myanmar and Thailand.