H.E. Dato’ Tan Yang Thai, Ambassador of Malaysia to Viet Nam, paid a farewell courtesy call on Mr. Vu Dai Thang, Chairman of the Hanoi People’s Committee, earlier today, accompanied by a Malaysian business delegation.
Featuring more than 120 young musicians from Malaysia, ASEAN Member States and beyond, the event attests to the shared commitment of Malaysia and Vietnam to strengthening cultural exchanges and empowerment of youth.
The Embassy of Malaysia in Hanoi, together with the Ministry of Culture, Sports and Tourism of Vietnam and Rondo Production, co-organised the RondoFest Festival Orchestra at the Vietnam National Academy of Music on 10 June 2026.
Sambutan Kaamatan dan Gawai adalah perayaan kesyukuran yang berakar daripada tradisi dan warisan masyarakat Sabah dan Sarawak, diraikan penuh makna dalam semangat kebersamaan, muafakat dan penghargaan terhadap nikmat hasil bumi.
Dalam kepelbagaian adat, bahasa dan budaya yang mewarnai negara kita, sambutan ini mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kemampuannya memelihara keharmonian dalam kemajmukan, memperkukuh semangat persaudaraan dan menyuburkan budaya saling menghormati.
Atas semangat yang sama, Kerajaan MADANI bertekad memastikan Sabah dan Sarawak menerima manfaat pembangunan yang saksama dan berterusan. Usaha ini mesti diterjemah kepada peluang pendidikan yang lebih baik, akses kesihatan yang berkualiti, pembangunan infrastruktur asas yang menyeluruh serta kehidupan yang lebih bermaruah untuk rakyat.
Saya ucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak. Semoga sambutan ini membawa kemakmuran, keberkatan serta memperteguh semangat muafakat dan kebersamaan yang menjadi tunjang keharmonian Malaysia tercinta.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Kebesaran dan kemuliaan Hari Raya Aidiladha pasti merujuk kepada teladan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s atas ujian yang dihadapi, serta memperlihatkan hikmah dan rahsia Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Sementalahan, di sebalik ikhtiar dan usaha yang dilakukan kita dalam mendepani pelbagai cabaran yang mendatang, pasti ada pengorbanan yang harus menjadi prasyarat.
Justeru, pengorbanan yang kita lakukan hari ini punya harganya yang tersendiri dalam pelbagai perkara sama ada dalam hal ehwal pengurusan dan pengemudian ekonomi negara, bidang keilmuan dan lapangan keagamaan punya penekanan dan manifestasi masa hadapan. Lantaran itu, berkorban dalam menongkah ujian hari ini demi masa hadapan yang lebih baik ternyata menjadi rahsia Tuhan yang terdalam, demi masa depan keluarga, negara dan malah, kehidupan selepas kematian juga.
Mari bersama renungi Firman Allah SWT:
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ ﴿٩٩﴾ رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠٠﴾ فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١﴾ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya: Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
(Surah al-Saffat: 99-102)
Maknanya, tanpa pengorbanan hidup menjadi tidak bermakna dan gersang nilai. Sesuatu yang dikorbankan adalah sesuatu yang memang menjadi kemahuan manusia—harta, keluarga dan kedudukan. Oleh dengan itu, nilai keikhlasan dan ketakwaan seseorang dapat diukur, yakni semakin berharga sesuatu yang ia korbankan, maka semakin besar pula ketakwaan dan natijahnya.
Oleh yang demikian, hikmah menunaikan Haji merupakan antara kurniaan terbesar Ilahi kepada hamba-Nya. Kita mengenang manasik Haji sebagai salah satu rukun Islam. Haji punyai maqasid kerohanian yang tersendiri yang bertujuan memadrasahkan jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.
Tatkala berihram dengan pakaian serba putih dan kosong, kita diasuh dengan nilai kebersihan, kemurnian dan kesederhanaan. Segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan. Demikian juga wuquf di Arafah, suatu perhimpunan raksasa tanpa mengira tingkat diri di dalam masyarakat, darjat atau pangkat, lantas membugar rasa insaf dan tawaduk di hadapan Allah SWT. Inilah tonggak kekuatan Haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi garapan yang mendalam, penghayatan dan hidupnya amalan kita.
Walhasil, atas iktibar ini saya mengajak umat Islam agar menghayati pesanan kesederhanaan yang dizahirkan dalam ibadah Haji, agar sentiasa tawaduk dan tidak terpukau dengan gemerlapan tarikan kemewahan dunia yang sementara. Jangan kita terpesong dari tujuan dan landasan kita. Dunia harus menjadi jambatan utuh ke arah negeri yang abadi dan kekal selamanya.
Akhirul kalam, saya turut mendoakan agar para jemaah yang kini berada di tanah suci beroleh Haji yang mabrur, dan semoga pulang ke tanah air dengan sejahtera.
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ
ANWAR IBRAHIM
Ambassador Dato’ Tan Yang Thai hosted YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, President and Group CEO of PETRONAS at rumah Malaysia, during a working visit to Vietnam .
During the visit, the delegation had a meeting with the Minister of Industry and Trade, H.E. Le Manh Hung, at the Ministry of Trade and Industry headquarters.
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 🌺
📌 Dengan semangat tema, “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, mari kita rangkulkan penghargaan penuh makna buat semua warga pekerja atas komitmen dan dedikasi berterusan dalam memacu kemajuan negara, khusus jua buat warga Wisma Putra di tanah air dan di seluruh Pejabat Perwakilan Malaysia di seluruh dunia, atas peranan berterusan dalam memperkukuh Diplomasi MADANI serta memelihara kepentingan negara di persada antarabangsa.
#WismaPutra #HariPekerja2026 #PekerjaMADANIKesumaBangsa #TaatSetia #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Heartiest congratulations to the Secretary General of the Ministry of Foreign Affairs, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin on being conferred the Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) in conjunction with Labour Day 2026.
° This prestigious recognition is a testament to Dato' Sri’s exemplary leadership and outstanding dedication in leading Wisma Putra team, including the significant success of ASEAN-Malaysia Chairmanship 2025.
🌺 A truly proud moment for the entire Wisma Putra family!
🇲🇾🌐
____________________________
° Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri atas penganugerahan Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) sempena Sambutan Hari Pekerja 2026.
° Pengiktirafan berprestij ini adalah bukti nyata kepimpinan berwibawa dan dedikasi luar biasa Dato' Sri KSU dalam menerajui pasukan Wisma Putra termasuklah kejayaan besar dalam Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
🌺 Syabas dan tahniah daripada seluruh warga Wisma Putra!
🇲🇾🌐
#WismaPutra #HariPekerja2026 #PekerjaMADANIKesumaBangsa #TaatSetia #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI
The Embassy of Malaysia in Hanoi, together with Vietnam-Malaysia Friendship Association, Vietnam Union of Friendship Organisations (VUFO), Malaysian Communities and the MTCP Alumni, came together to deliver a CSR programme at the Ha Nam Social Welfare Centre on 18 April 2026.
those suffering from mental health and leprosy.
The CSR programme, which coincided with Vietnam’s Day of Persons with Disabilities, is a clear manifestation of Malaysia-Vietnam shared commitment to ensuring “No One is Left Behind”,
Through a whole-of-community effort, contributions amounting to over VND 616 million were mobilised supporting essential facilities, equipment, and daily needs for about 100 residents of the Centre comprising children, older persons, persons with disabilities,