Aku terbaca satu kisah semalam, tentang seorang lelaki yang meninggal dalam kereta sendiri…gara-gara bergaduh kecil dengan isteri.
Malam tu, brader ni kata jiran dia nampak kereta masih hidup enjinnya.
Dalamnya ada lelaki tu, tertidur di tempat duduk pemandu.
Katanya dia cuma nak rehat sekejap.
"Siang kerja pejabat, malam buat Grab. Penat sangat."
Dia senyum lesu.
Dan itu rupanya senyuman terakhir dia.
Keesokan pagi, jiran tu dapat tahu lelaki tu meninggal dunia akibat keracunan gas ekzos.
Dia tertidur dengan enjin hidup.
Yang paling menyayat hati, isterinya meraung depan rumah, menyesal tak sudah.
Rupanya malam sebelumnya mereka bergaduh.
Isteri merajuk, tak buka pintu, tak jawab mesej.
Suami pula tak nak panjangkan hal, jadi dia duduk dalam kereta depan rumah, mungkin tunggu reda, mungkin nak tenangkan diri.
-Aliff Liv
Tapi dia tak sempat.
Dia pergi begitu saja… dalam sunyi, beberapa meter dari orang yang dia sayang.
Bila aku baca cerita ni, aku terus terdiam.
Sebab aku tahu, ramai lelaki hidup macam tu hari-hari.
Bukan sebab lemah, tapi sebab tak tahu macam mana nak luah.
Bila hidup dah terlalu berat, lelaki akan cari tenang di tempat sunyi, dalam kereta, di mamak, atau dengan kerja lebih masa.
Bukan lari.
Cuma nak bernafas sekejap.
Gambar no.2 tu....
"Kalau cari nafkah pun penat, tak payah jadi suami la."
Ayat tu nampak kecil. Tapi bagi aku, itulah cara fikir yang perlahan-lahan bunuh banyak hati lelaki zaman sekarang.
Lelaki boleh tahan lapar.
Tapi dia tak tahan bila penatnya dipandang remeh.
Ramai isteri tak sedar, bila suami makin diam, bukan cinta yang hilang dulu.
Yang hilang ialah rasa dihargai.
Dan bila rasa tu hilang, hubungan mula retak perlahan-lahan.
Aku bukan nak bela para suami.
Aku cuma nak cakap satu benda, suami pun manusia.
Kalau dia penat, jangan hina.
Kalau dia senyap, jangan biar.
Kadang dia cuma tunggu seseorang faham…
yang dia bukan tak kuat, dia cuma dah terlalu penat nak terus pura-pura kuat.
UPU isn’t racist. The system runs on merit, but of course high-demand courses aren’t guaranteed.
Claiming you got “rejected by all” when you actually had an offer is just selfish & stirs up unnecessary drama.
Funny how it’s always the UM-obsessed ones making the loudest noise.
First car anak muda selalu keliru nak ambik Bezza ke Saga. Both ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Here i nak share based on my experience & research about this two car 🚗
@Navtreaks Hear me out, Heyman says he is loyal to both his best friend & the tribal chief. Seth came out to prove that only one of them really cares for him by attacking him and leading to Punk going out and saving him. Heyman owe Seth a favour by opening his eyes. Simple.
Boleh diterima kalau ramai masih tak tahu lagu Negaraku dan lagu negeri Perak ni hampir serupa.
Masalahnya ni, dah la tak tahu, lepas tu memandai tuduh orang ubah lagu Negaraku. Lagi kuat palatao, tuduh ubah lirik jadi bahasa Cina sedangkan telinga sendiri yang bermasalah.