Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Maju Johor.
Saya mengambil maklum mengenai satu senarai calon Barisan Nasional yang sedang bertebaran di media sosial dan aplikasi WhatsApp. Saya ingin menegaskan bahawa senarai tersebut adalah PALSU DAN TIDAK BENAR.
Sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon Barisan Nasional hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti. Dalam bahang pilihan raya ini, sudah pasti akan ada pelbagai bentuk fitnah, khabar angin, provokasi dan berita palsu yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Justeru, saya menyeru seluruh Bangsa Johor agar mengamalkan sikap tabayyun, menyemak fakta terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi sebelum menerima atau menyebarkan sesuatu berita.
Marilah kita berpolitik secara matang, berakhlak dan bertanggungjawab. Jangan benarkan berita palsu memudaratkan keharmonian, kestabilan serta proses demokrasi di negeri Johor yang kita cintai.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #BarisanNasional #BNJohor #KitaPilihBiru
Berita baik buat warga Selangor. Sebagai sebahagian dari Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM 131 juta yang telah saya umumkan sebelum ini, permohonan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam selama 6 bulan telah mula dibuka pada 1 Jun 2026.
Gunakan peluang ini sebaiknya dan buat persediaan lebih awal melalui aplikasi NINE. Mudah mudahan bantuan ini dapat memudahkan perjalanan harian, di samping menggalakkan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam.
#KitaSelangor
Terima kasih @Marina_Ibrahims, salam hormat kerana menghormati mandat pengundi dan berkhidmat sehingga tamat penggal.
Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.
Dalam ucapan di Penampang, Sabah hari ini, saya telah umumkan keputusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan pemberian khas interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.
Peningkatan lebih dua kali ganda ini merupakan komitmen nyata Kerajaan MADANI untuk menunaikan Pemberian Khas Sabah berasaskan 40 peratus hasil seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Saya tegaskan sekali lagi komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan hak Sabah selaras dengan semangat dan peruntukan MA63. Sehubungan itu, pemberian khas interim ini ditingkatkan sementara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah memuktamadkan kadar baharu berasaskan 40 peratus hasil Sabah.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memastikan hubungan Persekutuan dan Negeri diperkukuh berasaskan semangat kerjasama, saling menghormati dan keadilan demi kemajuan Sabah serta kesejahteraan rakyatnya.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Komitmen semasa kempen PRN Sabah hujung tahun lalu dipenuhi oleh YAB DS @anwaribrahim, walaupun keputusan PRN Sabah kurang memuaskan untuk PH dan KEADILAN. Barakallahu feekum.
X lain? Threads lain?
Kalau nampak macam tu, terpulang ko lah. Aku rasa aku konsisten je.
Pemimpin aku buat benda bodoh aku hentam. Lawan kancil dan walaun? Takde pulak aku pernah berhenti.
Masa pemilihan, memang aku tak suka dua2 calon timbalan.
Habis pemilihan, jelas dah aku berpihak kepada parti, lawan bingit2 dari dalam tak reti2 nak keluar.
Kadang2 aku mengata pimpinan parti aku, suka hati aku la. Aku bukan pentaksub, jenis angguk saja.
Literally just proves that PMX doesn’t put his personal grudges before the needs of the state.
Kalau macam ini pun, masih ada yang complain. Then selamat maju jaya Malaysiaku.
Alhamdulillah, tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengiktirafan berprestij yang diterima daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, sekali gus mengiktiraf kecemerlangan Malaysia dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen, profesionalisme dan dedikasi seluruh warga TH serta petugas haji yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengurus jemaah haji Malaysia.
Tahniah juga kepada Amal by Malaysia Airlines atas penerimaan anugerah “Misk Al-Khitam” sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan dalam menguruskan prosedur ketibaan jemaah haji bagi musim Haji 1447H.
Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan serta kecekapan institusi dan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan dan mengharumkan nama negara dalam melayani para tetamu Allah SWT.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI