Kah3 masih berharap ๐คฃ
PRU15 itu lain. Kerajaan tidak boleh dibentuk, maka kita cuba sedaya upaya pastikan kerajaan perpaduan itu tumpu kpd membaiki negara dan menstrukturkan kembali ekonomi.
Cuma bila dah stabil, lain pula yg ada dalam kepala orang2 yg dibuai kuasa. Mereka lupa amanah yang mereka laung 28 tahun.
Emotional blackmail pasal stability ni dah digunakan incumbent government berpuluh tahun.
DS Najib kalah 2018 menandakan emotional blackmail psl stability ni tak laku sgt dgn rakyat.
Teruskan guna emotional blackmail begini ha3 ๐คฃ
Mendekati 48 Jam selepas disiarkan, setakat ini merekodkan 83,486 tontonan. Pada malam 8hb, ketika 1 jam yang pertama (live) mencatatkan hanya 5,901 tontonan.
Boleh terus menonton di link:
https://t.co/hq6BOQA8xV
Di sini, PKR/Kerajaan Anwar tersilap langkah & memandang rendah kepada keupayaan strategi โbercakap benar dan menyebarkan kebenaranโ oleh RR.
Manusia itu sifatnya suka membandingkan apa juga yang mereka dengar & lihat. Itulah proses yang sedang berlaku ketika ini. Rakyat sedang mencari kebenaran. (Kecuali CEPLOS & AMK! Hahahaha)
Dalam konteks Kerjasama Malaysia & ARM, 5 Soalan maut yang Anwar perlu jawab adalah:
1. BERAPAKAH NILAI KERUGIAN YANG DITANGGUNG KERAJAAN MALAYSIA AKIBAT SALAH GUNA KUASA RR???
2. BERAPAKAH NILAI KEUNTUNGAN ATAU MANFAAT LAIN YANG RR PEROLEHI SECARA SALAH???
3. DEDAHKAN DI MANA & APAKAH PERBUATAN RR YANG TERJUMLAH KEPADA SALAH GUNA KUASA???
4. DEDAHKAN SECARA PENUH PENGLIBATAN TERUS ANWAR SELAKU PM & MENTERI KEWANGAN DI DALAM MEMUKTAMADKAN PERJANJIAN.
5. MENGAPA SEHINGGA KINI KONTRAK DENGAN ARM ITU TIDAK DIBATALKAN KALAU BETUL ADA UNSUR RASUAH/SALAHGUNA KUASA???
Kegagalan Anwar/Kerajaan menjawab persoalan ini, akan menyebabkan rakyat melihat tindakan SPRM itu tidak lebih hanyalah sekadar wayang si keldai politik & rakyat pasti menghumban kamu dalam PRU nanti!
Ini salah satu contoh bagaimana PKR/PH sudah out of touch dengan pengundi.
Skrip yg sama digunakan: kita diamkan semua sebab takkan kita nak penyamun perompak BN PN kembali berkuasa?
Rakyat rasa semua yang ada tu lebih kurang sama saja bab2 makan duit ni, semua ini semua permainan elit:
1) PH pun dah banyak terpalit dengan tuduhan yang serupa
2) Di bawah Perdana Menteri yang ada sekarang, SPRM dilihat tak berani nak siasat, malah menutup siasatan kalau ada ura-ura berkait dengan orang yang rapat dengan PM
3) SPRM dilihat digunakan untuk menghukun mereka yang berani mengkritik PM, baik dari dalam atau luar PH
4) Menteri Kewangan zaman PN & BN itu dah jadi Penasihat Kanan Politik PM. Semasa dia jadi menteri kewangan, macam-macam berlaku. Jana Wibawa, cabutan judi naik berkali ganda, belanja media beratus juta dituduh diselewengkan. Orang lain dari PN BN semua kena siasat, dia selamat malah diangkat oleh PM
5) Kes DNAA melibatkan TPM, dilihat PM mengutamakan matlamat mengekalkan Kerajaan Perpaduan dari membanteras rasuah
6) Yang lantang bawa isu anti rasuah ni semua dah terpelanting dari PKR akibat percaturan, yang ramai anggota biasa pun rasa pemilihan parti sendiri pun sanggup tipu. Yang ada sekarang ni bukan saja tidak dikenali dengan rekod lawan rasuah, malah ada tuduhan rasuah!
dan banyak lagi contoh-contoh lain.
Jadi bolehlah terus berangan-angan emotional blackmail macam ni.
Tapi dah tak laku.
Kumpulan pengundi paling besar ialah disenfranchised voters, yang muak dengan kempen holier than thou ceplos-ceplos konon terpaling suci anti-rasuah.
Saya tak sempat rasa euphoria lepas habis exam SPM dulu sebab terus kena sambung A-Levels sebelum keputusan SPM keluar.
Kali ini, lepas habis exam SPRM hari ini, Insya-Allah saya celebrate kaw kaw dalam podcast YBM #47, Jumaat 8/5 9pm.
Nak share tips jawab exam.
Double Standard + Hypocrisy = MADANI
Siasatan kes ARM hampir siap.
Namun, kes Mafia Korporat dan Kes Saham Azam Baki sampai sekarang masih takde apaยฒ update walaupun segala bukti telah didedahkan secara terbuka.
Lepas tu Anwar Ibrahim duk jaja Topic Sakau setiap kali berucap.
MADANI Style?
๐ค๐ฉ
#TSR
#TangkapAzamBaki
Apakah strategi komunikasi digital kerajaan MADANI berkesan? Ini isu yang diulas dalam Podcast YBM Episod 46.
Pertama. โCeplos-ceplosโ ini bukan aset. Mereka liabiliti.
Selepas pemilihan PKR Mei 2025, sentimen terhadap Datuk Seri Anwar masih ok. Masih boleh kerja. Tapi dalam 7-8 bulan kebelakangan ini, pandangan di X terutamanya berubah dengan ketara. Sebab apa?
Dua perkara. Overkill attack terhadap saya, dan overkill defense terhadap kerajaan sampai tahap menjilat. Penyokong PH sendiri pun rasa put off. Rasa toksik. Rasa menyampah.
Kedua - soal โnetwork effectโ.
Saya kira teras cybertrooper kerajaan ada lebih kurang 100 orang. Tambah lapisan AMK dan lain-lain, mungkin 300 orang. Setiap seorang pegang 20 hingga 30 akaun palsu, add sesama sendiri, like sesama sendiri. Follower 2 ke 3 orang sahaja. Pusing dalam bubble yang sama.
Ambil contoh Vietnam. 100,000 akaun disambung kepada 100 telefon, dikawal oleh 3 orang. Network effect sebenar? Tiga orang. Itu sahaja.
Sebab itu, podcast JKOM ke, Podcast Tok Abah ke, view 10 orang. Komen 1 ke 2 orang. LIKE pun sikit. Sebab semuanya berputar dalam bubble yang sama.
Ketiga - metrik yang sebenarnya penting.
Orang selalu nampak komen maki hamun berkarung-karung dan ingat, โHabislah Rafizi kena bantai.โ Tetapi saya dilatih sebagai jurutera. Saya tengok metrik, bukan perasaan.
Facebook saya, reach bulanan 8 hingga 15 juta. Tak turun. Like tinggi. Share tinggi. Itu silent majority. Mereka tak komen. Mereka observe, mereka like, mereka share.
Ceplos? Dia komen banyak. Tapi sebenarnya algoritma Facebook baca komen itu sebagai engagement tinggi dan push posting saya kepada lebih ramai orang. Jadi ceplos sebenarnya tolong saya. Terima kasih.
Keempat - pengajaran daripada Dato Seri Najib.
Pada 2022, semua orang takut Facebook Najib. 30,000 like. Viral. Nampak hebat.
Tapi saya duduk dengan data scientist dalam team saya dan kaji. 30,000 like itu datang dari mana? Melayu Pantai Timur. Kawasan yang memang UMNO sudah menang. Penyokong yang memang penyokong. Tak ada network effect untuk swing undi.
30,000 like dari Kota Bharu sahaja berbeza dengan 30,000 like dari seluruh negara. Ada Melayu, ada Cina, ada muda, ada tua, ada Kedah, ada Johor. Yang kedua itu ada spread. Ada network effect sebenar.
Yang pertama itu syok sendiri.
Sama juga dengan PAS. Traction tinggi, tapi berlegar dalam kalangan yang memang sudah cenderung begitu. Sebab itu sampai sekarang tak boleh swing pengundi bukan Melayu.
Kelima - jadi macam mana nak betulkan?
Kuncinya adalah kandungan.
Kalau kandungan tak menarik, tak relevan, tak jujur, you bayar berapa pun reach takkan sampai. Duit habis, kesan tak ada.
Itu masalah besar komunikasi kerajaan hari ini. Bukan kurang platform. Bukan kurang bajet. Tapi kurang faham bagaimana media sosial sebenarnya berfungsi.
Tonton kupasan penuh isu perang medsos parti-parti politik di Podcast YBM Episod 46:
https://t.co/bMcuyItnDm
๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐
Satu kebimbangan saya mengenai negara dan masyarakat yang tidak dikongsi oleh ahli-ahli politik lain ialah kesan negara menua kepada masyarakat kita.
Malaysia sekarang adalah negara yang sedang menua.
Kita dijangka akan jadi negara tua menjelang 2048, iaitu 22 tahun dari sekarang, apabila 14% dari penduduk telah melepasi umur 65 tahun dan tidak bekerja.
Kesannya sangat besar kepada negara dari segi ekonomi, kebajikan, kelangsungan negara dan terutamanya kehidupan rakyat.
Bayangan apa yang akan kita lalui sudah ada di depan mata kita.
Saya perkenalkan Puan Aminah, kami panggil Cik Minah, umur dah 70 tahun lebih, duduk di Pandan.
Cik Minah adalah seorang warga emas yang duduk seorang di flat. Tiada pendapatan. Dulu masa membesarkan anak, Cik Minah jual nasi lemak. Sekarang dah tua, anak-anak membantu sedikit sebanyak tetapi anak-anak pun hidup susah jugak.
Duit yang anak-anak bagi itulah Cik Minah nak bayar sewa, elektrik, air dan sebagainya. Duit untuk makan memang sangat kesempitan.
Walaupun tiada pendapatan, Cik Minah tidak pernah dapat Sumbangan Tunai Rahmah, bantuan SARA dan sebagainya.
Kami tolong daftarkan mana yang patut, dan bantu mana yang patut.
Tapi cabaran warga emas seperti ini bukan unik kepada Cik Minah saja. Ada beratus ribu lagi warga emas dalam keadaan ini dan menjelang 2048, angka ini mencecah jutaan orang.
Kita akan jadi macam Cik Minah dalam 20 tahun dari sekarang.
Ikuti keluhan Cik Minah, supaya kita sama-sama boleh gerakkan negara ke arah satu sistem dan pendekatan baru yang bersiap sedia menghadapi negara tua dalam 20 tahun akan datang.
๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ฃ๐ฅ๐
Hari kedua soal siasat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.
Terima kasih kepada semua sahabat yang terus hadir memberi semangat, yang datang dari dekat dan jauh, yang singgah sekejap, yang tunggu lama, dan yang menghantar doa dari rumah.
Saya juga berterima kasih kepada pasukan peguam yang terus bersama sepanjang proses ini.
Seperti semalam, saya tidak boleh berkongsi atau mengulas kandungan soal siasat kerana tertakluk kepada peraturan di bawah Akta SPRM.
Cuma pendirian saya kekal sama.
Dalam apa pun keadaan, kita jawab sebaik mungkin. Kita hormat proses. Tetapi kita juga tidak boleh lupa bahawa kuasa, jawatan dan arahan tidak pernah mengatasi amanah.
Terima kasih sekali lagi kepada semua.
Kita teruskan.
๐๐๐ฅ๐ง๐จ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก, ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ช๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐, ๐ฆ๐๐๐ง๐จ ๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐๐จ๐ก๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐
Sabtu ini, 2 Mei 2026, saya akan berada di Taman Angsana Hilir, Ampang untuk siri Kaunter Bergerak yang seterusnya.
Penduduk Pandan sudah biasa dengan tradisi Kaunter Bergerak yang saya mulakan sejak 2013 lagi. Sesiapa sahaja boleh datang dan membuat aduan, permohonan atau apa-apa saja, jangan minta projek saja.
Kebelakangan ini, saya sering ditanya apa perasaan saya bila Tengku Zafrul Aziz, yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri ligat berada di Pandan.
Terkini, pasal Tengku Zafrul dan DB letrik terbakar di sebuah pangsapuri di Pandan Indah.
Bagi saya, lebih ramai orang membantu rakyat biasa lebih baik. Kalau semua masalah boleh diselesaikan serentak, alhamdulillah.
Cuma saya berharap perkara itu berpanjangan, jangan sebab nak dekat pilihanraya, semua berlumba-lumba buat content.
Jangan jadi macam Kuala Selangor dahulu. Nak dekat pilihanraya umum, Menteri Kewangan Tengku Zafrul umum Kuala Selangor jadi parlimen angkat.
Habis semua disentuh, minyak motor pun semua ditukar.
Tak sampai 2-3 bulan, bila sudah kalah, terus hilang dan Kuala Selangor dilupakan.
Saya berharap perkara itu tidak berlaku di Pandan.
Dengan kedudukan Tengku Zafrul di Pandan, saya harap dia boleh bantu buat banyak perkara yang saya dan Datoโ Seri Dr Wan Azizah, ahli parlimen sebelum saya, tak mampu buat kerana kekangan kewangan sebelum ini.
Contohnya, kita nak minta semua pangsapuri kos rendah dan kos sederhana dicat baru di seluruh Pandan. Setakat ini, saya hanya berjaya mengusahakan beberapa buah sahaja.
Kita nak mintak semua kes-kes kerakyatan yang masih tertunggak di peringkat Kementerian Dalam Negeri diselesaikan.
Dan paling utama, kita nak minta Tengku Zafrul bantu selesaikan masalah hakmilik strata yang melibatkan lebih 3,000 unit kediaman di Pandan yang tidak selesai sebab pemaju telah bungkus lama dan tidak membuat bayaran kepada Kerajaan Selangor.
Yang kecil-kecil pasal longkang, sampah, penduduk setempat tu tak pe kami yang kecil-kecil di bawah ni cuba selesaikan setiap kali kami berjumpa penduduk.
Satu lagi pesan saya - sebagai Penasihat Politik Kanan Perdana Menteri, saya harap Tengku Zafrul jangan lupa buat yang sama di Tambun.
Saya pasti banyak DB yang terbakar di Tambun.
Jangan jaga Pandan saja sampai PMX kena cari kerusi lain nak bertanding PRU akan datang.
Kepada penduduk Angsana Hilir, Kampung Pandan dan sekitarnya, kalau ada masalah yang nak dikongsi, boleh jumpa saya di Taman Angsana Hilir hari Sabtu ini, 2 Mei dari jam 10 pagi.
22 ๐๐ฑ๐ณ๐ช๐ญ 2026
๐ ๐๐ก๐๐๐ช๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐๐ก:
๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐ ๐ ๐๐ ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐จ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ก๐ง๐ฅ๐๐ ๐๐ช๐๐ ๐ฆ
Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal.
Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet.
Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus.
Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan.
Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu.
Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri.
Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini.
Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini.
Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu.
Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi.
Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi.
KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi.
Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu.
Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN.
Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut:
1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan.
2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing.
3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat.
4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM.
5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM.
Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri.
Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai.
Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa.
Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri.
Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR.
Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju.
Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat.
Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan.
Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐๐ฉ๐ญ๐ช ๐๐ข๐ณ๐ญ๐ช๐ฎ๐ฆ๐ฏ ๐๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฏ
Ramai marah bila sebut e-invois, SST naik dan LHDN makin agresif tetapi selalunya yang kena tempias saya dan Kementerian Ekonomi sebelum ini, sedangkan semua ini di bawah Kementerian Kewangan.
Dua-tiga tahun kebelakangan ini, peniaga kecil dan sederhana, khususnya dalam komuniti Cina, rasa sangat tertekan: tafsiran cukai kadang-kadang tak masuk akal, kena bayar lebih, tetapi bila terlebih bayar, bayar semula (refund) pula lambat.
Di atas kertas, kerajaan bangga umum kutipan cukai meningkat; di bawah, orang yang bayar cukai rasa mereka sedang diperah. Bila retorik โlawan orang maha kayaโ sering digunakan, tetapi kroni lama nampak elok saja berkawan dengan kerajaan, peniaga kecil rasa merekalah yang jadi bola politik.
Selagi cara kita mengutip dan mengurus cukai tidak dirasakan adil dan munasabah oleh mereka, jangan hairan kalau keyakinan pengundi Cina terhadap kerajaan makin menurun.
Tonton video ulasan isu ini di sini:
https://t.co/j8gOHR3VFX
๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐
Sekitar jam 145 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.
Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal.
Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.
Anak saya telah dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan.
Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.
Sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini.
Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofail awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini. Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.
Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar.
Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ญ๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Satu sidang media bersama beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Isnin, 7 Julai 2025
Masa: 9:00 pagi
Lokasi: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Tingkat 2, No. 12, Jalan Cenuk 1, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.
Sidang media ini turut akan disiarkan secara langsung di platform-platform media sosial saya.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฏ๐ฌ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐๐ง๐จ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ก๐ฆ๐ง๐๐ง๐จ๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก
Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan bersara wajib pada 1 Julai 2025, diikuti dengan persaraan wajib Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim pada 2 Julai 2025.
Ini akan diikuti oleh persaraan lima lagi Hakim Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan akan datang, iaitu:
1. YAA Tan Sri Hasnah Datoโ Mohammed Hashim (Hakim Besar Malaya) โ dijangka bersara 14 November 2025
2. YAA Tan Sri Dato' Abdul Rahman Sebli (Hakim Besar Sabah Sarawak) โ dijangka bersara dalam Julai 2025
3. YA Tan Sri Tan Sri Nallini Pathmanathan (Hakim Mahkamah Persekutan) โ dijangka bersara 22 Ogos 2025
4. YA Dato' Zabariah Mohd Yusof (Hakim Mahkamah Persekutuan) โ dijangka bersara 10 Oktober 2025
5. YA Datuk Hanipah Farikullah (Hakim Mahkamah Persekutuan) โ dijangka bersara 22 November 2025
Ini bermakna negara akan berhadapan dengan kekosongan lebih separuh dari keseluruhan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan akan datang, yang akan memberi kesan kepada perjalanan pentadbiran undang-undang di negara ini.
Daripada tujuh hakim-hakim yang akan bersara ini, empat sebenarnya telah mendapat sambungan perkhidmatan enam bulan sebelum ini, iaitu Tan Sri Hasnah, Datuk Abdul Rahman, Datoโ Zabariah dan Datuk Hanipah.
Oleh yang demikian, saya memahami pandangan beberapa tokoh dari profesion guaman dan pengamal undang-undang yang merasakan Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar juga wajar diberikan sambungan perkhidmatan enam bulan, seperti mana hakim-hakim lain sebelum ini.
Ia bukan bersifat politik, atau ingin mempolitikkan lantikan hakim (yang ada prosesnya sendiri). Ia adalah satu perkara munasabah mengambil kira keadaan semasa, yang mana kekosongan lebih separuh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan akan memperlahankan perjalanan kes-kes mahkamah.
Ramai peguam-peguam yang menghubungi saya untuk memaklumkan perkara ini serta kebimbangan mereka bahawa sebarang masalah yang timbul dari kekosongan hakim- hakim Mahkamah Persekutuan akan memberi kesan besar kepada perjalanan kes di semua mahkamah (dari mahkamah tinggi hingga mahkamah persekutuan).
Tambahan pula, jika sambungan perkhidmatan telah diberikan kepada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lain tetapi tidak kepada Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, ini akan memburukkan polemik mengenai kebebasan institusi kehakiman yang sudah pun berlegar.
YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri, tidak boleh mengetepikan kebimbangan pengamal undang-undang hanya dengan beranggapan isu ini adalah serangan politik.
Polemik ini bermula dengan kebimbangan pengamal undang-undang bahawa kepimpinan institusi kehakiman yang seterusnya akan bertukar kepada seorang yang dilantik terus ke Mahkamah Persekutuan.
Dengan kekosongan lebih separuh dari hakim-hakim kanan di Mahkamah Persekutuan, timbul persoalan adakah pelantikan terus itu adalah sebahagian dari perancangan untuk melangkau senarai kekananan hakim-hakim sedia ada dan mengubah kepimpinan institusi kehakiman untuk tempoh lapan tahun akan datang, memandangkan beliau hanya akan bersara wajib pada tahun 2033?
Polemik ini menjadi makin parah apabila timbul โdouble standardโ dalam pelantikan- pelantikan lain. Apabila perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilanjutkan tiga kali berturut-turut dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan tidak dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru, sudah tentu pelbagai desas-desus akan menjadi lebih kuat.
Sebelum ini, sebagai anggota pentadbiran dan Jemaah Menteri, pandangan saya kekal di dalam perbincangan dan tertakluk kepada keputusan akhir Perdana Menteri.
Sebagai Ahli Parlimen, adalah wajar untuk saya mengingatkan supaya polemik mengenai kebebasan institusi kehakiman ini ditangani sebaik mungkin, agar ia tidak diburukkan lagi.
Sebagai seorang rakyat biasa, kesedaran politik saya bermula dengan pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dalam tahun 1988. Saya baru darjah lima ketika itu dan kebetulan Tun Salleh Abas berasal dari Besut, Terengganu seperti saya.
Saya tidak boleh memahami kenapa seorang Ketua Hakim Negara dipecat dan dari situlah saya mengambil tahu mengenai politik dan perkara yang berlaku dalam masyarakat. Pemecatan Datoโ Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 adalah langkah seterusnya untuk terbabit di dalam politik.
KEADILAN dan Pakatan Harapan telah lama berkempen untuk mempertahankan kebebasan institusi kehakiman.
Adalah sangat malang sekiranya satu hari nanti, KEADILAN dan Pakatan Harapan dituduh melemahkan kebebasan institusi kehakiman, lalu mewujudkan satu kumpulan anak muda baru yang bertekad melawan KEADILAN dan Pakatan Harapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
30 Jun 2025
Ini yang sepatutnya @MCMC_RASMI kejar. Bukan kejar mereka2 yang berbeza pendapat.
PMX @anwaribrahim pernah kata, "PERBEZAAN TIDAK MELEMAHKAN TAPI MENGUATKAN NEGARA".
cc @fahmi_fadzil