Berhati-hati dengan pihak yang menawarkan nasihat khidmat kewangan untuk melangsaikan hutang anda! Jika anda menghadapi masalah kewangan, dapatkan bantuan secara percuma melalui @AKPKofficial. Hubungi BNM LINK jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan.
#BNMAmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak
WASPADA.
Teknik social engineering guna QR menipu di hari Jumaat.
Dia naikan QR Bank dengan nama Masjid yang tak wujud. Modal pula sekadar akaun palsu fb, akaun keldai mae dan gambar curi dari artikel dua tiga tahun lepas.
Minggu lepas dah syak sbb naik nama masjid tak wujud
Sempena World Financial Planning day, ada beberapa events untuk public.
Ada free with lunch (5 Oct) ada berbayar RM50 : 19 Oct (breakfast & lunch)
Sesuai untuk mereka yang nak kenal sesuai ke nak ceburi bidang ni?
Atau nak dapat sharing free berkenaan market update.
#WFPD2024
Tak parking dekat selekoh.
Masuk simpang bagi signal.
Kalau ada kereta bagi signal nak masuk lane kita, maintain speed atau kurangkan speed daripada tiba2 jadi psiko nak laju sedangkan sebelum kemain โmelehaโ atas jalan raya.
hari Khamis ni Federal Reserve dijangka akan memulakan menurunkan kadar faedah Federal Funds Rate (macam kita punya OPR) setelah menaikkannya setinggi 500 basis points atau 5 peratus daripada Mac 2022 sehingga Julai 2023 untuk melawan kadar inflasi yang meningkat setinggi 8%.
kenaikan kadar faedah US antara punca utama kenapa Ringgit jatuh berbanding US Dollar daripada 4.17 sehingga hampir mencecah 4.80 awal tahun ni (2024) terutamanya bila Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengikut rentak Federal Reserve dengan menaikkan OPR kepada kadar yang lebih rendah berbanding bank-bank pusat negara.
sekitar bulan Mei - Jun tahun ni, sudah ada jangkaan dalam pasaran bahawa Federal Reserve akan memotong kadar faedah kerana:
1. Kadar Inflasi yang semakin menurun dan stabil
2. Jumlah pekerjaan yang dicipta ekonomi semakin perlahan
ini yang dipanggil "Fed pivot", apabila Federal Reserve mula mengubah dasar monetary daripada mengetatkan (tightening) iaitu meningkatkan kadar faedag kepada melonggarkan (loosening) iaitu menurunkan kadar faedah dan begitu juga sebaliknya.
oleh sebab itu kalau korang perasan Ringgit mula meningkat berbanding US Dollar pada awal Julai daripada 4.70 sehingga 4.2690 hari ini menjadi matawang dengan peningkatan tertinggi dalam Asia dan juga dunia kerana Federal Reserve dijangka akan memulakan kitaran penurunan kadar faedah manakala BNM pula dijangka terus mengekalkan kadar OPR sehingga sekurang-kurangnya sepanjang tahun depan.
sejak tahun 1990, Federal Reserve telah menjalankan 9 kali kitaran menurunkan kadar faedah hampir semuanya kerana tindakbalas kepada krisis ekonomi.
dalam jadual kat bawah ditunjukkan kesan penurunan kadar faedah US oleh Federal Reserve kepada Ringgit dan juga pasaran saham KLCI.
secara umum Ringgit akan meningkat berbanding US Dollar apabila Fed mula menurunkan kadar faedah. walaubagaimanapun selalunya pergerakan Ringgit vs US Dollar berlaku lebih awal sebelum Fed menurunkan kadar faedah iaitu ketika pasaran mula menjangkakan Fed akan memotong kadar faedah. contohnya Ringgit sudah meningkat lebih 9% berbanding US Dollar sejak Julai 2024.
untuk pasaran saham (KLCI), secara umum prestasinya bercampur-campur dan tidak terkesan dengan penurunan kadar faedah oleh Fed kerana lebih bergantung kepada faktor-faktor lain seperti pertumbuhan ekonomi, pendapatan korporat, penilaian semasa dan dasar-dasar Kerajaan.
pasaran menjangkakan Fed akan menurunkan kadar faedah minggu ni sebanyak 50 basis points (0.5%) daripada 5.25% - 5.50% kepada 4.75% - 5.00%.
sebarang pergerakan matawang US Dollar juga akan bergantung kepada berapa banyak kadar faedah turun (size), berapa cepat (pace) kadar faedah diturunkan dan berapa lama (period) Fed akan dalam loosening mode.
sebab itu ahli ekonomi selalu menekankan bahawa pergerakan Ringgit tidak melambangkan kedudukan ekonomi sebenar kerana faktor luaran yang berada di luar kawalan kita.
sebagai sebuah negara yang berdagang (eksport + import) dengan jumlah perdagangan melebihi daripada saiz ekonomi dengan nisbah perdagangan kepada saiz ekonomi 135% sudah tentu pergerakan matawang sangat dipengaruhi faktor luaran terutamanya kadar faedah US yang ditetapkan Federal Reserve.
adakah loosening cycle kali ini akan menolak USDMYR kembali ke paras bawah 4.00?
kali terakhir USDMYR berada di bawah paras 4.00 adalah pada Jun 2018? lepas tu belum pernah lagi bawah 4.00.
macam aku tulis tadi, bergantung kepada size, pace & period interest rate cuts yang akan dilakukan Fed.
tapi kena ingat, bila kadar faedah dipotong ni, maksudnya ekonomi US tengah tak stabil dan melemah. bila ekonomi US melemah, kebiasaannya satu dunia akan terkesan termasuk negara kita kerana US merupakan rakan dagangan negara kita yang ketiga terbesar dengan dagangan dua hala mencecah RM250 bilion dan jumlah pelaburan langsung asing (FDI position) US di negara kita mencecah RM102 bilion juga ketiga terbesar.
ada satu frasa "when US sneezes, the world catches cold."
@r11ckkkkkkkkkk @ZackAvaricious Lemas. rasa macam masuk sauna.
Kalau I akan pergi on kan aircond. Xtau la kot ada yang menyirap dalam hati. Hahaha
Serious question, workout dalam keadaan panas gitu lebih efektif ke?