Çin'de dehşet veren bir olay yaşandı!
İki kız öğrenci, bir arkadaşlarını çatıdan atarak intihar süsü vermeye çalıştı. Korkunç girişim, bir öğretmenin olayı son anda fark etmesiyle engellendi
Ramai tidak tahu, di Kepong wujud satu “perkampungan warga asing” dengan 39 binaan haram. Sambungan elektrik dibuat sesuka hati, tandas pun separuh terbuka.
Tanah ini milik DBKL, tanda roboh sudah disembur, dan tindakan akan diambil dalam masa terdekat.
#Kepong#WargaAsing
Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN) membantah cadangan membawa masuk jururawat dari Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja kesihatan di negara ini tanpa kajian yang menyeluruh.
Dalam satu kenyataan hari ini, MMN menegaskan bantahan tersebut bukan bersifat prejudis terhadap profesionalisme tenaga kesihatan Indonesia, sebaliknya berpaksikan keutamaan menjaga kualiti penjagaan pesakit, keselamatan klinikal dan kestabilan sistem kesihatan negara dalam jangka panjang.
Menurut MMN, beberapa isu utama perlu diberi perhatian serius termasuk perbezaan standard latihan kejururawatan, kelayakan akademik, prosedur serta protokol klinikal, selain keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan dialek tempatan.
“Perkara ini secara langsung boleh mempengaruhi penyampaian rawatan yang selamat dan berkesan kepada pesakit Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya Kusumo sebelum ini memaklumkan, Indonesia bersedia membekalkan seramai 15,000 jururawat ke Malaysia bagi memenuhi kekurangan tenaga kerja terbabit dalam sektor kesihatan.
Beliau dipetik sebagai berkata, negara itu kini menghasilkan kira-kira 65,000 jururawat setiap tahun, sekali gus mempunyai bekalan tenaga kerja itu yang mencukupi untuk dihantar ke sini.
MMN turut menegaskan bahawa Malaysia masih mempunyai ramai graduan kejururawatan tempatan yang belum mendapat penempatan tetap di hospital kerajaan dan swasta.
Justeru, persatuan itu berpendapat keutamaan perlu diberikan kepada pengambilan serta penempatan graduan tempatan sebelum mempertimbangkan kemasukan tenaga kerja asing secara besar-besaran.
Menurut MMN, kemasukan jururawat asing tanpa perancangan rapi berisiko menjejaskan peluang pekerjaan rakyat Malaysia serta menambah beban kepada sistem latihan adaptasi tempatan.
Sehubungan itu, MMN menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan agensi berkaitan meneliti secara mendalam semua implikasi undang-undang, etika profesional, sosioekonomi serta keselamatan pesakit sebelum sebarang keputusan dibuat.
Persatuan itu turut mencadangkan supaya kajian impak menyeluruh, perbandingan kompetensi secara terbuka serta mekanisme pemantauan dan penilaian berkala yang ketat dilaksanakan terlebih dahulu.
“Sekiranya kemasukan ini benar-benar diperlukan, ia hendaklah bersifat sementara, terhad dari segi jumlah dan tertakluk kepada syarat lesen sementara yang ketat,” katanya.
MMN menegaskan bahawa kebajikan pesakit, maruah profesion kejururawatan tempatan dan peluang pekerjaan rakyat Malaysia tidak boleh dikorbankan demi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja dalam jangka pendek. - MYNEWSHUB
Kewujudan sebuah sekolah dipercayai untuk etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk tempatan sejak beberapa bulan lalu.
Tinjauan mendapati premis terbabit dibina menggunakan papan lapis serta dilengkapi bekalan elektrik dan air, selain disewa daripada penduduk tempatan untuk dijadikan pusat pembelajaran.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #sekolahrohingya #Rohingya #Terengganu
Datuk Fahmi Fadzil: Kerajaan tidak akan berkompromi dalam tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana warga asing yang melanggar peraturan atau salah guna lesen, visa dan kemudahan perniagaan.