Program MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa ke Melaka dan Perlis 2026 berlangsung dari 8 hingga 25 Jun 2026.
Program ini melibatkan lokasi di Kampung Bukit Piatu Utara dan FELCRA Ramuan China di Melaka, serta SMK Putra dan Kampung Seberang Ramai di Perlis.
Kalau ada satu tempat yang boleh bawa anda "mengelilingi Malaysia" dalam masa sehari, anda ingin pergi?
Bah, inilah peluangnya!
Dari 11 hingga 14 Jun 2026, Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu akan bertukar menjadi sebuah "mini Malaysia" yang menghimpunkan pelbagai budaya, makanan, permainan, seni dan tradisi masyarakat negara kita sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan.
Apa yang menarik?
🏡 Rumah Kami (Rumah Etnik)
🌍 Perkampungan Etnik Malaysia
🏃 Larian Negara Bangsa
🚓 Pameran Aset Kerajaan
🍽️ FoodUnites & Food Truck
🛍️ Jualan Rahmah & Agro MADANI
💼 Jualan Usahawan KUSKOP & KRT
🎮 E-Sukan & Edugame
🎲 Permainan Tradisional
🇲🇾 Pameran Negara Bangsa
📚 Pameran Interaktif Pendidikan (Sudut Baca@Cafe & Book Donation)
📖 Pesta Buku Sabah
🧶 Pembuatan Tradisional & Kraftangan
👑 Pameran Raja Kita
🦁 Pertandingan Raja Tarian Singa
🎙️ Sabah Idol
💃 Pertandingan Tarian Etnik Kreatif
👸 Pertandingan Ratu Perpaduan
🎸 Battle of the Bands
🎤 Konsert Malam Uniti Sama-Sama
✨ Malam Rohani
Jom datang cuba makanan etnik, singgah untuk bergambar, belajar tentang budaya, cuba aktiviti menarik dan pulang dengan pengalaman baharu tentang keindahan kepelbagaian Malaysia.
Bah, jangan setakat tengok di media sosial. Datang sendiri dan rasai kemeriahan Minggu Perpaduan 2026 di Kota Kinabalu!
Demo tunggu gapo lagi, jom pakat mari ramai-ramai ke Sambutan Minggu Perpaduan Zon Timur di Kelate!
Bermacam-macam aktiviti ado FoodUnites, Rumah KAMI, persembahan budaya, pameran menarik, semuanya untuk rapatkan hubungan kito sesamo masyarakat. Tak kira bangsa, agama, atau latar belakang, kito semua boleh kenal lebih dekat dan eratkan silaturahim.
Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara ni bukan sekadar acara biasa, tapi peluang untuk kito sama-sama pupuk semangat muhibah dan kekitaan. Inilah masanya untuk tunjuk kekuatan sebenar rakyat Malaysia bersatu hati, hidup harmoni.
Jangan lepaskan peluang, bawo keluarga, kawan-kawan, pakat mari meriahkan suasana! Nok tunggu gapo lagi wei? Jom mari belako, kita meriahkan dan semarakkan perpaduan di bumi Kelate!
#SMP2026
#MalaysiaMADANI
#NegaraBangsa
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
Setiap kali Ramadan menjelma, pasti bubur lambuk menjadi simbol kebersamaan dan tradisi yang menyatukan.
Saya meluangkan masa bersama warga kerja Kementerian Perpaduan Negara menyediakan bubur lambuk yang secara tersiratnya menyemai nilai muafakat, dan kasih sayang sesama kita.
Inilah erti sebenar perpaduan.
#MalaysiaMADANI
#NegaraBangsa
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
Majlis Jamuan Perpaduan Sempena Tahun Baharu Cina dan Majlis Buka Puasa di Fo Guang Shan Dong Zen Temple menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam suasana penuh harmoni dan kebersamaan.
Inilah wajah sebenar perpaduan negara, apabila kepelbagaian diraikan dengan rasa hormat dan semangat kebangsaan yang semakin kukuh.
#MalaysiaMADANI
#NegaraBangsa
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
Jom dengarkan pandangan rakyat Malaysia mengenai cara memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Marilah kita terus menghormati adat resam dan mengekalkan semangat harmoni demi masa depan negara yang lebih gemilang!
#MalaysiaMADANI#NegaraBangsa#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI