Hukum sahur adalah sunat, tak perlu kejut orang sebegini kerana masing-masing dah ada jam loceng/telefon zaman sekarang.
Adapun, hukum menganggu jiran adalah haram.
Satu lagi skandal pasal ATM yang aku harap terdedah ialah skandal pegawai atasan pau duit pegawai dan anggota bawahan
Belikan baranglah itulah inilah. Dahlah anggota dan pegawai bawahan gaji kecik. Kena pau lagi
Ada org dedah dekat Threads. Siap duit dipau untuk Parti Yeye lagi
Denda dikenakan ke atas Datuk Seri Najib bernilai RM 11.38 Bilion
Kalau semua dana itu digunakan untuk perkara tertentu macam
1) Hospital. Dapat buat 11 Hospital baru(1 hospital RM 1 Bilion)
2) Sekolah. Kita akan dapat buat 120 ke 150 buah sekolah baru(1 Sekolah RM 40 ke 60 Juta)
3) 70,000 ke 75,000 buah rumah mampu milik
4) 30 km laluan baru Kereta Api Komuter KTM.
5) Memberi subsidi pendidikan kepada 225,000 pelajar mahasiswa
6) Menambah 110,000 doktor dan jururawat baru
7) Memperkuatkan Projek Tebatan Banjir selama 4 Tahun. Lindungi rakyat Malaysia daripada banjir
8) Pertahanan. Dana Pertahanan cukup untuk pembelian aset Pertahanan selama 2 Tahun. Average Peruntukan beli aset ketenteraan ialah RM 5.5 Bilion setahun
Maksudnya kalau kita fokus dana itu kepada satu sahaja dalam 8 projek disenaraikan di atas
Pembongkaran skandal 1MDB bermula pada 2010 oleh Rafizi dan Tony Pua yang aktif memberikan pencerahan.
Kemudian dibawa ke Parlimen oleh Anwar dan selepas itu menjadi gerakan rakyat berskala besar.
Terima kasih semua yang terlibat dari mula hingga hari ini. Raikanlah!
Berapa hakim telah mendapati Najib bersalah selepas tujuh tahun proses mahkamah? 10. Not even one judge finds him innocent. Wake up, UMNO.
Kes SRC
High Court: 1 judge
CoA: 3
FC: 5
Campur satu lagi kes hari ni: 10-0
Ramai menipu jadi saksi derma sebb nak selamatkan najib dulu. Sekarang yg menipu2 tu semua tak nak ganti najib kat dalam sana.
Persahabatan dalam politik adalah 'persahabatan fulus.'
๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฆ ๐ญ๐ ๐๐ ๐๐๐ง๐ขโ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐ก ๐ฅ๐๐ญ๐๐
Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion.
Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB.
Hakim YA Datoโ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu.
Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ Seri Najib.
Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya.
Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini.
Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini.
Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun.
Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing.
Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini.
Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju.
Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat.
Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi.
Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi.
Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga.
Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang.
Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah.
Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita.
Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi.
Hak untuk terus membela Datoโ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka.
Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati.
Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka.
Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung.
Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi.
Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini.
Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010.
Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016.
Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara.
Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka.
Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB.
Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di https://t.co/Bf7ZrB6NN8
Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing.
Damailah kita dengan emosi itu.
Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan.
Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.
Terkini : Mahkamah juga mendapati Najib Razak BERSALAH dalam semua 21 pertuduhan AMLA.
Ringkasnya penghakiman hari ini,
๐ Semua 4 kes salah guna kuasa BERSALAH.
๐ Semua 21 kes AMLA juga BERSALAH.
Ini kemenangan untuk rakyat. Rakyat berhak me'RAI'kan keputusan ini. Bak kata Joker, 'Hadiah Terbaik' untuk rakyat!
SISI GELAP
Ini kisahnya.
Ini sekolah budak pandai. Yang boleh masuk ke sekolah, perlu UPSR 4A ke atas. Walau berstatus Maahad, Kerajaan Negeri ada cita-cita besar: mahu lahirkan penghafaz al-Quran yang juga profesional.
Ayuh kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia, menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama para wira dan wirawati yang baru pulang selepas ditahan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Saya yakin dan percaya bahawa dalam denyut nadi setiap anak Malaysia, tersemat tekad untuk terus memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat.
Marilah kita berganding bahu dan bergerak sederap, mengangkat suara demi Palestin yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.
Ketemu esok malam, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Setakat petang ini, saya telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Tรผrkiye, Presiden Mesir, dan Perdana Menteri Qatar bagi memohon dukungan mereka dalam usaha mendesak pembebasan sukarelawan serta aktivis Malaysia yang ditahan.
Saya dan pasukan juga turut berhubung rapat dengan beberapa rakan lain, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bagi menuntut campur tangan serta tindakan segera tanpa sebarang kelewatan.
Sekali lagi saya tegaskan, kezaliman yang dilakukan rejim Israel mesti dihentikan serta-merta. Malaysia tidak akan berdiam diri apabila hak dan maruah rakyat kita diinjak.
Dengan penuh keprihatinan, saya berdoa kepada Allah SWT agar semua rakan kita yang ditahan dibebaskan secepat mungkin, dan agar saluran bantuan kemanusiaan untuk saudara-saudara kita di Gaza serta seluruh bumi Palestin dapat disampaikan tanpa sekatan.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja