๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ ๐ญ๐ฑ ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก
Setiap kempen pilihan raya bermula pada hari penamaan calon.
Di situlah calon diperkenalkan kepada rakyat. Di situlah kempen di setiap kawasan bermula.
BERSAMA akan menamakan 15 calon di 15 pusat penamaan calon di seluruh Johor.
Kami mengajak ahli BERSAMA dan juga sukarelawan untuk bersama-sama mengiringi calon-calon kita pada hari penamaan calon. Boleh rujuk kepada senarai yang telah disediakan untuk 15 pusat penamaan.
Tidak semestinya hadir di kawasan sendiri. Pilih sahaja pusat penamaan calon yang paling dekat atau paling sesuai untuk anda. Bila tiba di lokasi esok, cari sahaja bendera BERSAMA untuk kita sama-sama berkumpul.
Boleh juga sahkan penyertaan aktiviti ini di https://t.co/6vXmDO7QDX - ikuti langkah-langkah ini:
1. Layari https://t.co/6vXmDO7QDX
2. Klik "Sertai Kempen"
3. Log masuk sebagai Ahli atau Sukarelawan
4. Masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan OTP.
5. Selepas log masuk ke Sistem Kancil, klik menu "Aktiviti".
6. Pilih aktiviti Penamaan Calon mengikut DUN yang ingin anda sertai.
Kita akan sama-sama mengiringi calon-calon BERSAMA ke pusat-pusat penamaan calon di sekitar JB, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kota Iskandar, Kulai, Kluang dan Muar. Jumpa esok.
Asalamualaikum,
Pada pagi ini saya telah menerima Surat Tuntutan (LOD) dan saya juga telah dikongsikan pautan kenyataan media Wan Nor Muliyani (https://t.co/xXxdfORyQS). Berikut adalah kenyataan balas saya:
1. Semenjak daripada mula nama saya dikaitkan oleh Yani saya telahpun mendapatkan khidmat Tuan Faizal Rahman (https://t.co/xsJ48fsHJK). Saya telah diberikan nasihat untuk berdiam diri sahaja memandangkan Yani sudahkan membuat laporan Polis/SKMM dan terdapat siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa yang terlibat.
2. Ingin saya tegaskan, sehingga pada tarikh hari ini saya tidak pernah sama sekali di panggil oleh mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat atau memberi keterangan berhubung isu yang ditimbulkan oleh Yani tersebut.
3. Malah, dalam beberapa kali Live Yani di TikTok, beliau sendiri yang sebenarnya mendedahkan kepada umum tentang gambar-gambar yang dikatakan menyerupai beliau. Dalam masa yang sama, Yani juga turut mendedahkan gambar-gambar saya semasa Live di Tiktok tersebut dan membuat tuduhan secara terbuka kononnya saya adalah individu yang terlibat.
4. Saya menafikan sebarang penglibatan saya sebagaimana di tuduh.
5. Saya menyerahkan perkara ini kepada Peguam saya untuk suatu tindakan lanjut bagi membersihkan nama saya, termasuklah membuat tuntutan balas berhubung perkara ini.
Wasalam
@lady_bugg11 Dia mmg bagus. Berani berkata benar bkn mcm geng damai menikus tkde respon bila boss kna fitnah, maki, hamun, dihina ๐คฆ๐ปโโ๏ธ๐คฆ๐ปโโ๏ธ๐คฆ๐ปโโ๏ธ Kita mau seorang yg bijak dn berani utk memimpin Malaysia. Harapkan damai buat Forum? Tkleh harap!!
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ.
Adakah ๐ด๐ฐ๐ค๐ช๐ข๐ญ ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ณ๐ช๐ด๐ฆ ini memerlukan sepenuhnya sokongan daripada kerajaan?
Semalam, dalam Episod 4 Podcast Yang Berhenti Menteri, saya terangkan konsep perusahan sosial (๐ด๐ฐ๐ค๐ช๐ข๐ญ ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ณ๐ช๐ด๐ฆ) dan bagaimana Ayuh Malaysia akan menggunapakai konsep ini.
Ha3 semua dah terjebak di Hari Raya.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua - kalau rasa nak kurus, bolehlah cuba jadi Simpsons characters di hari raya ๐
I tengah bayang Rafizi nyanyi :
โDiskriminasi menjatuhkan aku,
Reputasi kini menjadi bisuโ
Pastu sambung Revolusi - Bunkface :
โInikah revolusi atau hanya ilusi?
Bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu
Penentu masa, masa depankuโ
Acece ๐
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐
Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.
Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.
Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.
Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.
Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.
Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.
Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.
Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.
Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.
Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.
Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.
Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐ฎ๐ฐ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Keputusan PRK Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor (Tidak Rasmi)
78/78 saluran
PH - 14,000
PN - 10,131
PRM - 152
Bebas - 188
Majoriti (PH) : 3,869
Tahniah calon #Perpaduan