Hampir tujuh dasawarsa lalu, pada tarikh keramat 31 Ogos 1957, fajar baharu menyingsing dari ufuk tanah air. Rakyat pelbagai kaum dan agama bergerak sederap dengan satu tekad untuk membina sebuah negara yang merdeka, berdaulat, adil dan aman.
Pesan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj:
“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan dikehendaki untuk mendapatkannya itu pengorbanan yang sebesar-besar pengorbanan.”
Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi pula mengungkapkan:
“Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka.”
Inilah amanat yang harus kita junjung. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi membina jiwa yang merdeka, menolak perkauman, rasuah, penindasan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat.
Kini giliran generasi kita menggalas amanah sejarah. Rapatkan saf, teguhkan muafakat dan satukan seluruh tenaga serta ikhtiar.
Kita punyai satu tanah air, kita warisi satu sejarah dan kita bertanggungjawab menjamin satu masa depan, Malaysia yang lebih tangkas, lebih gagah dan dihormati dunia.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
@nurulaminhamid Kepala hotak kau! Rakyat ramai kebulur angkat bendera putih, ramai bunuh diri tekanan hidup, ramai hidup melarat business melingkup! Celaka takde otak punya lebai!