Alhamdulillah, pencapaian ini membuktikan bahawa usaha reformasi ekonomi, kestabilan politik serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia berada pada landasan yang tepat.
Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, penjawat awam, komuniti perniagaan dan semua pihak yang telah menyumbang kepada lonjakan daya saing negara ke tangga ke-15 dunia. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras bersama dan tekad untuk mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja kuat demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Alhamdulillah, misi di Kazan, Persekutuan Rusia diisi dengan pelbagai siri perbincangan strategik yang cukup bermakna buat negara.
Bermula dengan pertemuan erat bersama Rais Tatarstan, perbahasan di Forum Perniagaan Rusia-ASEAN, sehinggalah ke meja perundingan empat mata bersama Presiden Vladimir Putin.
Setiap ruang dan peluang di pentas antarabangsa ini diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya demi memastikan manfaat ekonomi kembali kepada rakyat Malaysia.
Misi Diplomasi MADANI diteruskan 🇲🇾🇷🇺
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Alhamdulillah dapat meraikan diaspora Malaysia di Ashgabat. Meski jauh dari tanah air tercinta, semangat dan kehangatan keakraban mereka terasa seperti kita berkumpul di Kuala Lumpur.
Mereka ini adalah duta tidak rasmi negara yang punyai nurani untuk mencipta reputasi dan imej negara, memperluas jaringan dan melonjak maruah negara ke hadapan.
Saya ambil kesempatan untuk kongsi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus merapat serta menyemarak hubungan dengan warga Malaysia yang berada di luar negara dengan memastikan mereka sentiasa terhubung dengan tanah air, dihargai dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada nadi dan roh pembangunan bangsa.
Saya juga menjelaskan matlamat kunjungan ke Ashgabat yang bukan hanya tertumpu kepada aspek perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi, tetapi juga usaha memperluas persahabatan antara negara, memperkukuh persefahaman serta membuka ruang kerjasama baharu yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
🇲🇾🇹🇲
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Diplomasi bukan sekadar lawatan, tetapi usaha membuka peluang baharu untuk rakyat. Dari Uzbekistan ke Kazan, setiap minit dimanfaatkan demi tenaga, perdagangan dan masa depan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh di pentas dunia.
#DiplomasiTanpaHenti#PMX#MCNKelantan
Aku perasan saru perkara..
Dalam perjalanan ke Rusia, PMX sempat bertemu Presiden Uzbekistan bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Nampak kecil, tetapi mungkin inilah yang membezakan cara seorang pemimpin melihat masa.
Tugas kerajaan adalah memastikan setiap rakyat mendapat pembelaan yang adil dan saksama, tanpa mengira siapa mereka.
Tanggungjawab ini tidak boleh menjadi pilihan yang bersifat bermusim, sebaliknya mesti menjadi prinsip yang dipertahankan mana-mana kerajaan demi menjamin kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Insya-Allah, petang ini saya akan membuat pengumuman khas terkait Kabinet Kerajaan MADANI.
Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#JenteraMADANI
Usaha memerangi rasuah hanya berjaya jika seluruh jentera kerajaan, termasuk kepimpinan tertinggi, bersedia dipertanggungjawabkan tanpa pengecualian.
Badan penguatkuasaan mesti bertindak tegas dan tidak gentar mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melakukan salah laku tanpa mengira apa-apa kedudukan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Saya baru selesai menyampaikan Kenyataan Negara pada Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25) di Baku, Azerbaijan.
Bagi pihak Malaysia, saya menegaskan komitmen penuh untuk terus memajukan mandat global Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), seiring usaha negara untuk mempertahankan kerusi Majlis ITU bagi penggal 2027–2030.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh akses ketersambungan sejagat dan mampu milik melalui pelbagai kerjasama strategik.
Antara fokus utama termasuklah meningkatkan kepercayaan digital dan ketahanan keselamatan siber, memajukan pembangunan kemahiran digital untuk semua, serta memperluas kerjasama serantau dan pelbagai pihak berkepentingan ke arah ekonomi digital yang benar-benar inklusif.
Visi Malaysia tetap jelas, iaitu membina masa depan digital yang berhubung, inklusif dan selamat untuk semua, pada setiap masa dan di mana jua. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
#WTDC2025