nak tanya, korang pernah tak sebelum lelap mata nak tidur tu,
tetiba terdetik satu perasaan yang berat. kau tak nangis cuma kau rasa sedih dan kosong... pastu tetiba terfikir something yang dah buat kau kecewa dan tertanya mana silap kau.
Tadi anak aku tidur awal.
Husband ajak borak.
Tiba-tiba dia cakap,
> “Sebenarnya kan, hidup kita ni happy je. Kita terima je rezeki kita. Tapi disebabkan mulut orang, kita jadi tak bersyukur.”
Aku terus tanya,
“Kenapa bie?”
(sebab aku dah rasa pelik).
Dia cerita…
Anak buah dia pernah tanya,
“Uncle tak nak ke pindah rumah yang facilities lebih baik?”
Lepas tu cousin dia pulak pernah cakap,
“Biar betul kau tinggal sini?”
Kami tinggal di **Flat**.
Rumah ni husband beli masa kami baru kahwin.
Waktu tu gaji kami biasa-biasa je, memang **layak** pun beli rumah ni.
Aku pula jenis,
tak beli rumah pun tak apa,
tapi kalau beli **jangan mintak aku tolong bayar**.
Jadi masa tu, kemampuan dia memang Flat je.
Lagipun Damansara nok…
harga rumah semua harga *Zi0ni$* 🤣
Pernah juga dia offer,
kalau nak rumah landed kena pindah Rawang.
Tak kuasa aku nak travel hadap jemmm…
aku nak rumah dekat dengan opis, kalau boleh depan rumah je aku nak jalan kaki….
Ditakdirkan gaji dia naik,
husband beli **satu lagi rumah** di Negeri Sembilan.
Rumah landed, untuk kami habiskan sisa tua nanti.
Cuma…
ramai family & saudara **tak tahu** pasal rumah ni.
Dan ya, dua-dua rumah **dia bayar sendiri**.
Dia tak pernah sentuh gaji aku.
Gaji aku untuk **entertainment & education anak*
Aku bangga dengan husband aku.
Dulu mampu Flat je,
tapi dia tak pernah susahkan aku,
Malam ni dia down sebab mulut orang.
Aku pujuk dia…
“Buat apa kita beli kondo mahal,
lepas tu 50/50?
Aku ni palatao…
dibuatnya aku tiba-tiba nak jadi suri rumah,
tak ke pening kau nak cari duit sorang-sorang?” 🤣
Aku cakap lagi,
“Tak selesa bagi orang lain
tak bermaksud tak selesa bagi kita.”
Demi Allah, aku **bersyukur**.
Sebab kami pernah tengok kenalan yang beli rumah 800k,
lepas tu salah satu pasangan kena layoff,
akhirnya terduduk, terciduk,
pening nak setel instalment yang asalnya 50/50.
Aku pegang tangan husband dan cakap,
> “Bie lelaki **Qawwam**.
> Aku pula **Qana’ah**.”
Dia terus peluk aku.
Sedih sebenarnya…
Aku percaya ramai suami Qawwam
dan isteri Qana’ah dalam dunia ni.
Tapi sebab **mulut orang**,
ramai manusia jadi **kufur dengan nikmat Allah**.
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi kenyataan memaklumkan kadar dasar semalaman (OPR) diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.
Selain itu, BNM turut memaklumkan, kadar siling dan lantai bagi OPR masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus.
Ikuti berita terkini di https://t.co/54tbq5BUpE
#AWANInews
@alanrslee Like a wise man once said,
"To normalize something into a society, oftentimes it starts as a joke, when ppl accept it as a joke, they are already half way in accepting it as a real thing, or at least accept it as a norm.."
Terdengar kat radio ayat ni terus termenung kejap…
“Jangan terbuai dengan nikmat dunia sebab mati tak pernah mengira usia. Jangan tertipu dengan nikmat sihat sebab mati tak semestinya kerana sakit.”
Kadang-kadang kita lupa benda ni.
1. Penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong, mendakwa kehilangan kerja selepas akaun @GrabMY miliknya digantung sejak semalam, lapor Kosmo.
Salam @GrabMY,
Sila sahkan berita bahawa akaun rider ini telah digantung. Jika benar, saya akan uninstall apps Grab serta merta. Terima kasih.
https://t.co/cSOCtUORvq
Ada kawan travel kelantan. Sepanjang dia di sana harga makanan dia rasa mahal sebab dialek dia normal malaysian. Satu hari tu dia nekad nak cuba tukar dialek tempatan untuk dapat harga makanan murah.
“Be, apam kelik so”
Terus dia kena charge RM15.
Rancangan TV jepun lagi details cerita pasal Islamic Banking walaupun secara santai je.
Di sini pula bila ada rancangan sembang tentang kewangan mesti terlalu formal atau dalam Bahasa Inggeris
Orang kita kena ikut gaya mcm ni untuk tarik minat masyarakat umum supaya lebih ramai yang celik kewangan.