Pendirian PAS adalah membantah penganjuran konsert dan festival hiburan terbuka yang disifatkan tidak menepati syariat Islam, menggalakkan budaya hedonisme seperti yang dianjurkan Kerajaan Madani boneka DAP - Ketua Pemuda PAS.. 😑😑
Meanwhile in Terengganu👇👇
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Terima kasih PMX @anwaribrahim kerana menunjukkan contoh politik kasih sayang.
Kasih dan sayang seorang pemimpin kepada rakyat.
Inilah nilai IHSAN yang merupakan salah satu core values dalam MADANI
Berbaloi aku sokong PMX PH 👍��
Bila Hadi mempertikaikan peranan YDPA, walaun PAS bangga, mengenggam penumbuk dan bertakbir Allahukbar..
"Betul dah kata Ayohchik tu, faham perlembagaan dan Rukun Negara tak" ujar Walaun sedia berperang..
Bila Tony Phua cakap, peranan Sultan ada had berdasarkan perlembagaan, walaun meloncat setinggi 6 meter, mengenggam penumbuk sambil menjerit 'kurang agar dan biadap..
"Tony Phua ni tak faham perlembagaan dan Rukun Negara ke " ujar Walaun sambil mengigil gigil mahu berperang.
Tahniah dan syabas kepada semua yg menjayakan konvensyen Pakatan Harapan dibawah pimpinan PMX @anwaribrahim.
Kehadiran lebih 8,000 perwakilan di Johor menonjolkan kebangkitan rakyat bersama Pakatan Harapan yg sentiasa komited dgn agenda reformasi dan membina semula negara kita.
Cerita semalam..
Daripada "berjuta" yg acah nak bela maruah Tuanku Sultan Selangor..
Tidak ada seekor pon yg berani bela maruah Sahabat Nabi yg difitnah oleh Nik Zawawi.
Buanglah baju. Buanglah tanjak. Buanglah serban.
Lepasni pakailah kain kafan.
Meja rundingan, pentas perdebatan,
Setiap ruang jadi medan ikatan.
Tiada gentar, tiada kebimbangan,
Selagi perjuangan memahat wawasan.
Kita didewasakan luka dan pengalaman,
Tidak tunduk pada desakan mahupun kebingungan.
Bertindak tuntas, langkah diperjelas,
Demi rakyat yang dipelihara ikhlas.
Rapat umum Pakatan Harapan hari ini menghimpunkan semangat perjuangan, kekuatan dan tekad untuk terus mempertahankan mandat rakyat serta membina masa depan negara yang lebih stabil dan bermaruah.
Kekuatan perjuangan ini bukan lahir daripada amarah atau kebencian, tetapi keyakinan bahawa rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang bekerja, mendengar denyut nadi rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah sebenar di lapangan.
Dalam keadaan dunia yang kian mencabar, soal kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan anak-anak serta kestabilan ekonomi negara mesti terus menjadi keutamaan.
HARAPAN dibina atas semangat saling percaya dan iltizam untuk mempertahankan tatakelola yang bersih serta dasar yang benar-benar membela rakyat terbanyak. Kita memilih pendekatan bil hikmah, berunding dengan baik dan menjaga kestabilan demi kepentingan negara. Namun pendekatan itu jangan sesekali dibaca sebagai kelemahan.
Jika mereka mahu berunding dengan baik, kita berunding dengan baik. Tetapi kalau mereka memilih untuk bertempur, kita akan bertempur dengan penuh keyakinan dan kekuatan.
Kita tidak makan ugutan, soal mandat biarlah dikembalikan kepada rakyat untuk menentukannya, bukan sekadar di negeri-negeri tertentu tetapi jika perlu, di seluruh negara.
Kita juga didewasakan dengan pelbagai luka dan pengalaman, namun tidak sesekali tunduk kepada ugutan, pengkhianatan mahupun percaturan sempit politik.
Insya-Allah, HARAPAN akan terus bersedia, memperkukuh saf perjuangan dan mempertahankan kestabilan negara dengan penuh keyakinan, semangat kebersamaan dan rasa tawaduk demi rakyat serta tanah air tercinta.
✊🏼✊🏼✊🏼
#MalaysiaMADANI
#HARAPANRakyat
PAS PN toksah la nak tunggang sultan dan raja raja melayu.
Sebelum ni sanusi hina sultan selangor lepas tu di sambung pulak presiden walaun hadi awang..
Sebab bila kenyataan sultan tak menyebelahi PAS PN, mula lah keluar mcm mcm dalil.
𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻: 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗿𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗜𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶, 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸
Dalam beberapa isu melibatkan pimpinan pembangkang sebelum ini, terdapat kenyataan rasmi, teguran terbuka serta penzahiran dukacita daripada pihak Istana sendiri terhadap tokoh seperti 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗠𝗱 𝗡𝗼𝗿, 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗬𝗮𝘀𝘀𝗶𝗻.
Sejarah menunjukkan bahawa apabila institusi diraja benar-benar murka atau dukacita, 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮 𝗹𝗮𝘇𝗶𝗺𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴����𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 secara jelas.
Oleh itu, 𝗰𝘂𝗯𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝘀𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 kemurkaan Sultan 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 oleh pembangkang hanya 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝘀𝗽𝗲𝗸𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 semata-mata.
MURKA
Kita menyokong penuh sesiapa pun yang mempertahankan Raja2 Melayu. Pemimpin DAP yang ketegaq kita wajib sanggah.
Tapi saya nampak, terlalu all out pemimpin dan penyokong PAS/ Perikatan Nasional guna isu ini.
Adakah mereka lupa mereka pernah buat Agong dan Sultan murka?
Ok nak pertahankan Raja. Tapi jangan hanya guna Raja bila convenient.
Bila kena selera politik, Raja dipertahankan. Bila tidak, Sultan dan Agong pun dilanggar sampai murka.
Perlu lah konsisten.
Tahun 2023, bila DS Sanusi memperlekehkan Sultan Selangor, dan baru-baru ini polemik melibatkan Raja Perlis tentang pertukaran MB, kita lihat bagaimana Raja-Raja turut dicaci oleh penyokong tegar mereka.
Ronnie Lui kita memang tahu derhaka. Sudah pernah kena dakwa.
Tapi bila pemimpin Melayu kita buat Sultan murka dan dukacita, setakat ini tiada tindakan juga.
Adakah mereka kalis derhaka?
Salam hormat,
Liyana Marzuki