Kalau ada yang follow aku lama, mungkin ada yang tahu syarikat aku pernah terkesan agak teruk selepas pandemik.
Bukan senang nak bangunkan semula keadaan kewangan syarikat. Banyak cabaran, banyak benda yang kena susun semula.
Ada masa memang rasa penat. Tapi kena terus hidup.
Walaupun ada baki lagi 2 bulan tahun 2026, trade surplus Malaysia Jan-Okt dah cecah RM274.8 bilion. paling tinggi dalam sejarah.
Total trade 10M2026 (RM3.347 trilion) dah surpassed total trade tahun lepas (RM3.062 trilion).
terima kasih AI π€£
Guru PM @anwaribrahim bersama pemimpin negara adi kuasa dunia di Sidang APEC.
Turut hadir Presiden Xi Jinping, Presiden Vladimir Putin dan Presiden Trump.
Media Rusia melaporkan ADC kpd Putin bawa sekali briefcase utk pelancaran peluru nuklear jika perlu. Flex abes!
Zahid kata Ismail Lasim letak jawatan atas kehendak sendiri. Ismail pula nafi bersetuju surat peletakan jawatan diserahkan kepada Tuanku Muhriz.
Jadi, siapa sebenarnya menipu?
Adakah tindakan mengumumkan keputusan seolah-olah sudah muktamad sebelum perkenan Tuanku boleh dianggap sebagai derhaka kepada Tuanku?
#negerisembilan #ismaillasim #zahidhamidi #umnoderhaka
KELANTAN TIDAK LAGI DIABAIKAN PUTRAJAYA
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan Kerajaan Persekutuan meluluskan hampir semua permintaan pembangunan di Kelantan
Antara pembangunan yang diluluskan Kerajaan Persekutuan ialah
1) Naik Taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa. Naik taraf membabitkan hiasan dalaman terminal, kelengkapan dan pemanjangan landasan sepanjang 400 meter untuk menyediakan lapangan terbang berkenaan untuk penerbangan antarabangsa
2) Projek Laluan Rel Pantai Timur ECRL dipanjangkan dari Kota Bharu sehingga ke Rantau Panjang untuk meningkatkan potensi pembangunan Kelantan
3) RM 250 Juta diluluskan untuk membina Terminal Bas Kota Bharu Sentral yang baru. Setelah sekian lama terminal bas sementara yang daif digunakan di sana
4) Proses kajian diluluskan untuk pembinaan Projek Empangan Lebir di Kuala Krai Kelantan. Projek ini akan mengurangkan kesan banjir di sekitar Lembangan Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri. Empangan ini jugak akan membekalkan air untuk 25,000 Hektar Sawah Padi dan menjadi sumber bekalan air bersih jangka panjang untuk Kelantan
Kementerian Ekonomi juga meluluskan 7 Projek pembangunan bernilai RM 57.5 Juta
1) Naik Taraf Bazar Siti Aisyah , Kota Bharu bernilai RM 10 Juta
2) Naik Taraf Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu
3) RM 40 Juta dipinjamkan Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan untuk membeli tanah dan menubuhkan Kawasan Industri Cerang Tuli Pasir Puteh
4) Pembinaan medan selera di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dan Medan Usahawan Kota Meranti Pasir Mas
5) Pembinaan 8 buah Kilang Industri Kecil dan Sederhana IKS di Kelantan
6) Pembinaan Medan selera di Kemumin, Kota Bharu
7) 12 Rumah Kedai Bertingkat dibina di Badang, Kota Bharu Kelantan
MB Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan permintaan rakyat dan negeri Kelantan. Selain ini bukti kerjasama baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan
Semakin jelas siapa musuh2 YamtuanBesar N9. Mereka sepatutnya meletakkan jawatan kerana mengganggu gugat perjalanan negeri. Ini termasuk yg dari negeri lain mencampuri urusan N9. Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah Raja Berkeadilan yg sah. Dan Baginda ANTI RASUAH.
My Malaysia, My Pride! π²πΎ
Alhamdulillah ekonomi kita 5.5%! Makin kukuh, makin ampuh!
Bukan senang nak kekal atas 5% 3 tahun berturut-turut!
#FYP#MyMalaysia#BanggaWei
Aku ingati Tragedi Memali 19 November 1985, genap 41 tahun lalu.
Polis lancar operasi menahan Ibrahim Libya di bawah ISA dan hadapi tentangan penduduk Kg Memali yang berkawal melindungi beliau.
Akibat pertembungan: 14 orang awam termasuk Ibrahim Libya dan 4 polis terkorban.
PMX berada di Shenzhen, China, untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2026 yg berlangsung dari 18-20 November
Dunia melihat, tetapi kita sendiri menutup mata kerana hasad yg tinggi.
Move forward PMX.
Allah bless you forever.πͺ
Alhamdulillah, ekonomi negara terus ampuh dengan pertumbuhan 5.5% pada suku ketiga 2026, menjadikan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini mencecah 5.6%, ketimbang 4.8% bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Prestasi ini meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5% bagi tahun ketiga berturut-turut, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak.
Kendatipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, Kerajaan MADANI tidak berganjak daripada iltizam reformasi, di samping mengambil langkah proaktif untuk memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api tatkala krisis Asia Barat melanda.
Insya-Allah, Belanjawan 2027 meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam. Ikhtiar ini akan terus diperkasa agar setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berpaksikan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan.
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
ππ₯π πππ₯πππππ‘ π ππππ‘π: π ππππ¬π¦ππ πππ ππππ ππ π£ππ§π ππ¨π‘ππ
Dulu mereka kata pelabur takut, ekonomi nak bankrap. Hari ini?
Di bawah Kerajaan MADANI pimpinan PMX Anwar Ibrahim, Malaysia kembali menjadi DESTINASI PELABURAN GERGASI DUNIA.
Bukan sembang kosong. Ini angka pelaburan diluluskan:
Infineon - RM30.1 BILION
Amazon - RM29.2 BILION
Oracle - RM27 BILION
Microsoft - RM10.5 BILION
ByteDance, Google, EVE, Enovix, Bosch - berbilion lagi masuk!
Total ratusan bilion, puluhan ribu peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk anak Malaysia.
Inilah yang pembangkang takut. Bila Malaysia gah, modal politik mereka untuk hasut rakyat hilang. Sebab itu setiap hari mereka cipta naratif palsu, main isu 3R, tabur fitnah ekonomi.
Mereka tidak mahu Malaysia berjaya. Mereka mahu Malaysia musnah supaya mereka boleh kembali berkuasa.
Rakyat nampak. Pelabur dunia nampak. Hanya pembangkang buat-buat buta