Jangan terlalu berkira untuk memudahkan urusan orang lain. Waktu kita terduduk susah nanti, Insya-Allah akan hadir orang yg Allah hantar untuk bantu kita tanpa kita jangka. Jangan mengingat kebaikan yg pernah kita lakukan, tapi ingatlah kebaikan yang orng lain lakukan pada kita.
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS MENGUTUK ISRAEL ATAS PEMBUNUHAN YAHYA SINWAR
Firman Allah:
﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣﴾
“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa-apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.” [Surah al-Ahzab: 23]
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan Israel yang telah mengorbankan nyawa Ketua Politik Hamas Palestin, Yahya Sinwar.
PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Yahya Sinwar atas tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran Syahid di sisi Allah.
Seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.
“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Rabi’ al-Akhirah 1446 / 18 Oktober 2024
--------------------
PAS President’s Media Statement
PAS STRONGLY CONDEMNS ISRAEL ON THE ASSASINATION OF YAHYA SINWAR
Allah says:
﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣﴾
“Among the believers are men who have proven true to what they pledged to Allah. Some of them have fulfilled their pledge (with their lives), others are waiting (their turn). They have never changed (their commitment) in the least.” [Surah al-Ahzab: 23]
The Malaysian Islamic Party (PAS) strongly condemns the attacks initiated by Israel resulting in the martyrdom of Hamas’s political chief, Yahya Sinwar.
PAS extends its deepest condolences to the family of Yahya Sinwar. May Allah shower those who departed with His blessings.
The Muslim world, therefore, should unequivocally condemns Israel, not only for orchestrating this attack but also for its ongoing war crimes in Gaza.
“From the river to the sea, Palestine will be free.”
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 15 Rabi’ al-Akhirah 1446 / 18 October 2024
Minda Presiden PAS
TAUFAN AL-AQSA DAN PENYATUAN UMMAH
Taufan al-Aqsa yang dicetuskan oleh Hamas di Gaza dan disertai oleh kumpulan jihad seperti Hizbullah dan Ansarullah, gerakan-gerakan Islam, beberapa orang pemimpin daripada negara-negara Islam, dan majoriti rakyat daripada kalangan umat Islam. Mereka hanya melaksanakan kewajipan besar ini untuk melaksanakan perintah jihad dalam batas-batas yang ditentukan Allah SWT. Hal ini dijelaskan melalui firman-Nya:
﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠﴾
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya, Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.” [Surah al-Baqarah: 190]
Pejuang-pejuang Islam hanya menyasarkan pihak tentera musuh dan tidak melebihi had ketetapan syariat yang adil dalam melaksanakan operasi ketenteraan mereka. Perkara ini disebarkan oleh media massa di serata dunia sehingga masyarakat dunia mula menolak Zionis dan demonstrasi mula meledak di seluruh dunia.
Taufan al-Aqsa telah memainkan peranan yang penting dalam menyatukan umat Islam dan kesatuan dari segi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Melampaunya Zionis dalam melakukan serangan, pembunuhan, dan kemusnahan telah menyebabkan umat Islam dari seluruh dunia Islam telah keluar membuat bantahan dari satu benua ke satu benua, bermula dari Tangier (Maghribi) ke Jakarta (Indonesia) dalam demonstrasi menyokong Taufan al-Aqsa.
Begitu juga sokongan diplomatik, politik, ekonomi, dan media yang menyatakan sokongan dari negara-negara Afrika dan Amerika Latin serta laungan demonstrasi yang lantang di Amerika Syarikat dan Eropah yang menyuarakan bantahan terhadap dasar negara-negara yang bersekutu dengan pakatan Zionis.
Zionis yang bertindak balas untuk menghadapi Taufan al-Aqsa, berserta pasukan tentera Barat yang telah bergabung untuk menyokong mereka adalah pakatan Ahzab moden yang mahu menentang Islam dan menyekat laluannya ke seluruh dunia selepas agama selain Islam menjadi lemah dan ideologi-ideologi yang merosakkan turut gagal. Kebangkitan Islam semakin berkembang di tanah air mereka dan cahayanya sampai di tanah penjajah, lalu menembusi temboknya yang telah runtuh.
Negara-negara Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat cuba menutup kelemahan mereka dalam keganasan di Gaza dengan menghantar bantuan melalui laut atas nama kemanusiaan kepada penduduk Gaza, walaupun mereka tetap menghantar senjata ke negara Israel melalui darat, laut, dan udara dengan cara yang tidak berperikemanusiaan dan kejam berkali-kali ganda.
Baca selanjutnya:
https://t.co/rgnzK8zEXD
TERKINI
KENYATAAN BARU BRIGED AL QASSAM
IDF memasuki kebanyakan kawasan di Semenanjung Gaza. Memusnahkan bangunan dan jalan raya tetapi mengumumkan mereka berjaya memusnahkan Briged Al Qassam
Setiap kali mereka kembali ke Medan pertempuran yang mereka percaya sudah kuasai dan mengalahkan para pejuang. Mereka dikejutkan dengan serangan berkualiti dan ganas para pejuang
IDF terpaksa berundur sebelum mencapai misi mereka terutama di Hospital Al Shifa, Al Jawazat dan Khan Younis
Briged Al Qassam membunuh 600 ekor IDF dan 6,910 lagi Cedera menurut laporan hospital di Israel meskipun pengumuman rasmi hanya 3,518 ekor. 497 ekor lagi cedera parah
Ratusan kenderaan dan aset musuh musnah sebahagian atau sepenuhnya dan kawasan musuh di dalam dan sekitar sempadan Gaza terus diserang pihak pejuang
Serangan Briged sudah dilancarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Ashaari, Ashkelon, Ashdod sejak 7 Oktober sebagai panggilan mempertahankan Baitul Maqdis
WAJIB BERJIHAD MEMPERTAHANKAN BAIT AL-MAQDIS
Hukum Islam daripada semua mazhab Ahli Kiblat yang menghadap ke arah Rumah Allah (Baitullah) di Makkah mewajibkan seluruh umat berjihad mempertahankan Bait al-Maqdis, kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Isra’ Rasulullah SAW, dan bermulanya Mi‘raj, kecuali kalangan penganut Islam yang memisahkan agama dan politik dengan memandang jihad itu suatu perkara yang remeh-temeh. Hal ini demikian kerana, kiblat politiknya menghadap Rumah Putih (White House) di Washington, walaupun masing-masing melaksanakan solat, haji, dan umrahnya menghadap Rumah Allah di Makkah. Inilah bencana aqidah yang sedang menimpa umat Islam.
Syabas diucapkan kepada Kerajaan Republik Islam Iran yang secara rasmi mengisytiharkan Jumaat akhir Ramadan sebagai Minggu Bait al-Maqdis sejak menangnya revolusi Islam di sana, yang perubahannya ditolak oleh beberapa pihak yang dikatakan paling kuat berpegang kepada Sunnah hanya disebabkan Iran bermazhab Syiah Imamiyyah, walaupun Muktamar Majma‘ al-Fiqh al-Islami al-Duwali anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah dan Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah di al-Azhar, Mesir mengisytiharkan Syiah Imamiyyah termasuk dalam Ahli Kiblat dan umat Islam yang satu.
Namun, mereka boleh pula mengiktiraf Iran pada masa pemerintahan Shah Iran yang ketika itu mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah mengikut fatwa Rumah Putih di Washington, lalu disokong oleh beberapa orang ulama’ upahan rasmi, khususnya yang berbangsa Arab kerana semangat kebangsaannya pernah menjemput penjajah bagi menjatuhkan kuasa besar Islam lebih 100 tahun yang lalu.
Langkah Iran hari ini yang mendahului OIC adalah sangat dialu-alukan, kerana keadaan kini lebih terpanggil untuk wajibnya menyahut seruan jihad bagi menentang Zionis yang sedang menggila menceroboh Masjid al-Aqsa dan paling mengganas di Gaza.
Baca selanjutnya:
https://t.co/ZjV8AgrKmq