Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
AQ [29:2]
Beberapa hari lepas, aku berbual panjang dengan seorang brother Acheh yang dah lama mencari rezeki di sini. Kami sembang macam², tapi antara yang paling melekat dalam fikiran aku ialah perihal rezeki, syukur, dan makna sebenar kejayaan dalam hidup seorang Muslim.
Dia ada cakap:
“Sebenarnya, hidup sebagai orang Islam ni mudah.”
Mudah macam mana?
Mudah dalam erti kata, kita diajar untuk menerima rezeki dengan syukur, dan menerima ujian dengan sabar. Jika diberi nikmat, kita bersyukur. Jika diuji, kita bersabar. Kalau senang, kita tidak lupa diri. Kalau susah, kita tidak putus asa. Kita faham bahawa kedua-duanya datang daripada Allah, dan kedua-duanya juga adalah bentuk ujian.
Tetapi di situlah paradoksnya.
Dalam “mudah” itu sebenarnya ada kesukaran yang sangat besar. Kerana untuk benar-benar redha, benar-benar bersyukur, dan benar-benar yakin bahawa aturan Allah lebih baik daripada kehendak diri, itu bukan sesuatu yang mudah.
Dalam Al-Quran sendiri, Allah bertanya:
“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan berkata: ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka belum diuji?”
Ramai antara kita mengaku beriman. Tetapi apabila diuji dengan kesempitan rezeki, kehilangan, kesakitan, kegagalan, atau kelewatan dalam apa yang kita impikan, di situlah iman mula digoncang.
Aku rasa antara cabaran terbesar kita sebagai Muslim hari ini ialah kita terlalu sibuk mensyurgakan dunia.
Kita mula melihat kejayaan melalui acuan yang bukan dibina oleh worldview Islam tetapi melalui benchmark yang sangat materialistic: rumah besar, kereta mahal, jawatan tinggi, angka dalam bank account, status sosial, atau gaya hidup tertentu.
Tanpa sedar, kita mula mengukur nilai diri menggunakan KPI dunia seolah-olah orang yang paling berjaya ialah orang yang paling banyak memiliki dunia. Sedangkan Islam datang dengan perspektif yang sangat berbeza.
Dalam sebuah hadith, Rasulullah menyebut bahawa:
"Jika dunia ini di sisi Allah bernilai walaupun sekadar sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi seteguk air pun kepada orang kafir."
Dunia yang kita kejar siang malam. Dunia yang buat kita anxiety. Dunia yang buat orang bergaduh, membedal riba', putus saudara, hilang prinsip, nilainya bahkan tidak melebihi sayap seekor nyamuk. Bukan bermaksud Islam suruh kita jadi malas, miskin, atau tidak membina kehidupan.
Tidak.
Islam menggalakkan kita bekerja kuat, berniaga, membina keluarga, menjadi kuat, memberi manfaat, bahkan menjadi kaya jika mampu.
Tetapi bezanya ialah kita memiliki dunia, bukan dunia memiliki kita. Kita mencari rezeki, tetapi tidak menyembah rezeki. Kita membina rumah, tetapi tidak menjadikan rumah itu syurga kita. Kita bekerja keras, tetapi tidak menjadikan dunia sebagai destinasi akhir.
Kerana masalah besar kita hari ini ialah kita cuba membina “heaven on earth”, seolah-olah jika rumah belum cukup besar, savings belum cukup banyak, atau hidup belum cukup selesa maka kita belum berjaya.
Sedangkan dalam Islam, kejayaan sebenar tidak semestinya diukur pada berapa banyak dunia yang kita kumpul, tetapi pada bagaimana kita pulang menghadap Allah.
Kita sering terlupa bahawa dunia ini bukan kampung halaman kita. Dunia hanyalah tempat persinggahan.
Kampung halaman sebenar kita adalah di syurga. Tempat yang tiada kematian, tiada kesedihan, tiada pengkhianatan, tiada anxiety, tiada kepenatan, tiada kehilangan.
Mungkin sebab itu para salaf dahulu tidak terlalu terikat dengan dunia. Mereka tetap bekerja, berniaga, membina masyarakat tetapi hati mereka tidak pernah bergantung sepenuhnya pada dunia.
Kerana mereka faham kita bukan sedang cuba membina syurga di dunia. Kita sedang berusaha untuk pulang ke syurga yang sebenar.
Apa sebenarnya definisi “aku berjaya”?
Adakah berjaya itu sekadar apabila kita dapat apa yang dunia kata kita patut ada?
Atau berjaya itu apabila suatu hari nanti, selepas segala kepenatan hidup ini, kita akhirnya dapat pulang ke kampung halaman sebenar kita dan Allah menyambut kita dengan rahmatNya?
Sembelih Ego dan Ammarah hari ini. Kita selalu tak sedar yang selama ni diri kita dipandu Ammarah.
Kekalkan Lawwamah. Biar dia terus memberontak dalam dada. Sbb rasa bersalah tu satu-satunya brek untuk pastikan kita terus mendaki, sampai akhirnya bertemu dengan Mulhamah.
Sibuk kejar morning routine yang sempurna semata-mata nak nampak produktif di mata manusia.
Tapi nak bangun hadap Pencipta waktu orang lain tengah lena pun kau tewas.
Kau bukan tengah bina empayar, kau cuma tengah letih hias penjara dunia sendiri sebelum badai hari ni bermula.
Dan bila kau baca surah yang sama, tapi kali ni tubuh bergetar, bulu roma meremang
Tapi kali ni bacaan dia lain. Kau lebih menghayati dari biasa, masa tu kau rasa hidup dunia ni berat sangat.
Tahniah. Kau semakin dekat. Kau rasa something yang x dpt dijelaskan dengan logik akal
Hari2 battle dalam diri.
Rasa macam 'torture', tapi itulah sebenarnya pintu keluar dari penjara diri sendiri.
Rasa bersalah tu bukan salah, tapi untuk 'force restart' jiwa supaya x terus hanyut dalam kesilapan yang sama. Berhenti benci penyesalan, sebab itu tanda kau belum mati
Tapi kan kalau aku cakap nafsu, mesti korang salah faham kan?
Nafsu sini adalah 'Jiwa'. Itulah identiti kau yang sebenarnya.
Itulah sistem operasi yg tentukan hala tuju hidup. Sama ada kau nak terus 'stuck' dalam kitaran yg sama, atau mula 'upgrade' diri untuk cari jalan pulang
Kenapa orang yang rasa bersalah lebih dekat dengan 'evolution' berbanding orang yang rasa dia sentiasa betul?
Sebab rasa bersalah itu detektor.
Nafsu Lawwamah adalah fasa jiwa memberontak pada keburukan diri. Orang yang rasa 'baik' selalunya sudah berhenti mendaki.
Pernah rasa benci sangat dengan diri sendiri lepas buat silap?
Itu bukan kerosakan. Itu tanda kompas dalaman kau masih berfungsi.
Nafsu Lawwamah tengah reset jiwa kau supaya tak terus hanyut. Yang bahaya bukan dia yg menyesal, tapi dia yg dah buat salah tapi masih rasa tenang.
Ammarah bukan pasal jadi penjenayah je.
Kalau kau tak mampu 'kill task' scroll video pendek walaupun mata dah pedih, itu tandanya sistem kau dah kena hijack.
Kau rasa kau yang tengah pegang phone, padahal 'admin' jiwa kau dah bertukar tangan.
Buat jahat tapi bangga? Itu bukan berani. Itu tandanya Nafsu Ammarah dah berjaya 'hack' sistem fikir sampai kau rasa racun tu madu.
Mekanikal otak mereka tak rosak, cuma 'admin' yg pegang kunci tu dah bertukar tangan.
Hati-hati, jangan sampai kita pun 'stuck' di fasa yang sama.
Dulu kalau nampak org marah2, aku pn nk ikut panas.
Tapi skrg, bila nampak 'drama' depan mata, aku tanya diri sendiri: "Itu Ammarah dia, atau Ammarah aku yg tengah judge dia?"
Makin berumur ni, makin aku faham musuh paling besar bukan org luar, tapi entiti dlm cermin sendiri.
Ammarah. Lawwamah.
Ramai yang 'stuck' sini tanpa sedar ada lagi 5 tahap yang jauh lebih dalam. Kita sangka kita dah sampai, rupanya kita cuma tersangkut kat pintu depan.
Persoalannya, kau sekarang di mana? Masih di permukaan, atau dah mula menyelam?
Hari ni baru aku sedar, ada 7 'entiti' bertarung dalam diri kita.
Ada yang sedar, ramai yang tidak. Persoalannya, siapa yang kita bagi menang?
Kalau hidup rasa jauh dan kosong, maknanya kau dah tahu siapa yang kau bagi makan sampai dia menang hari ni.
Ada beza antara 'menetap' dengan 'menumpang'.
Masalah kita hari ni ialah kita layan dunia ni macam tempat menetap selamanya, sedangkan kita cuma musafir yang tengah tunggu bas di perhentian.
Jangan sampai tertinggal bas sebab terlalu sibuk hias kerusi menunggu.
Sexual Tarbiyah is part of Islamic parenting. It’s not shame, it’s protection.
It’s Here’s how it looks at different ages:
Ages 2–5: Privacy Basics
•Teach what body parts are private
•Encourage saying Bismillah before changing clothes
•Knock before entering their room and teach them to do the same
•Start gentle awareness of awrah (covering)
Kadang hidup tak perlukan jawapan yang jelas.
Cukup kau teruskan langkah, walaupun perlahan
sebab yang penting bukan seberapa cepat kau sampai,
tapi ke mana hati kau sedang menuju.