๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ด,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Sekitar 8,000 orang telah mendaftar sebagai ahli BERSAMA dalam tempoh 24 jam.
Ada yang mesej saya selepas saya mengosongkan kerusi parlimen Pandan hari ini - katanya, kalau buat parti baru tolong beritahu, dia nak join.
Memang saya dah bergerak atas platform parti baru.
Nama parti itu BERSAMA, atau kalau nak mudah, ingat Kancil.
Macam mana nak jadi ahli?
Pergi ke laman https://t.co/4xO9KSPe24 - isi borang, boleh buat sumbangan, boleh beli merchandise Kancil.
Saya minta maaf ada kes yang pendaftaran bermasalah dan tidak dapat dihantar semalam.
Jangan bimbang, pendaftaran itu tidak hilang.
Anda akan dapat email dari BERSAMA untuk sambung pendaftaran.
Ada juga yang nombor telefon salah dan OTP tidak dapat dihantar. Bila dapat email BERSAMA untuk sambung pendaftaran, masukkan nombor telefon yang tepat.
Permohonan keahlian akan disahkan oleh BERSAMA. Jawatankuasa akan bermesyuarat setiap hari untuk meluluskan permohonan, supaya permohonan keahlian diluluskan dalam tempoh 48 jam.
Setelah diluluskan, anda akan dapat email pengesahan dan nombor keahlian.
Kad keahlian akan dihantar secepat mungkin. Kami dalam proses menyediakan dan mencetak kad-kad keahlian untuk dihantar melalui pos.
Terima kasih atas sambutan setakat ini.
Saya harap momentum ini akan diteruskan. Tolong beritahu kawan-kawan dan keluarga untuk sertai BERSAMA.
Bagi yang rajin menulis, post komen dan pandangan anda di media sosial, Whatsapp dan Telegram, asalkan disertakan pautan BERSAMA di https://t.co/4xO9KSPe24
Kita memang parti yang baru dan kecil, tapi kita ada semangat kancil. Insya Allah kita diberi kemudahan untuk mengembangkan parti ini kepada rakyat Malaysia yang berpandangan macam kita.
๐ฅ๐๐ฆ๐จ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐, ๐๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ฅ๐, ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ฆ: ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐ง๐๐ฆ๐ก๐ฌ๐, ๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐?
Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain.
Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing.
Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang
Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja:
Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Datoโ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Datoโ Seri Anwar Ibrahim dan PH.
Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti.
Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun.
Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas.
Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini.
Azam Baki dilantik oleh PN.
Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur.
Azam Baki dikekalkan oleh BN.
Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan.
Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH.
Azam Baki disambung tiga kali oleh PH.
Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Datoโ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki.
Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik.
Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah.
Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai.
Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita.
Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah.
Mereka telah lulus ujian mereka.
Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah?
Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang.
Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir.
Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang โlikeโ dan โshareโ setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah.
Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar.
Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda:
โNever doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has."
โJangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama iniโ.
Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini.
Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026.
Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?
20 ๐๐ฑ๐ณ๐ช๐ญ 2026
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐
Kami yang bertandatangan di bawah memandang serius laporan-laporan media dan reaksi Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan mengenai cadangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk melaksanakan satu sistem baru yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd bernama TURAP (The Universal Recruitment Advanced Platform).
Cadangan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan dan antarabangsa.
Menteri Sumber Manusia bukan sahaja mengesahkan bahawa cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, malah mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).
Pendirian R. Ramanan itu bertentangan dengan penemuan dan keputusan yang dibuat oleh badan-badan semak imbang yang telah meneliti FWCMS, antaranya seperti berikut:
1. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), iaitu badan tertinggi di Parlimen yang menjadi semak imbang kerajaan, telah bersidang sebanyak 8 kali dalam tempoh Disember 2023 hingga Februari 2025 untuk meneliti perihal FWCMS dan Bestinet.
2. Di antara penemuan-penemuan PAC yang diumumkan di dalam laporan bertarikh 6 Mac 2025 adalah:
i.FWCMS beroperasi dan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri walaupun tidak ada kontrak ditandatangani di antara Bestinet dan kerajaan, sejak Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 12 Januari 2018 hingga tarikh SST luput pada 31 Mei 2024, iaitu selama tempoh lebih 6 tahun;
ii. Ada kelemahan kronik di dalam operasi FWCMS bersabit kawalan sistem, iaitu 2 ID pengguna super admin yang tidak dipegang oleh pegawai KESUMA dan 24 pengguna yang tidak sah yang meluluskan permohonan 24 majikan;
iii.Pelaksanaan FWCMS tidak termasuk di dalam senarai projek kerjasama awam swasta (yang membolehkan pendekatan โproof of conceptโ dan melepasi proses tender terbuka), seperti satu surat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bertarikh 30 Disember 2020.
3.Laporan Ketua Audit Negara 2022 juga telah membuat penemuan- penemuan berikut:
i.Keseluruhan pengurusan FWCMS diklasifikasikan sebagai โtidak memuaskanโ;
ii.FWCMS hanya digunakan untuk pengambilan pekerja asing dari Bangladesh sahaja sedangkan ada 15 negara sumber tenaga asing secara keseluruhan;
iii.Kontrak tidak ditandatangan walaupun FWCMS digunakan, menyebabkan hak dan kepentingan kerajaan terjejas;
iv.Risiko salah guna apabila ada 2 ID super admin yang tidak dipegang oleh pegawai KESUMA dan 24 lagi ID pengguna bukan kerajaan yang meluluskan permohonan kuota pekerja asing.
Penemuan-penemuan ini secara jelas menunjukkan isu tata kelola yang kronik mengenai FWCMS dan hubungan kerajaan dengan Bestinet dalam urusan pengambilan pekerja asing.
Maka, kenyataan Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang memberi gambaran seolah-olah prestasi Bestinet dan FWCMS adalah baik sangatlah bertentangan dengan prinsip tata kelola yang diulang-ulang oleh Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan membuat keputusan untuk memuktamadkan perjanjian dengan Bestinet dari 1 Jun 2024 hingga 31 Januari 2031 pada caj RM215 setiap pekerja (berbanding persetujuan asal RM100 setiap pekerja) atas pertimbangan mengelakkan tuntutan Bestinet selama 6 tahun (sebelum perjanjian dimeterai) dibawa ke mahkamah.
Keputusan ini juga dibuat dengan perancangan pelaksanaan National Integrated Immigration System (NIISe) yang dijangka beroperasi tahun 2028 dan membolehkan FWCMS tidak lagi digunakan.
Latar belakang ini penting untuk membolehkan orang ramai faham kenapa cadangan penggunaan satu lagi sistem baru oleh Bestinet (iaitu TURAP) mengundang kemarahan rakyat.
Kami berpandangan keras bahawa:
1. Tidak ada keperluan satu sistem baru diperkenalkan memandangkan kerajaan sepatutnya menggunakan NIISe (yang dilaporkan menelan belanja lebih RM1 bilion) yang dijangka beroperasi dalam 2028;
2.Sistem dan perkhidmatan penting kerajaan yang berkaitan dengan keselamatan negara dan pekerja asing tidak boleh diswastakan melalui kaedah usaha sama awam swasta seperti yang dicadangkan melalui TURAP;
3.Jika pun ada keperluan untuk sistem baru, apa-apa sistem yang hendak diperkenalkan hendaklah mengikut spesifikasi dan keperluan yang ditentukan oleh kerajaan dan seterusnya melalui tender terbuka;
4.Kerajaan tidak boleh mempunyai beberapa sistem yang menguruskan pengambilan pekerja asing beroperasi serentak. Kerajaan telah mengikat perjanjian untuk menggunakan FWCMS sehingga 2031, maka kerajaan tidak boleh memperkenalkan pula satu lagi sistem seperti TURAP yang akan memanjangkan โkonsesi monopoliโ kepada sebuah syarikat swasta untuk satu lagi tempoh yang panjang, iaitu 12 tahun seperti yang dilaporkan.
Kami menyeru Kementerian Sumber Manusia menumpukan tenaga untuk meneruskan reformasi pasaran kerja seperti yang telah menjadi dasar negara di dalam Kajian Separuh Penggal RMK12 dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Matlamat utama reformasi pasaran kerja yang digariskan di dalam RMK13 ialah menurunkan pergantungan negara kepada pekerja asing, iaitu dengan menurunkan had maksimum jumlah pekerja asing dari 15% (dari jumlah keseluruhan pekerja) dalam RMK12 kepada 10% di akhir RMK13.
Beberapa keputusan penting telah dipersetujui Jemaah Menteri, termasuklah pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) dan Akademi Dalam Industri (ADI) yang bertujuan menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan dan menyediakan kerjaya berkemahiran yang disijilkan.
Tumpuan R. Ramanan sebagai Menteri Sumber Manusia sepatutnya melaksanakan dasar-dasar negara seperti ini dan bukannya memberi fokus untuk mengukuhkan lagi kebergantungan kepada pekerja asing.
๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
Ahli Parlimen Pandan
๐ฌ๐ ๐ง๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ถ๐ธ ๐ก๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ก๐ถ๐ธ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ
Ahli Parlimen Setiawangsa
๐ฌ๐ ๐ง๐๐ฎ๐ป ๐ช๐ผ๐ป๐ด ๐๐ต๐ฒ๐ป
Ahli Parlimen Subang
๐ฌ๐ ๐ง๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฒ ๐๐ต๐ฒ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐๐ป๐ด
Ahli Parlimen Petaling Jaya
๐ฌ๐ ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต ๐ฅ๐ผ๐ฑ๐๐ถ๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น
Ahli Parlimen Ampang
๐ฌ๐ ๐๐ฟ. ๐ง๐. ๐ญ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป
Ahli Parlimen Wangsa Maju
๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐ผ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ธ๐ต๐๐ถ๐ฎ๐ฟ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ช๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ถ๐ธ
Ahli Parlimen Balik Pulau
๐ฌ๐ ๐ง๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐บ
Ahli Parlimen Pasir Gudang
๐ฌ๐ ๐ง๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฎ/๐น ๐ฆ๐๐ฏ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป๐ถ๐ฎ๐บ
Ahli Parlimen Sungai Siput
contrary to popular belief, TNB punya untung ni regulated. maknanya Kerajaan yang tetapkan berapa TNB boleh untung setiap tahun. sebab Kerajaan tetapkan berapa TNB boleh belanja untuk capex dan operasi bawah Incentive Based Regulation (IBR).
sebab tu untung TNB (tahunan) tak naik gila-gila walaupun monopolistic nature diorang; dan untung bersih TNB selalu berkisar sekitar angka sama RM3-4 bilion. malah untung bersih tahunan TNB 2023 (RM2.77 bilion) lebih rendah berbanding 5 tahun lepas (RM4.53 bilion).
dan sebahagian besar untung TNB dibayar sebagai dividen kepada pemegang saham. siapa pemegang saham TNB? rakyat Malaysia juga melalui:
Khazanah: 20.9%
PNB: 15.8%
KWSP: 16.7%
KWAP: 7.0%
60.4% peratus saham TNB dimiliki rakyat Malaysia melalui GLICs.
tahun 2023 TNB catat untung bersih tahunan RM2.77 bilion, TNB bayar dividen kepada pemegang saham RM2.54 bilion lebih 90% daripada keuntungan.
daripada RM2.54 bilion dividen yang dibayar RM1.52 bilion dibayar kepada Khazanah, PNB, KWSP, KWAP yang kemudiannya dapat kepada rakyat Malaysia melalui dividen Khazanah, dividen ASB, dividen KWSP, pencen pesara Kerajaan.
naik tarif bukan untuk naikkan untung TNB. lebih kepada untuk tangani kos bahan api yang naik.
Organizers managing any events are responsible for better entry check up screenings towards people attending those festival or concerts because any drug or prohibited item should have not make it pass thru in the first place
Janganlah jadi hamba kepada makanan viral. Dari maggi RM15, Crepe RM20, Pizza RM120. Kenapa biarkan minda dijajah dengan harga macam ni?
Normalisasikan makanan yang sedap, extra point kalau berkhasiat sekali.
p/s: RM100 ko boleh dapat good steak. Bangunlah anak bangsa
๐ฒ๐พ Malaysia
T-2nd: 85
The exact opposite of Lithuania, they looked great but underdelivered. Lost 5-4 to Man U in the Europa League last 16 and fumbled the daily challenge. If they had that, theyโd be first. The scores were gaudy for Noor Kamaruddin, huge potential here.
You know our voices from Malaysia are giving some impact towards them till ISRAEL WAR ROOM have something to say about Malaysia & Singapore ๐
They are losing the media game so they try to pinpoint others who opposed their genocide, ethnic cleansing, bombing hospitals many more
๐ ฃ๐ ๐ ก๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ข๐ ๐ !
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penonton yang hadir memberi sokongan kepada pasukan malam tadi.
Kehadiran full house!
Sehingga ada yang terpaksa berdiri sepanjang perlawanan kerana tiada tempat duduk.
1/3