Saya dimaklumkan bahawa kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang turut membawa rakyat Malaysia telah dipintas secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh tentera Zionis Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini. Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.
Saya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.
Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Foto: Awani
Pelan damai yang dibentangkan Amerika Syarikat tidak sempurna, bahkan kita tidak bersetuju dengan sebahagian besar daripadanya. Namun keutamaan kita saat ini adalah menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.
Kita boleh terus berpolemik dan berpencak lidah di sini, tetapi hakikatnya yang merana ialah puluhan ribu nyawa yang sudah terkorban di Gaza. Tanggungjawab kita adalah menghentikan kezaliman Zionis, memastikan bantuan makanan dan minuman sampai, serta menyalakan harapan buat mereka yang masih bertahan.
Restu negara-negara Arab dan Islam bukan tanda setuju kepada semua yang digariskan dalam pelan tersebut, tetapi langkah bersama untuk menghentikan pertumpahan darah, menolak pengusiran, dan memberi peluang rakyat Gaza kembali ke tanah air mereka.
Malaysia akan berdiri teguh bersama Gaza, terus memantau, terus bersuara, dan terus membongkar kemunafikan Zionis agar nyawa dan maruah yang tersisa tetap dipertahankan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
I am speaking to you from inside the city of Gaza from the heart of the destruction, from among the tents, the rubble, and the daily pain. I’m telling you the truth as it is: people here are dying slowly. There is an urgent need for food, clean water, and medical care. Nothing is available. Aid does not reach us. Hunger is consuming lives, disease is spreading unchecked, and fear is constant part of every moment we live.
People simply want to survive one day without the sound of shelling… to sleep without explosions, without panic, without the cries of terrified children. Safety no longer exists here. Even sleep has become a distant dream.
Children have lost everything. It’s been more than three years without access to education. A generation is being erased before our eyes. Infants and young children desperately need milk, healthy food, diapers, and vaccinations but even the most basic needs are out of reach. There’s no electricity, no clean water, no proper care.
The sick are suffering in silence. Many urgently need to leave Gaza to receive treatment, but the borders are closed, and no one is listening. Countless lives have been lost waiting for help that never came.
Life in Gaza is no longer livable. We are not asking for luxuries we’re asking for survival. This place is collapsing, day by day. In truth, it has already collapsed… and the world is watching.
Please, have mercy on the children. Have mercy on the elderly, on the women, on the sick. End this war before nothing is left to save.
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM
Kalau nak tengok wajah pengkhianat agama & bangsa inilah orangnya.
Hari ini kalau pergi Sook, Kalabakan, Tenom, etc, banyak tempat masih takde bekalan air bersih.
Walhal Kerajaan Pusat dah peruntukkan RM3.3 billion utk atasi masalah air di Sabah.
Semalam di mahkamah dia jawab dari RM40 juta lebih yg kena rampas yg dia punya cuma RM3 juta.
🔴RM23 juta jumpa dalam pejabat.
🔴RM8.56 jumpa dalam rumah.
🔴RM9.19 juta jumpa dalam Mazda.
🔴RM4.13 jumpa dalam Mercedes.
Semua ni ambil masa 15 jam utk SPRM kira.
Gila.
Yup. Bukannya semua benda kena pakai gloves. Dah lama pakai gloves type dan warna pun salah.. tapi socmed biasa lah. Sekarang tengok konten pasal makanan, komen kat bawah semua "kenapa tak pakai gloves?" tapi tujuan pakai/tak pakai pun tak tau.
Yg cakap pun Rasullah, bukan walid haukkk… semoga Allah terus memelihara insan yg mulia itu walau sering difitnah, sering dihina walaun, di keji segelintir cryto² monyet sangkak
Apakah hikmah yg kita lalui sejak nov 22
#2penggal
@Nazril_Iznil Natijahnya bila scammmer bernama @abdulhadiawang berjaya memanipulasi pemikiran masyarakat dengan penampilan dan watak alimnya. TAPI lupa dengan kata2 dalam gambar ini
"Al-Khawarizmi Cipta Algebra Sebab Masalah Faraid?"
"Belajar matematik tinggi-tinggi bukan boleh buat apa pun."
Kalau ada orang cakap macam ni, sila tempeleng kepala dia guna buku algebra.
Sebab hakikatnya, matematik terutamanya algebra lahir disebabkan isu faraid!
My friend (clinical psychologist) said, diorang predict in the future, childhood trauma related to this. Mungkin dah kurang trauma disebabkan pukul/rotan/etc.
Anak trauma sebab parents buat content memalukan/jatuhkan air muka/ guna anak untuk dapat clout/ etc.
Hari ini pada 2015
Ucapan akhir DS Anwar Ibrahim di hadapan 5 hakim :
1- Arifin Zakaria.
2- Abdul Hamid Embong
3- Md Raus Sharif
4- Suriyadi Halim Omar
5 -Ramly Ali.
"Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.
Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.
Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.
Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.
Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.
Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!"
@anwaribrahim
dia xtau tiap minggu ada time mengopi. tiap hari masing2 ada cerita nak kongsi, dilayan bagai permaisuri. cuma itu hal rumah tangga lah. bukan kisah wayang 😏
ALLAHUAKBAR
AL FATIHAH
SALAM SEJAHTERA PARA SYUHADA
Hari yang suram hari ini apabila Abu Ubaida, Jurucakap Briged Al Qassam mengumumkan Jam 1.30 Pagi tadi bahawa beberapa kepimpinan tertinggi Briged Al Qassam disahkan syahid dalam pertempuran dan serangan Israel di Gaza
Mereka yang gugur adalah
1) Mohammed Al Deif- Panglima Tertinggi Briged Al Qassam
2) Marwan Issa- Timbalan Panglima Tertinggi Briged Al Qassam
3) Ghazi Abu Tam'aa- Panglima Divisyen Perkhidmatan Tempur dan Senjata
4) Raed Thabit- Panglima Divisyen Keanggotaan
5) Rafaa Salma- Panglima Divisyen Briged Al Qassam Wilayah Khan Younis
6) Ahmed Al Ghandour- Panglima Briged Al Qassam Utara Gaza(Gugur November 2023)
7) Ayman Noufal- Panglima Briged Al Qassam Wilayah Tengah Gaza(Gugur Oktober 2023)
Salam sejahtera kepadamu Mohammed Al Deif, Panglima Tertinggi Briged Al Qassam
Berehatlah kamu di syurga yang abadi
Perjuanganmu sudah selesai
Terima kasih kerana memimpin Tentera Palestin mewakili Umat Islam mempertahankan maruah Masjid AL Aqsa
Akhirnya gugur setelah beberapa kali cuba dibunuh oleh Perisikan dan Tentera Israel
Ini ialah gambar pertamanya dikeluarkan Hamas sejak sekian lama