Breaking: Israeli forces have just shot and killed three displaced people in northern Gaza City.
⚠️ “The bullet went in here and came out here,” the elderly man says, pointing to his wounds.
You can’t watch this video and not hate Israel.
Israeli soldiers EXECUTE two young Palestinian men at point-blank range AFTER they surrendered near in the northern occupied West Bank.
This apartheid must end. Boycott and shun everything to do with it.
Look closely at the scene: a woman holds her infant in her arms, clutching what remains of her home in the other hand, with her little daughter behind her… a vivid image of endless suffering and a search for safety amid the rubble and destruction.
Kebetulan di Pulau Pinang, semalam saya ambil kesempatan turun ke Bertam untuk lihat kedai hardware yang tular insiden bendera terbalik.
Pada hari yang sama juga Ketua Pemuda UMNO dan penyokong beliau turun untuk berdemonstrasi di depan kedai hardware.
Ini komen saya.
#Putrajaya PM Kemboja Hun Manet dan Pemangku PM Thailand Phumtham Wechayachai dilihat meninggalkan Seri Perdana masing-masing pada 6.03 dan 6.10 petang selepas menghadiri satu mesyuarat khas yang dipengerusikan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini
📷 Thivyamalini Ramalu/BERNAMA
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛
Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.
Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.
Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.
Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.
Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.
Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.
Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.
Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.
Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.
Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.
Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.
Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝟮𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
Saya penat 😔
Beberapa minggu ini asyik DITIPU.
Turun tapak - ditipu.
MB Kedah - dapat komen MEREPEK.
Eh, ini satu-satunya negeri SIFAR rizab air bersih ‼️
40,000 rakyat Kedah tunggu bekalan air bersih sejak 2023 ‼️
Masih gelak tawa tatkala kamu khianat kepercayaan orang ?
Oh itu sebab kelantan mundur, pemimpin tak nak rakyat masuk neraka.. tapi fitnah jihad bole pulak ya
Ini versi perempuan punya. memperbodohkan rakyat kelantan
TAPI sibuk suruh tukar alamat selangor, tak takut masuk neraka ke? Bukan la susah sangat nak bangangkan walaun ye tak😁
Masa zaman Kudsia Kahar, Linda Onn dan Halim Othman di radio Era, rata-rata penyampai radio berpendidikan tinggi dan faham etika kerja.
Tapi zaman sekarang stesen radio lebih pentingkan populariti. Ambil badut jadi penyampai. Hari-hari sampah masuk telinga pendengar.
Si tungau gendut pumpang pumpang guys, dari lebai² sarkas PAS sibuk recycle isu dekat parlimen terjerit terlompat macam monyet
Ada baiknya pergi bantu sanusi solve problem dan majukan kedah.. duit takde? Duit² pusat bagi kemana perginya
kepakaran PAS apa? Fitnah? Sampai bila..
Alhamdulillah…
Hari ini PMX meraikan tetamu istimewa, Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri, Imam dan khatib Masjidil Aqsa.
Mrk sempat makan malam bersama di Seri Perdana sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyertai Majlis lImu MADANI di Masjid Putra, Putrajaya.