TIP OF THE DAY; Of all the things that have happened in your life, your mistakes, ur heartbreaks, your bad times, they are all in the past. Today is ur future. Start today, start whatever u want today. Not tomorrow, because tomorrow is never promised. Start today. Start living✨
Sekitar tinjauan saya di Litar Antarabangsa Sepang sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
Semoga penganjuran yang bermula hari ini berjalan lancar dan memberi pengalaman yang mengesankan buat peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.
"It's lights out and away we go!" 🏎️🏎️🏎️
🇲🇾🤝🇧🇭
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama.
Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang.
🏎️🏎️🏎️
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
korang nak vote pru tahun depan pls lah cari tahu pasal politik dulu. jangan ikut orang, jangan ikut family. cari tahu sendiri. ko nak orang macam probowo yang lead malaysia ke gilakkk. aku baru nak mula hidup tau tahun depan 😭
TERKINI
PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan posisi Malaysia kekal jelas dan teguh. Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan untuk membawa bekalan yang menyokong IDF melaksanakan pembunuhan dan kekejaman ke atas rakyat Palestin dan orang tidak bersalah yang lain
Setiap kontena akan diperiksa dan disiasat mengikut undang-undang antarabangsa dan pelanggaran undang-undang akan dihukum sewajarnya
Ini susulan laporan Bloomberg bahawa Malaysia merampas 3 buah kontena yang menuju ke Pelabuhan Ashdod Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor
Melintas satu berita dari Yahoo News menyatakan Malaysia negara KETIGA terbaik untuk didiami.
Orang boleh setuju, boleh tak setuju.
Tapi Dr Zakir Naik pernah ditanya kenapa dia pilih duduk Malaysia sedangkan sebagai Muslim berpengaruh dah tentu dia boleh pilih saja negara dia suka!
Dr Zakir Naik jawab -
Malaysia adalah negara Islam yg terbaik.
Walaupun populasi Muslim cuma 63% tapi pemahaman tentang Islam itu lebih dari negara yg 90% orang Muslim.
Alasan dia yg kedua - negara Islam di dunia ini banyak tapi negara Islam yg tak ikut telunjuk Barat ada sedikit & Malaysia salah satunya.
🫶🏻💪🏻
Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.
Ikhtiar ini merangkumi kelayakan BUDI MADANI, peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, langganan percuma aplikasi AI, mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik dan hospital kerajaan, menaikkan ambang pengecualian e-Invois serta meningkatkan dana pinjaman untuk usahawan dan peniaga kecil.
Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027.
Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara serta keresahan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap kejayaan negara diterjemahkan kepada limpahan manfaat yang dirasai rakyat serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
Gajah liar bernama Sulong (Sulong Chalil) dah masuk hutan Kelantan ada perkembangan yang cukup melegakan pasal Sulong..sebab ramai yang tanya disini saya kongsikan, saya sebenarnya baru ikuti kisah gajah sulong sebab fokus dekat mek jeram sebab kejadian berlaku ditempat saya.
Apa yang saya dapat info,
PERHILITAN kini terus memantau pergerakan gajah jantan itu menggunakan thermal dron bagi memastikan keadaannya selamat tanpa perlu terlalu mendekati atau mengganggu pergerakannya.
PERHILITAN menggunakan kaedah spray ubat luka di kaki gajah walaupun netizen menyarankan menggunakan teknik pujuk gajah denak bagi mengelakkan penggunaan rantai besi dikaki dan bius.
Manakala kecederaan Kaki kanan hadapan Sulong mengalami luka dan bengkak, namun laporan rasmi daripada Jabatan PERHILITAN mengesahkan lukanya semakin kering, menunjukkan tanda pemulihan, dan ia masih selera makan serta bergerak aktif.
Sumber : fb Shida Wan Mohd
Hi semua 🤍
Aku nak minta sedikit bantuan dan ihsan daripada kawan-kawan yang berkemampuan.
Oyen aku, Ah Meng, sekarang sedang warded sebab kencing berdarah dan doktor suspect FIC (Feline Idiopathic Cystitis). Setakat ni jumlah bil rawatan dah hampir RM2,200, dan aku sendiri dah bayar RM800. Jumlah ni masih boleh meningkat bergantung kepada keadaan dan rawatan yang diperlukan.
Kalau ada yang sudi menyumbang walaupun sedikit, aku amat hargai. Tak ada jumlah minimum atau sekadar share poster ni pun dah sangat membantu. 🧡
Untuk transparency, aku juga sediakan Excel tracker sumbangan untuk rujukan semua:
https://t.co/CtpJKeYDc6
Kalau jumlah sumbangan melebihi kos rawatan Ah Meng, baki tersebut akan disalurkan kepada animal charity.
Terima kasih banyak kepada semua yang membantu, mendoakan dan berkongsi. Semoga Allah membalas segala kebaikan korang. 🤲🏻🐾