Dulu pernah terdetik rasa mustahil rumah di kampung akan kena banjir sebab rumah tinggi, jauh dari sungai. Seumur hidup tak pernah kena banjir. 2014 Tuhan tunjuk kebesaranNya, tergamam saya. Rumah kampung setinggi itu boleh tenggelam. Tiada yang mustahil bila Tuhan berkehendak.
Selaras dengan Penstrukturan Tarif Elektrik yang akan dilaksanakan pada 1 Julai 2025, kini anda boleh mengira anggaran bil elektrik anda mengikut penggunaan semasa berdasarkan tarif baharu dengan Kalkulator Bil Elektrik.
Layari https://t.co/Ti6lcHkCVi dan pergi ke segmen “Kalkulator Bil” untuk membuat pengiraan bil anggaran anda dengan penjelasan komponen yang lebih terperinci.
#TerangNyataBijak #KalkulatorBilElektrik
BILL ELEKTRIK TURUN HARGA
Berkuatkuasa hari ini 21 Jun 2025.
Kerajaan mengumumkan penurunan bill elektrik domestik membabitkan 23 Juta pengguna rakyat Malaysia
Ini melalui Penstrukturan Semula Tarif Elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad TNB di mana TNB akan perkenalkan tarif elektrik baru
Setakat ini bil elektrik dengan harga RM 415 ke bawah akan menerima diskaun
Ada kes seorang ibu kena dakwa atas kecuaian tinggal anak 8 jam dalam kereta smpai maut. Allahu, bila baca komen, mcm kena hiris hati ni org duk salahkan maknya. Tolonglah guna akal kalau nk komen. Jgn main taip je.
Aku terasa bukan apa. Sbb aku pun hilang anak. Perasaan masa tu Allah je yg tahu. Alhamdulillah aku dikelilingi org org baik yg tak pernah ckp apa apa pasal kematian anak aku. Masa dia dah tiba. Apa pun punca, itu hnya asbab.
Berkait notis petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah tidak wajar untuk mengaitkan Kerajaan dengan dakwaan dan sangkaan jahat kononnya pihak kerajaan menentang pemerkasaan undang-undang syariah.
Itu yang saya jelaskan sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam. Kita boleh bersama dalam hal ini tetapi pembangkang lebih berminat mencari modal politik, melaga-lagakan, menanam bibit. Walhal, kes ini bermula saat mereka semua di dalam Kerajaan.
Kerajaan Perpaduan bertindak dengan menubuhkan jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja sebagai usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah. Kerajaan dahulu buat apa?
Di kesempatan yang sama saya singgung bahawa Kerajaan menghormati sebarang keputusan yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung petisyen tersebut.
Keputusan tersebut juga tidak menghalang Kerajaan untuk melakukan penelitian dan perbincangan melalui Jawatankuasa Khas yang dijadual bersidang pada 4 Disember ini.
Sebarang cadangan pindaan dan penambahbaikan Mahkamah Syariah yang dikemukakan akan dimohon untuk mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan di Parlimen.
#MalaysiaMADANI