Bila seorang suami buat extra effort untuk membahagiakan isterinya seperti belikan hadiah, surprise, tolong kerja rumah, drive jauh semata-mata untuk cravings isteri, masyarakat, khususnya ramai wanita, akan berkata:
“Sweetnya suami dia.”
“Untunglah dapat laki macam tu.”
“Protect him at all cost.”
Tetapi apabila seorang isteri melakukan extra effort untuk membahagiakan suaminya, serve makanan, menyediakan keperluan suami, melayan dengan baik, memasak makanan kegemaran, nada respons tiba-tiba berubah:
“Kesian, macam maid pula.”
“Red flag.”
“Takut aku tengok perempuan kena macam ni.”
Ironinya, perkara yang sama, iaitu melakukan extra effort demi pasangan diraikan apabila dilakukan oleh lelaki, tetapi dipandang hina apabila dilakukan oleh wanita.
Wanita perlu diwajibkan mempunyai lesen untuk gunakan internet & media sosial.