In Kuching, Sarawak today.
Courtesy call to the Premier of Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Up next: The official launch of the Sarawak Transitioning Industrial Cluster (TIC), Malaysia's first World Economic Forum (WEF)-linked Transitioning Industrial Cluster.
@AbgJohariOpeng
#Sarawak
#AINation
#MalaysiaMADANI
Alhamdulillah, lawatan rasmi ke Jepun telah berlangsung dengan penuh makna, merangkumi pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Sanae Takaichi, syarahan khas di Universiti Tokyo, dialog perniagaan bersama konglomerat terkemuka Jepun, serta ucaptama di Persidangan Nikkei Ke-31.
Dari meja rundingan hinggalah ke pentas antarabangsa, setiap detik dimanfaatkan sepenuhnya demi rakyat dan masa depan Malaysia tercinta.
Terima kasih Jepun atas persahabatan yang terus mekar dan kerjasama yang semakin erat.
ใฉใใใใใใจใใใใใพใใใ
Misi Diplomasi MADANI diteruskan! ๐ฒ๐พ๐ซถ๐ฏ๐ต
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini meneliti pembentangan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berhubung fenomena El Niรฑo serta implikasinya terhadap negara.
Mesyuarat bersetuju agar METMalaysia segera memperhebat usaha penerangan dan turun ke semua negeri bagi menyampaikan taklimat serta pencerahan yang menyeluruh selain kesiapsiagaan di peringkat akar umbi mesti diperkukuh kerana langkah pencegahan dan persediaan awal adalah benteng terbaik dalam mendepani kesan cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu.
Sewaktu pembentangan daripada Malaysia Petroleum Resources Corporation mengenai hala tuju syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) negara, Kerajaan berpandangan bahawa urusan perniagaan serta pengembangan industri wajar dipacu oleh kecekapan, ketangkasan dan kebijaksanaan para penggiat industri sendiri, dengan Kerajaan terus menyediakan dasar yang jelas, kondusif dan menyokong pertumbuhan.
Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi dunia, ketegangan geopolitik dan pelbagai krisis global yang kian mencabar, Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar dengan penuh kebijaksanaan dan berpandangan jauh agar kepentingan rakyat terbanyak sentiasa terjaga, serta ekonomi negara kekal mampan, berdaya tahan dan teguh menghadapi sebarang cabaran mendatang.
#MalaysiaMADANIโจ#MADANIBekerjaโจ#YakinMADANI
Tatkala merima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abdul Halim Aman, saya tekankan usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.
Saya menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam, tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan.
Kerajaan MADANI akan terus memperkasakan SPRM sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.
#MalaysiaMADANIโจ#MADANIBekerjaโจ#YakinMADANI
A raft of companies has been shifting operations to Malaysia from Singapore in recent months, illustrating a broader trend of global mobility that has firms seeking jurisdictions with lower costs, tax incentives and access to larger markets.
โThese moves are significant and mark a clear acceleration,โ said Alwyn Lim, associate professor of sociology at Singapore Management University.
Click here to read more: https://t.co/2H1WVzLYD5
Semalam di Jepun, YAB Perdana Menteri dalam Nikkei Conference on the Future of Asia menyebut tentang keperluan bagi negara-negara membangun untuk melindungi kepentingan nasional dalam melaksanakan rundingan perdagangan supaya kedaulatan ekonomi negara sentiasa terpelihara.
Perkara ini dibincangkan semasa saya mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) pagi ini.
Saya telah arahkan supaya semua ahli mesyuarat termasuk wakil-wakil dari negeri dan PBT yang hadir, untuk mengambil tindakan menerusi penguatkuasaan bersepadu serta hebahan pencegahan yang meluas dan bersasar bagi menangani isu persaingan warga asing dalam penguasaan peniagaan peruncitan dengan peniaga tempatan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Alhamdulillah, berkesempatan tunai solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul hari ini.
Usai solat, saya turut meluangkan masa beramah mesra dengan pihak pengurusan masjid serta para jemaah yang hadir.
Semoga kita memperoleh keberkatan dan rahmat pada penghulu segala hari ini, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANIโจ#MADANIBekerjaโจ#YakinMADANI
Menerima kunjungan hormat delegasi Ericsson yang diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bรถrje Ekholm. Pertemuan ini memberi ruang membincangkan perkembangan teknologi digital, peluasan penggunaan 5G serta potensi kerjasama yang lebih erat bagi memperkukuh ekonomi digital negara.
Turut dibincangkan keperluan membangunkan rangkaian telekomunikasi yang lebih hijau dan mampan, selari dengan aspirasi Pelepasan Sifar Bersih negara. Pada masa sama, lebih banyak syarikat perlu memanfaatkan teknologi 5G bagi meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing.
Saya menghargai keyakinan Ericsson terhadap Malaysia, khususnya pengiktirafan terhadap kemajuan negara dalam membangunkan infrastruktur digital yang kukuh, termasuk rangkaian 5G, pusat data serta usaha memperteguh keselamatan dan kedaulatan digital.
Saya juga menyambut baik komitmen Ericsson dalam membangunkan bakat tempatan menerusi program latihan, pemindahan teknologi serta kerjasama dengan universiti dan institusi pendidikan tempatan. Usaha ini penting bagi melahirkan tenaga mahir yang bersedia mendepani tuntutan ekonomi masa hadapan.
Malaysia menghargai hubungan baik yang telah terjalin dengan Ericsson sejak sekian lama dan saya yakin kerjasama ini akan terus diperkukuh berasaskan kestabilan serta kepercayaan, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital serta kemakmuran negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
๐๐๐ฉ๐๐๐ฅ ๐ ๐๐ฉ๐๐ฉ๐๐ฅ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐จ๐ค๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Jumaat minggu akhir di penghujung tahun bulan Zulhijah 1447H, saya memulakan tugasan dengan menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri seawal jam 9.00 pagi. Seperti kebiasaan, YAB Perdana Menteri mengenakan sepersalinan baju melayu di setiap Jumaat.
Antara fokus mesyuarat hari ini penerusan ikhtiar Kerajaan dalam pemulihan ekonomi dan seterusnya menterjemahkan setiap program/dasar negara kepada impak yang lebih nyata untuk dirasai terus kepada rakyat.
Tiada masa untuk berlengah, malah jauh sekali bertelagah. Agenda kebajikan dan pembangunan negara mesti terus dipacu dengan laju.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐๐๐๐จ๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐จ๐ฃ๐๐ฌ๐๐๐ก ๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก, ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ก - ๐ฃ๐ ๐๐ก๐ช๐๐ฅ
#KualaLumpur : Kekuatan Malaysia bukan terletak kepada keseragaman, sebaliknya pada keupayaan negara menguruskan kepelbagaian secara adil dan saksama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga 2026 hari ini, beliau berkata pengalaman Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama membuktikan masyarakat berbeza kepercayaan dan latar belakang mampu hidup bersama secara aman sambil terus berpegang teguh kepada kepercayaan serta pegangan masing-masing.
Perdana Menteri berkata meskipun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia tetap sebuah negara majmuk yang mengamalkan nilai hormat-menghormati dan saling memahami dalam melaksanakan hak serta tanggungjawab sebagai warganegara.
๐ธ fotoBERNAMA
#BernamaImages
#BernamaNews
@anwaribrahim
[TERKINI]
๐Pemimpin agama kekal relevan sebagai suara hati nurani, kewarasan dan toleransi dalam dunia pascanormal
๐Islam adalah agama Persekutuan, perlu pastikan setiap warganegara berasa selamat, dilindungi dan dihormati sama rata
๐Keamanan dinikmati Malaysia kini membuktikan toleransi, keharmonian antara agama boleh dicapai
Sumber : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
#BernamaNews
#BernamaImages
@anwaribrahim
AYUH NEGERI SEMBILAN!
Ayuh kita rapatkan saf dan perkuatkan gerak kerja!
Dalam tempoh yang mencabar ini, rakyat menilai bukan sekadar janji, tetapi keupayaan untuk mentadbir, menyelesaikan masalah dan membawa negara ke hadapan. Kerajaan MADANI telah meletakkan asas yang kukuh untuk memulihkan ekonomi, memperkukuh institusi dan memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.
Kini tiba masanya untuk kita turun ke lapangan, mendekati rakyat dan meneruskan agenda reformasi yang telah kita mulakan bersama.
Saya menyeru seluruh pimpinan, anggota parti, sukarelawan, penyokong serta rakyat Negeri Sembilan untuk hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
Kehadiran saudara dan saudari adalah simbol kesatuan, kekuatan dan komitmen kita untuk mempertahankan kestabilan politik, meneruskan agenda Malaysia MADANI serta memastikan Negeri Sembilan terus menjadi contoh negeri yang progresif, inklusif dan berjaya.
Mari kita buktikan bahawa perjuangan ini bukan untuk parti semata-mata, tetapi untuk masa depan rakyat, negeri dan negara.
Jumpa di Seremban malam ini!
#MalaysiaMADANI #PakatanHarapan
#LawanTetapLawan #LawanSampaiMenang #LawanBolehKawanPunBoleh
๐Pemimpin agama kekal relevan sebagai suara hati nurani, kewarasan dan toleransi dalam dunia pascanormal
๐Islam adalah agama Persekutuan, perlu pastikan setiap warganegara berasa selamat, dilindungi dan dihormati sama rata
๐Keamanan dinikmati Malaysia kini membuktikan toleransi,ย keharmonian antara agama bolehย dicapai
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Berkesempatan menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga yang menghimpunkan pemimpin agama, ulama, cendekiawan, ahli akademik dan pembuat dasar dari 31 negara.
Merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan ucaptama merasmikan Sidang Kemuncak ini.
Dalam suasana dunia yang semakin sarat dengan konflik, perpecahan dan ketidaktentuan, peranan pemimpin agama sebagai suara nurani, kesederhanaan serta kebijaksanaan menjadi semakin penting.
Saya menegaskan bahawa keamanan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pertimbangan politik semata-mata. Nilai kemanusiaan, keadilan dan ihsan mesti terus menjadi panduan dalam mendepani pelbagai krisis yang sedang melanda dunia, termasuk tragedi kemanusiaan yang berterusan di Gaza dan beberapa wilayah lain.
Malaysia kekal berpegang kepada prinsip saling menghormati, hidup dalam kepelbagaian serta menjunjung kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai sebuah negara majmuk, kita percaya bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada keseragaman, tetapi pada keupayaan mengurus perbezaan dengan adil, bijaksana dan penuh hormat.
Saya turut ingatkan bahawa agama tidak seharusnya menjadi alat untuk menyemarakkan kebencian atau permusuhan. Sebaliknya, ia mesti terus menjadi sumber damai, perpaduan dan pembelaan terhadap maruah insan tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.
Mudah-mudahan dialog dan wacana seperti ini akan terus memperkukuh persefahaman antara masyarakat serta menyuntik harapan bahawa dunia yang lebih aman, adil dan berperikemanusiaan masih mampu kita bina.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI