Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memanjangkan usia seorang negarawan yang tidak sekadar mencipta sejarah, tetapi menjadi sebahagian daripada sejarah.
Hari ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad genap 100 tahun. Satu abad usia, penuh warna dan getir zaman. Tun lahir pada 1925, saat dunia masih dibelenggu penjajahan, dan dunia belum mengenal internet, bahkan negara ini belum lagi bernama Malaysia.
Sepanjang usia Tun, dunia telah menyaksikan Perang Dunia Kedua dan penjajahan Jepun ke atas tanah air kita, Merdeka 1957 dan lahirnya Malaysia 1963, krisis ekonomi global, kejatuhan Tembok Berlin, Revolusi Iran, serangan 9/11, pandemik COVID-19, dan kini era kecerdasan buatan.
Namun dalam semua itu, satu nama kekal terpahat dalam sejarah negara iaitu Mahathir Mohamad; doktor bangsa, negarawan, pemimpin yang tak jemu berfikir untuk Malaysia, walau dalam diam ada badai, dan dalam badai ada kebangkitan.
Saya lahir pada 1969. Tahun negara diuji dengan rusuhan, tahun Tun mula menulis untuk menyedarkan umat. Sejak kecil, nama Tun begitu akrab dalam wacana negara. Kini, dalam usia saya yang melewati 50-an, saya masih menyaksikan Tun berdiri, bercakap, menulis. Dan, beliau masih bersuara dengan semangat anak muda.
Semoga Allah SWT mengurniakan Tun kesihatan, ketenangan dan kegembiraan bersama keluarga. Terima kasih Tun, kerana 100 tahun ini bukan sekadar tentang hidup yang panjang, tetapi tentang perjuangan yang tidak pernah padam.
Selamat Hari Lahir ke-100, Tun
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semoga ALLAH SWT terus mengurniakan kesihatan, ketenangan dan keberkatan kepada Tun. Terima kasih atas segala jasa dan kepimpinan yang telah mencorak sejarah Malaysia.
#SinarHarian#SinarTerkini #TunDrMahathirMohamad #100TahunTunM
Warga asing yang membeli MyKad palsu daripada sindiket dengan harga sehingga RM10,000 sekeping turut menggunakan kad pengenalan itu untuk mendapatkan zakat dan pelbagai jenis bantuan kerajaan.
https://t.co/IJyoESEDJK
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. @chedetofficial
Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna. Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM
Sekitar Majlis Ilmu Madani bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, semalam.
Majlis Ilmu Madani telah disampaikan Syeikh Dr. Abdal Hakim Murad.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan kebaikan kepada negara kita.
#MenteriAgama
#MalaysiaMadani
#KalimahTayyibah
#KerajaanPerpaduan
#PelanAlFalah
#AlFalah
Bersama Azizah hari ini menziarahi pesakit-pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL), selain staf dan kakitangan yang terus berkhidmat meski di musim lebaran.
Alhamdulillah, saya turut memberi sumbangan kepada pesakit di wad kelas tiga dan kakitangan HKL yang bertugas.
Saya turut manfaatkan kesempatan ini untuk meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti di HKL dan memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI akan memberi perhatian utama dalam menambahbaik kemudahan yang mendesak dalam kadar segera.
Penghargaan setingginya kepada seluruh warga HKL dan petugas KKM atas pengorbanan dan sumbangan berterusan mereka demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Perayaan eid-ul fitr sesungguhnya mengetuk pintu nurani kita untuk tingkatkan sikap kasih dan beringat kepada yang lain, terutamanya yang sakit dan yang hidup melarat.
#MalaysiaMADANI
Sekitar semalam Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara.
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Selepas solat hari raya Aidilfitri, berlangsung Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara.
Semoga silaturrahim terus erat terjalin dengan semangat ukhuwwah serta saling bermaafan dan berkasih sayang sesama kita.
Salam Aidilfitri.
SENATOR DATO SETIA DR HJ MOHD NA’IM BIN HJ MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
#𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞𝘼𝙜𝙖𝙢𝙖 #𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 #𝙆𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣𝙋𝙚𝙧𝙥𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣 #𝘼𝙡𝙁𝙖𝙡𝙖𝙝 #𝙋𝙚𝙡𝙖𝙣𝘼𝙡𝙁𝙖𝙡𝙖𝙝
Saya telah menghubungi sahabat saya dan juga pemimpin utama gerakan Hamas Ismail Haniyeh petang tadi bagi menyampaikan takziah atas berita yang begitu mendukacitakan tatkala tiga orang anaknya yakni Hazem, Amir and Mohammad termasuk empat orang cucu yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim ganas Zionis semalam.
Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan yang tinggi bersama keluarga Ismail serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang.
Kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak dalam suasana cukup tragik ini adalah amat sukar diterima oleh mana-mana manusia.
Malaysia menzahirkan kecaman dan kutukan sekeras-kerasnya ke atas rejim biadab Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin.
Serangan jijik rejim Zionis ini membuktikan mereka tidak punyai keinginan melakukan gencatan senjata seperti yang telah dituntut Majlis Keselamatan PBB tempoh hari dan tidak tunduk dan patuh kepada prinsip hukum dan undang-undang antarabangsa.
Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut Zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah.
Malaysia sekali lagi mendesak keras komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas dan mempertanggungjawabkan rejim Zionis Israel atas kezaliman ini dan mesti bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang telah secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lampau.
KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
BERKAITAN
SERANGAN ZIONIS ISRAEL SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN AHLI KELUARGA PEMIMPIN UMAT ISLAM PALESTIN, ISMAIL HANIYEH