Akan berlangsung Audit Pematuhan 2 ISO 45001:2018 oleh NIOSH pada 6-7 November 2024. Semoga semua warga PKB yang terlibat bersiap sedia untuk proses pengauditan.
PKB MEMETERAI NOTA KERJASAMA BERSAMA APM
Kota Bharu, 02 Oktober 2024,
Politeknik Kota Bharu (PKB) telah mengadakan Nota Kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan (APM) bertempat di Pejabat APM Kota Bharu di sini hari ini.
Seramai 8 orang anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu yang bernaung di bawah Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja telah mengikuti Latihan Kem Tahunan Gabungan Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) tahun 2024 bertempat di Kem Syed Sirajuddin
Selamat datang ke Politeknik Kota Bharu diucapkan kepada Pn. Azura@Nurul Shuhada Bt Daud, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Semoga dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah serta khidmat bakti dengan penuh dedikasi di sini.
Selamat menjalankan tugas.
Jom ramai-ramai ke Program Karnival Pendidikan Kerjaya SUKSES MADANI 3.0 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 bermula 25-26 Jun 2024 bertempat di Dewan Jubli Perak, PKB.
Perkongsian Ilmu oleh Gs. Sr. Haji Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu sempena Program Ihya' Ramadhan Perdana 2024. Program ini akan dijalankan di Masjid Al-Muttaqin,PKB pada 1 April 2024, Jam 6 petang. Semua warga Politeknik Kota Bharu adalah dijemput hadir.
Al Fatihah.
Mendapat perkhabaran dukacita, Muhammad Alif Bin Abdul Malek, Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadan 1445H.