Minta @anwaribrahim sahkan samada @n_izzah ada hantar surat perletakan jawatan berkuatkuasa 1 April nanti? Sebab berlegar di kalangan media dan orang2 PKR sendiri.
cc @rafiziramli
๐๐ก๐๐๐ง ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ง๐, ๐ฅ๐จ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐๐๐ก
Politik ni tak pernah straight forward.
Biasa kita tengok ahli politik depan penyokong bergaduh nak bertumbuk, keluar dewan pergi minum sekali.
Sebab tu orang ramai kena biasakan dengan berita politik yang dulu bermusuh, kini bersekutu. Kini bertunang, lusa putus tunang.
Kita ke arah PRU16, nanti telenova ni akan bermain balik.
Tak percaya, tengok adegan ini - mati-matian dia ingat orang tu minat kat dia, rupa-rupanya dalam hati benda lain.
๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐ซ๐๐ ๐๐ฅ๐ง
Salah satu inisiatif Ayuh Malaysia iaitu Fleximart akan mula beroperasi untuk orang ramai pada Sabtu, 1 November 2025.
Fleximart akan menjadi sebuah kedai serbaneka berfokus makanan siap bawah RM5, dengan barangan runcit pada harga rendah.
Semua warga Shah Alam dan sekitar Lembah Klang dijemput untuk hadir ke pelancaran Fleximart pada ketetapan berikut:
๐๏ธ 1 Nov 2025, 10 pagi
๐ 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart)
https://t.co/ngsVP7IVXH
Kami juga menjemput orang ramai yang ingin hadir untuk mengisi maklumat di pautan ini bagi tujuan logistik dan tindakan susulan selepas pelancaran Fleximart:
https://t.co/h6aCgpYLgQ
Kita jumpa di sana pada 1 November 2025. Pelancaran ini juga akan disiarkan secara LIVE di platform media sosial saya dan Ayuh Malaysia.
Layari https://t.co/9QLS92Unuw untuk maklumat lanjut Ayuh Malaysia dan perusahaan sosial yang terlibat.
๐๐๐๐ซ๐๐ ๐๐ฅ๐ง ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐จ๐
Dua inisiatif utama Ayuh Malaysia akan buka pintu kepada orang ramai pada 1 November dan 8 November ini.
Fleximart adalah sebuah kedai serbaneka yang memberi tumpuan kepada makanan siap di bawah RM5 dengan barangan runcit yang lain pada harga yang rendah.
Kesum adalah sebuah kedai makan value-meal atas konsep โasal Kenyang, Sedap dan Murahโ bersempena daun kesum dan singkatan kepada kenyang, sedap dan murah. Kesum akan menjual makanan sarapan, tengahari dan malam pada harga di bawah RM5.
Kedua-dua kedai ini menggunakan konsep perusahaan sosial, iaitu perkongsian di antara penyumbang modal dan pekerja. Keuntungan akan dikongsi bersama di antara penyumbang modal, pekerja dan orang ramai. Lebih untung, lebih tinggi gaji pekerja dan keuntungan itu disumbangkan balik supaya harga dapat dikekalkan rendah.
Saya tidak tahu sama ada model yang julung kalinya dibuat untuk kedai-kedai ini akan berjaya. Niat saya ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan dan barangan pada harga yang lebih murah.
Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang yang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan. Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah dan lebih banyak anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri.
Saya jemput orang ramai untuk hadir ke pembukaan Fleximart pada hari Sabtu, 1 November 2025 jam 10 pagi di alamat 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart).
Kesum akan dibuka pada 8 November 2025 jam 9 pagi di alamat 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Pandan Indah (sederet dengan KM Bistro).
Insya Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian dari krew Fleximart dan Kesum pada hari itu.
Sempena Podcast YBM Edisi Merdeka, saya menekankan bahawa cabaran paling mendesak negara hari ini ialah mobiliti sosial yang semakin perlahan, bagaimana rakyat dapat meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih baik.
Jika isu ini dibiarkan berlarutan, ia bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan rakyat, malah boleh menggugat perpaduan kaum dan kestabilan negara.
Untuk mengatasinya, kita memerlukan kemahuan politik yang kuat dan pembaharuan struktur yang menyeluruh, khususnya melalui pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan yang adil, dan dasar ekonomi yang saksama.
Tonton edisi khas Podcast Yang Berhenti Menteri EP11 sempena Merdeka di sini:
https://t.co/H1yilVZVFc
๐ฃ๐๐ฅ๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ก๐: ๐๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐จ๐๐, ๐๐๐ฃ๐๐ฆ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ ๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐จ๐ก ๐ฆ๐ง๐๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ก๐
Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dibebaskan dari 12 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, setelah membayar kompaun RM4.1 juta.
Tuduhan rasuah tersebut membabitkan projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kononnya ingin membantu kontraktor Bumiputra di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.
Adam Radlan berdepan dakwaan berikut:
1. Meminta suapan di antara 3.5% hingga 7% berhubung projek jalan bernilai RM47.6 juta dari Mat Jusoh Mamat, pengarah urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd
2. Meminta suapan RM2 juta dari Lian Tan Chuan untuk membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM141 juta
3. Menerima suapan RM2.1 juta dari Mat Jusoh untuk satu lagi projek Jalan Sg Adam ke Kg Banat, Perlis bernilai RM47.8 juta
4. Menerima suapan RM500,000 dari Mat Jusoh untuk mendapatkan tender Jalan Sg Adam secara rundingan terus
5. Menerima RM4.1 juta dari Mat Jusoh dan Lian Tan Chuan untuk mendapatkan 2 lagi tender di bawah Jana Wibawa
6. Meminta suapan RM2 juta dari Lian Tan Chuan untuk satu lagi projek Jana Wibawa
Secara kasar, sekurang-kurangnya dia dituduh telah menerima RM6.7 juta dan meminta suapan dalam RM6 juta lagi.
Dalam diam-diam, peguam Adam Radlan menulis surat representasi untuk membayar kompaun sebanyak RM4.1 juta untuk dibebaskan dari tuduhan-tuduhan ini.
Dalam diam-diam, pendakwaraya bersetuju dan pada mulanya ingin memberikan DNAA (lepas tanpa bebas), tetapi peguam Adam Radlan memohon supaya dibebaskan terus kerana telah membayar kompaun.
Akhirnya bebaslah Adam Radlan.
Ini bisnes paling untung - dituduh dapat RM6.7 juta, pulangkan balik dengan membayar kompaun RM4.1 juta, ada lagi RM2.6 juta. Margin keuntungan 39% tanpa perlu buat apa-apa.
Kebelakangan ini, ada trend kes-kes rasuah besar terlepas dengan membayar balik. Dulu kita dengar anak tiri Najib, sekarang ada laporan bahawa Adam Radlan ini sepupu kepada menantu Muhyiddin.
Begitulah al-kisah Malaysia.
Kalau orang biasa curi susu, hukumannya penjara 6 bulan.
Kalau kaum kerabat orang VIP dituduh rasuah atau mencuri, asal bayar balik boleh lepas.
Lepas ini, kalau ada rakyat biasa yang dituduh mencuri susu atau makanan biasa, mohon maklum kepada saya.
Saya nak cari peguam untuk buat permohonan yang serupa untuk mengembalikan susu yang dicuri dan minta dibebaskan.
Kita tengok pendakwaraya dan mahkamah akan setuju atau tidak.
PN bising pasal Melayu terancam, bab sepupu sepupu terlepas tuduhan rasuah diam, sudahlah ia berkaitan projek Jana Wibawa dan melibatkan kontraktor bukan Bumiputra.
Madani bising pasal benteras rasuah tetapi perkara ini tetap berlaku dibawah Perdana Menteri yang terpaling anti-rasuah.
๐ง๐จ๐ก๐ง๐จ๐ง๐๐ก โ๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฆ๐งโ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ช๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐ช๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ฉ๐๐๐ข๐ฅ
Saya mengesahkan telah menerima satu surat dari Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Datuk Wira Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Datoโ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 22 Ogos 2025 (yang dilampirkan bersama).
Surat โcease dan desistโ itu membuat tuntutan supaya saya berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan saya yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urusniaga syarikat yang berkaitan beliau.
Kenyataan saya itu adalah satu penyataan fakta.
Oleh itu, saya bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah.
Saya telah menyerahkan perkara ini untuk tindakan selanjutnya kepada peguam saya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri.
Saya berpandangan sekiranya Datuk Wira Farhash memfailkan saman di mahkamah kelak, ia akan menjadi kes berkepentingan awam dan peguam-peguam saya berpeluang menanyakan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak selama ini.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
25 Ogos 2025
Bendera buat kecoh lagi!
Bendera tak salah, yang salah manusia yang lebih-lebih.
Bendera terbalik ni ada banyak kemungkinan. Salah satu ialah benar-benar silap, tak banyak orang berani dengan sengaja pasang bendera terbalik sebab takut dengan Ketua Pemuda Umno!
Habis satu gerombolan dia bawa tunjuk perasaan nanti.
Sebab itu, bagi setiap kejadian yang dilaporkan, biarlah siasatan dibuat dan pihak berkuasa tentukan: adakah sengaja atau tersilap.
Kalau dipercayai sengaja, ada peruntukan untuk didakwa, boleh dakwa dan biar mahkamah putuskan tertuduh itu benar-benar sengaja atau tersilap.
Kalau siasatan dari awal menunjukkan ia satu kesilapan yang tidak disengajakan, tidak payahlah buat jadi isu.
Sebab kalau saya rakyat, terutamanya orang bukan Melayu, saya susah payah nak pasang bendera sebab itu cara saya nak zahirkan kecintaan kepada negara, kalau selalu jadi sasaran Pemuda Umno, lepas ni baik tak pasang langsung bendera.
Kepada ahli politik yang muda-muda, nilai kita terletak kepada ilmu dan wawasan membaiki masyarakat yang kita bawa.
Masa muda ni mungkin boleh buat nama dengan stokin, bendera, lepas ni kasut, selipar dan topi.
Bila sudah berumur, orang akan gelak dekat kita sebagai ahli politik stokin, bendera, kasut, selipar dan topi!
Jadi berpada-padalah!
Dulu ada satu zaman Pemuda Umno gah menghunus keris semasa perhimpunan.
Yang keris itulah yang jadi ingatan orang hingga menjadi salah satu sebab Umno ditolak sebahagian pengundi.
Dalam Episod 6 Podcast Yang Berhenti Menteri, timbul perbincangan mengenai persepsi rasuah dalam pentadbiran hari ini, termasuk melibatkan beberapa tokoh tertentu.
Persepsi ini, jika dibiarkan tanpa penjelasan tuntas dan tidak ditangani dengan baik, berpotensi menjadi liabiliti besar kepada PKR dan Pakatan Harapan.
๐๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐ ๐๐ญ๐ฏ, ๐ ๐๐ก๐๐ก๐ฌ๐?
Ada beberapa pengumuman besar dalam RMK13 yang akan mengubah lanskap pendidikan negara dalam tahun-tahun akan datang.
(1) Pendidikan pra-sekolah bermula 5 tahun akan diwajibkan dan disediakan untuk semua di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara.
(2) Pendidikan sekolah rendah akan bermula pada umur 6 tahun, dan pelajar akan habis sekolah menengah pada umur 16 tahun.
(3) Pelaburan untuk meningkatkan kompetensi guru supaya kerjaya perguruan melalui proses penilaian dan latihan berterusan seperti profesional lain.
Perkara-perkara ini jadi perdebatan besar dalam kerajaan sebelum ini.
Diagnosisnya begini:
(1) Peruntukan untuk pendidikan, sebagai peratusan dari saiz ekonomi negara, sebenarnya tinggi relatif kepada negara-negara yang sama kategori dengan kita.
(2) Tetapi banyak peruntukan ini lebih cenderung kepada pembinaan fizikal yang kosnya semakin tinggi setiap tahun.
(3) Akibatnya, pelaburan untuk meningkatkan kompetensi guru tidak mencukupi. Kalau tukar silibus pun, kalau guru tidak dilatih dengan baik, ia tidak akan mencapai matlamat menaiktaraf silibus.
(4) Dari perspektif pembangunan kanak-kanak, umur yang paling kritikal ialah di antara 4 hingga 7 tahun. Lebih awal kanak-kanak melalui pembangunan fizikal dan mental yang baik, potensi pembelajaran ditingkatkan di tahun-tahun persekolahan seterusnya.
(5) Ibubapa pula terbeban dengan kos membayar yuran pra-sekolah kerana ia tidak ditawarkan secara universal dan hak rakyat. Kos pra-sekolah menjadi beban kos sara hidup bagi keluarga muda.
(6) Dari perspektif ekonomi, Malaysia melalui negara menua. Jumlah tenaga kerja akan mengecil, jadi sebaiknya generasi akan datang menyertai tenaga kerja lebih awal, selepas pendidikan menengah wajib yang berakhir pada umur 16 tahun.
Beberapa perubahan khusus yang perlu berlaku hasil reformasi pendidikan RMK13 ini:
(a) Kemudahan pra-sekolah di dalam sekolah-sekolah akan ditambah dan dibina baru di seluruh Malaysia bermula 2026
(b) Masa persekolahan dan silibus akan disesuaikan agar darjah satu bermula pada umur 6 tahun dan habis umur 16 tahun
(c) Sebahagian Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dijadikan pusat latihan kompetensi guru yang khusus untuk melatih guru-guru dalam perkhidmatan secara berterusan, bukan lagi untuk melatih pelajar lepasan sekolah untuk menjadi guru
Keluarga yang ada anak umur tiga tahun ke bawah, dah boleh bayangkan anak masuk pra-sekolah wajib berumur 5 tahun lepas ini.
Dalam Episod 7 Podcast Yang Berhenti Menteri, saya kupas isu hangat antara PETRONAS dan Petros berkenaan hak mengawal minyak dan gas di Sarawak.
Saya huraikan dari sudut undang-undang, hak negeri, dan implikasi ekonomi yang mungkin timbul dari pertikaian ini.
๐๐ฌ๐จ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐, ๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐
Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis penerangan Ayuh Malaysia hari Ahad lepas. Ramai yang datang dari seluruh Malaysia sehinggakan dewan yang tidak seberapa itu tidak cukup kerusi.
Mungkin ada yang hadir itu nak tahu rancangan politik saya yang seterusnya. Tapi majoriti yang hadir benar-benar kumpulan yang memang pernah terlibat dengan usaha kemasyarakatan yang tidak jauh dari konsep perusahaan sosial.
#ICYMI Rafizi umum 7 perusahaan sosial di bawah Ayuh Malaysia 2025 termasuk kedai runcit FlexiMart, makanan RM5 Kesum dan program tenaga suria untuk B40 bermula September ini.
https://t.co/OijlvPIMmz
Amukan Ayuh Malaysia 2.0 2
Perusahaan sosial (social enterprise) di Malaysia merujuk kepada entiti yang beroperasi untuk menyelesaikan masalah sosial atau alam sekitar sambil menjana keuntungan.Mereka menggunakan model perniagaan yang mampan untuk mencapai impak positif terh
๐๐ฆ๐จ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐๐ฆ๐ง ๐ฌ๐๐ ๐ฐ ๐๐จ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Ramai orang terus bertanya apa sebenarnya rancangan saya? Mereka ingat saya ada formula dan strategi politik yang masih ditunggu-tunggu.
Ada yang beranggapan saya akan mengikuti trend baru, iaitu ahli politik yang terpelanting menggunakan podcast untuk cuba kekal relevan.
Podcast adalah satu cara menyampaikan maklumat. Ada pelbagai cara yang patut kita pakai, podcast adalah satu cara. Podcast sesuai untuk mengupas isu dan perkara yang memerlukan pemahaman mendalam.
Yang lebih penting, isu apa yang dibawa. Podcast tidak boleh menjadi tempat membakar untuk mendapat tontonan saja. Platform itu mesti digunakan untuk saling belajar, saling mengingatkan dan membawa suara rakyat. Ia perlu mendidik dan memberi pencerahan.
Jumaat ini, saya akan bersama Saudara Faizal Rahman. Dalam banyak-banyak aktivis, beliau antara yang paling gigih membuat kandungan. Selalu kena gam juga ha3.
Saya kenal Saudara Faizal lebih 10 tahun dulu. Masa tu, beliau telah pun meletakkan jawatan sebagai pendakwa raya dan ada firma guaman sendiri. Beliau dan beberapa peguam muda ketika itu (sekarang dah tak muda) adalah barisan peguam aktivis yang membantu saya menyediakan khidmat guaman percuma, terutamanya kepada orang ramai yang didakwa akibat perhimpunan aman.
Kemudian kami tak pernah bersua atau berhubung sejak 2017. Masing-masing sibuk. Saya mengikuti dari jauh sahaja.
Saudara Faizal ada beberapa sifat yang sama dengan saya. Keras kepala. Teliti dalam berhujah. Berani berdepan kekalahan. Bila bertanding, beliau tidak akan kompromi dengan sesiapa.
Jumaat ini, saya akan bersua balik dengan beliau selepas lebih sepuluh tahun.
Perasaan saya bercampur baur. Ada teruja sedikit, tetapi lebih kepada bimbang.
Bukan bimbang kena bakar dengan Saudara Faizal. Bimbang kerana ada satu isu besar negara yang kami perlu kupas dan beri pencerahan kepada rakyat.
Saya tak rasa rakyat sedar ada perkara yang perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin dan memerlukan bantuan seberapa ramai rakyat Malaysia.
Saya harap ramai akan mengikuti podcast YBM Jumaat 4 Julai ini. Mohon sebarkan.