Aprilia user in searching, 🏃🏻♂️road runner.. The name with LoVe inside.. a Artis in Polaroid painting, a Raingers ☔️.. Liverpool 🛑fans...and I’m AMK 4 L.P
Lawatan rasmi Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Profesor Dr Muhammad Yunus, telah memperkukuh hubungan mesra Malaysia–Bangladesh yang telah terjalin sejak hubungan diplomatik dimeterai pada 1972.
Ini membuka peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama, khususnya dalam memajukan hubungan baik dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara dalam bidang pertahanan, tenaga, kajian strategik dan antarabangsa, selain pembangunan kapasiti dalam bidang teknologi semikonduktor serta promosi perdagangan.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Pertemuan dengan para tuan guru pondok di Bachok malam tadi bukan sekadar silaturahim, tetapi ruang untuk saya mendengar sendiri pandangan, teguran dan nasihat mereka. Institusi pondok yang menjadi benteng akidah dan ilmu sejak zaman penjajahan kekal penting sebagai rujukan dalam membimbing hala tuju umat.
Dalam semangat Negara MADANI, setiap pandangan dan kritikan daripada tuan guru adalah amanah yang akan diterjemahkan kepada tindakan. Insya-Allah, dengan bimbingan mereka, kita akan terus memperbaiki pentadbiran dan memastikan pembangunan negara berpaksikan akhlak, ilmu dan kesejahteraan rakyat.
#MalaysiaMADANI
#MADANbekerja
#RancakkanMADANI
Alhamdulillah malam tadi saya turun ke Kelantan dan langsung ke Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan di Bachok untuk bertemu dengan guru-guru pondok dan anak-anak pelajar di sini bagi memenuhi undangan Tuan Guru Sheikh Wazir Al-Maki.
Ketika diminta berucap, saya singkap sejarah perjuangan Islam tatkala umat diserang penjajah sama ada di Tanah Melayu, Indonesia, India, Mesir dan seluruh dunia hingga sistem pemerintahan yang ada tunduk dan menyerah kepada kekuatan asing.
Ketika itu sistem ekonomi dan pendidikan ditawan, dan lebih mendalam lagi, seperti disebut Sheikh Muhammad Al Ghazali sebagai Isti’mar Ruh al-Fikr, yakni penjajahan jiwa dan pemikiran.
Namun dalam keadaan seluruh sistem robek dan runtuh, yang bertahan sebagai benteng akidah, ilmu dan ruh perjuangan umat ketika itu hanyalah pesantren dan pondok-pondok. Itulah sejarah yang perlu kita insafi.
Kerana itu setelah memegang tampuk pemerintahan, saya menggariskan gagasan MADANI. Di samping membina kestabilan, memperkukuh tatakelola dan menolak salah guna kuasa, gagasan ini melihat keperluan untuk memperbaharui sistem pendidikan bagi memperkukuh jati diri anak-anak kita.
Justeru semua pelajar Islam kini didedahkan kepada pengajian al-Quran, termasuk Matan Arbain Hadis 40 Imam Nawawi, di semua sekolah, bukan hanya di sekolah agama atau pondok.
Selepas bertemu guru-guru pondok di Malaysia, Indonesia dan Pattani, saya sedar benteng ilmu ini makin luntur kerana kekangan perkembangan dan perhatian kerajaan yang lebih tertumpu kepada sekolah arus perdana.
Atas kesedaran itu, sebelum hadir ke Bachok saya telah meneliti keadaan beberapa pondok di sini yang terlalu daif. Maka saya meluluskan peruntukan lebih RM2.1 juta bagi baik pulih segera, yang akan dimulakan dalam beberapa minggu ini.
Inilah sebahagian daripada usaha Negara MADANI, percubaan kita membangunkan bangsa berasaskan keyakinan dan akhlak, seperti digarap dalam karya Allahyarham Syeikh Jaafar Syeikh Idris. Ia belum sempurna, namun dengan bimbingan para guru serta teguran dan kritikan membina, Insya-Allah kita akan terus memperbaiki kekurangan ini demi kemaslahatan umat dan kemuliaan negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Usai Solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, saya umumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri membabitkan:
1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Insya-Allah ia akan disalurkan pada 24 Mac ini.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Tahniah Minbappe! Satu lagi kejuaraan dunia untuk wakil esports negara! 🇲🇾
Rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan ✅
Menang bersih di perlawanan akhir ✅
Juara Dunia 🏆 ✅
#MalaysiaMADANI#FeWC2024#FIFAe#eFootball
Esok Hari Sukan Negara 2024! Malam ini, pastikan rehat secukupnya untuk kita semua turun padang esok.
Sertai mana-mana program Hari Sukan Negara—baik di peringkat kebangsaan, negeri mahupun komuniti setempat.
Saya pun akan bersukan dengan warga Kelantan di AEON Mall Kota Bharu, bermula jam 7 pagi.
Pastikan anda pakai pakaian dan kasut paling selesa. Sama-sama kita #CergasBersama!
#HariSukanNegara #HSN #HSN2024 #CergasBersama #MalaysiaMADANI
Tidak Puas Hati, Bawa ke Dewan Rakyat
Baru semalam Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam ucapan beliau menempelak sikap berlebihan sesetengah pemimpin pembangkang dalam berpolitik; termasuk mimpi-mimpi untuk kembali ‘tebuk atap’.
Kurang beberapa jam kemudian sahabat saya YB Fadhli Shaari mengeluarkan kenyataan seperti di bawah. Tekun juga beliau mengikuti ucapan PMX.
Kawasan yang diwakili beliau, Pasir Mas di Kelantan antara yang menerima peruntukan agak sihat menerusi inisiatif Belanjawan tahun ini, tidak termasuk peruntukan-peruntukan tambahan yang diumum dari semasa ke semasa oleh PMX dan Menteri-menteri yang turun padang sepanjang beberapa bulan lepas, sesuai matlamat untuk menyelesaikan masalah-masalah lapuk yang menjejaskan kualiti kehidupan dan sosio ekonomi di kawasan terbabit.
Penyaluran segala bentuk bantuan dan pembangunan infrastruktur yang berterusan menerusi agensi-agensi Pusat dan Negeri ini harus dilihat sebagai tanda bahawa Kerajaan Madani tidak mengulangi resmi lama di mana kawasan pembangkang terus-menerus ditekan dan dibantutkan dari segi pembangunan ekonomi dan sosial sehingga menjerut rakyat. Ini norma baharu di bawah Kerajaan Madani yang perlu diakui semua.
Atas yang demikian, saya yakin sahabat saya YB Fadhli Shaari juga boleh memperakui dan mengiktiraf usaha, tumpuan dan sikap Kerajaan Madani terhadap negeri dan kawasan beliau. Beberapa kali di Dewan Rakyat telah beliau bangkitkan soalan-soalan berkaitan pembangunan di kawasan beliau yang dijawab dengan baik oleh wakil-wakil kementerian berbeza.
Dalam mengiktiraf dan menghormati kedudukan wakil rakyat pembangkang pula, PMX semalam turut menekankan langkah Kerajaan Madani yang tidak melantik penyelaras politik di kawasan-kawasan Parlimen diwakili Pembangkang. Dari semasa ke semasa, tangan terus dihulur tanda kesediaan untuk menjalinkan kerjasama, sayangnya sering ditepis dengan kasar oleh yang tidak mahu bergerak ke hadapan. Perjanjian Persefahaman yang ditawarkan pun terus ditolak mentah-mentah oleh pimpinan utama Pembangkang tanpa timbang tara lanjut. Apakah ini sudah ditanyakan kepada wakil-wakil rakyat lain yang mungkin mempunyai pandangan berbeza?
Dalam soal membuktikan keberanian politik, seperti yang dibangkitkan oleh YB Fadhli, berapa kali harus Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan sikap dan keterbukaan beliau? Di pihak Kerajaan, sudah pun kita memberi respons kepada usul Dewan Pemuda sebelum ini; jika ada hasrat untuk mendesak PMX melepaskan jawatan, sila bawa ke Dewan Rakyat, bukan hanya di Dewan Pemuda atau Sidang Muktamar.
Tiada siapa yang berselindung di sebalik sebarang keterikatan yang menjerat seperti yang cuba digambarkan YB Fadhli. Persefahaman sejak awal yang membawa kepada penubuhan kerajaan hari ini jelas adalah berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama. Diabsahkan juga menerusi undi percaya di Dewan Rakyat. Jika masih tidak yakin dan perlu ulang tayang, sila usulkan semula di Dewan Rakyat dalam persidangan akan datang. Gegak-gempita tanpa tindakan wajar tidak membawa sebarang hasil. Hanya riuh dan hingar untuk menimbulkan suasana bingit dalam medan politik tempatan.
Atau mudahnya kita simpulkan sahaja bahawa serangan-serangan yang dituju sekarang tidak lain hanya atas dasar mahu terus berpolitik tanpa sudah, kekecewaan ke atas diri sendiri, sindrom penafian, dan keinginan untuk kembali berkuasa semata-mata. Jika itu dasarnya; tidaklah mampu untuk kita halang mereka dari terus menyerang dan mencerca tanpa asbab sebegini.
Kerajaan Madani hanya akan terus bekerja sehingga mandat dipulangkan semula kepada rakyat kelak.
Nota kaki: Sudah-sudahlah mengukur politik dengan stereotaip seksis siapa lebih “jantan”. Yang diajar kepada kita dalam mengukur keupayaan memimpin bukannya aras ‘machismo’ seseorang, tetapi sifat junjungan besar kita; Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fathonah.
Adam Adli Abd Halim
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
#AMKMalaysia
Tahukah anda Paralimpik kali ni, atlet Malaysia sangat luar biasa.
🥇2 emas
🥈2 perak
🥉1 gangsa
Yang hebatnya,
🏆 1 Rekod Dunia
🏆 2 Rekod Asia
🏆 6 Rekod Peribadi
Kita tunggu kejayaan yg lebih besar 2028 nanti! 💪
Takziah kepada keluarga blogger Raja Petra Kamarudin atau RPK yang dilaporkan telah dijemput ilahi malam tadi di Manchester, UK. Saya turut berduka dan mendoakan agar ruhnya diberi keampunan oleh Allah SWT dan keluarganya diberi ketabahan serta tahap kecekalan yang tinggi, Insya-Allah.
PMX @anwaribrahim mendunia
Melakar sejarah peta dunia merangka strategi mengatur langkah
Perancangan tersusun rapi pemulihan ekonomi, melebarkan sayap pengaruh, menambah rakan strategik, memujuk keamanan
Setiap detik bakal mengubah hati yang membenci kepada menyayangi. MADANI
Belum terlambat untuk saya zahirkan rasa syukur sempena kemerdekaan negara yang ke 67. Saya nak tunggu content abang bomba reda dulu sebelum saya post content ni.
Apa maksud Jiwa Merdeka?
Ada kata Malaysia belum merdeka sebab dijajah Madani. Ada yang kata kemerdekaan tidak bermakna selagi ada kemiskinan.
Bagi saya, jiwa merdeka terletak kepada penilaian masing-masing.
Jiwa merdeka bermakna kita sedar kekuatan dan kelebihan kita, tetapi faham juga kekangan-kekangan yang kita perlu hadapi.
Tetapi kekangan itu tidak melunturkan rasa yakin kita bahawa kita ada kemampuan untuk cemerlang dan sejahtera seperti pesaing kita, kerana kita yakin Allah memberikan rezeki kepada mereka yang berusaha dan bertawakkal.
Keyakinan untuk berusaha kerana kita serba maklum kekuatan dan kelemahan kita akan memerdekakan jiwa kita.
Malaysia ialah sebuah negara yang dirahmati dengan pelbagai kelebihan.
Musuh kita bukanlah orang lain, tetapi kita sendiri, jika kita tidak ada keyakinan untuk berusaha.
Selamat menginsafi hari kemerdekaan ke 67, semoga jiwa kita kekal merdeka apa pun keadaan kita.