Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD TUN RAZAK menjadi simbol kesinambungan kepimpinan dan amanah perjuangan. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu, dan selamat maju jaya kepada peneraju baharu dalam mengemudi kepimpinan dengan penuh amanah.
KARNIVAL SUKAN PIALA PANGLIMA ANGKATAN KAPAL SELAM 2025
14 FEB 26–Karnival Sukan Piala PAKS 2025 telah melabuhkan tirai dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan yang tinggi. Karnival sukan edisi 2025 ini telah berlangsung selama 24 hari bermula 21 Jan hingga 14 Feb 26.
LAWATAN JAWANKUASA INDUK PERCETAKAN BORANG ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN AWAM (JKIP BATM/AWAM) KE MAKS
11 Feb 26 – Ahli Mesyuarat JKIP BATM/Awam telah melaksanakan lawatan ke Kapal Selam dan PLKS. Delegasi ini disertai oleh wakil-wakil perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.
27 JAN 26 - Persaingan sengit dan hebat dari 4 pasukan semasa acara sukan Badminton Kejohanan Sukan Piala PAKS 2025.
Tahniah buat pasukan BSES yang telah merangkul Johan dalam acara ini.
BSES - Johan MAKS
SKN KS - N/Johan
PLKS - Ke 3
MAKS- Ke 4
24 JAN 26 - Kejohanan Sukan Piala PAKS 2025 - Sukan Futsal merupakan acara kedua selepas Sukan Pingpong.
Pasukan PLKS mempamerkan perlawanan yang baik dengan merangkul Johan dalam acara ini .
PLKS - Johan
MAKS- N/Johan
SKN KS - Ke 3
BSES - Ke 4
23 JAN 26 - MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA HUT PENUBUHAN AKAS TLDM DAN HUT KE-17 KD TAR
Bacaan Yasin dan Tahlil telah dilaksanakan di Auditorium MAKS pada Jumaat lalu dengan penglibatan dari Warga AKAS TLDM.
KARNIVAL SUKAN PIALA PANGLIMA ANGKATAN KAPAL SELAM 2025
21 Jan 26 - Piala PAKS 2025 telah membuka tirai dengan penuh semangat kesukanan. Objektif kali ini ialah memupuk semangat kerjasama berpasukan, kebersamaan serta menjadi platform dalam mencungkil bakat AKAS TLDM.
23 Dis 25 -YBhg Panglima Angkatan Kapal Selam iaitu P/Laksma Kamalrulzaman bin Zainul Akhmar telah menyempurnakan Pemakaian Insignia Kepakaran Kapal Selam kepada Pegawai Memerintah Kapal, Pemakaian Pangkat Anggota dan Pemakaian Insignia Ts kepada yang terlibat. Tahniah diucapkan.
Majlis Pelepasan MV Mega Bakti Sempena Eksesais PACREACH 25 telah dilaksanakan di Jeti MAKS pada 29 Ogos 25. Majlis pelepasan tali telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam dan Dato’ Sri Muhamed Sofiadin bin Jaafar (Presiden Target Mega Marine Sendirian Berhad).
Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Insignia Ts. serta Lencana Kepakaran Bomba Warga AKAS TLDM telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Kamalrulzaman bin Zainul Ahkmar hari ini di Auditorium MAKS.
Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam dan Pengarah Operasi MAKS telah berlangsung di Auditorium MAKS dan disaksikan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Kamalrulzaman bin Zainul Ahkmar hari ini.
YBhg Laksdya Dato’ Pahlawan Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin, Timbalan Panglima Tentera Laut telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Kelayakan Kapal Selam (LKKS) TLDM Ke-32 Siri 1/25 pada 14 Jul 25. Mesyuarat LKKS ini turut dihadiri oleh YBhg AKS SM, Laksda Badarudin bin Taha.
Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) sedang menjalani Audit Verifikasi (AV) mulai 6 hingga 8 Mei 25 yang dilaksanakan oleh Bahagian Inspektorat Jeneral Markas Tentera Laut.
AV MAKS ini diketuai oleh Timbalan Inspektor Jeneral TLDM, Laksma Rosli bin Abd Ghani selaku Ketua Audit.
29 Apr 25 - Lawatan Kerja oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi iaitu Dato’ Luqman bin Ahmad ke Markas Angkatan Kapal Selam. Turut mengiringi lawatan tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KEMENTAH iaitu Dato' Mohd Shaiful bin Ibrahim.
22 April 25 - Ketua Staf Markas Angkatan Kapal Selam telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat P/PW II BDI (KS) Saiful Bahri bin Ruslan. Diucapkan Setinggi-tinggi tahniah. Semoga ianya menjadi batu loncatan untuk lebih cemerlang demi TLDM. Sedia Berkorban!
Latihan Helicopter Submarine Transfer (HST) yang melibatkan kapal selam TLDM iaitu KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan pesawat HOM (AW139) dari Skuadron 503 telah berjaya dilaksanakan. Latihan ini telah membuktikan kesiapsiagaan aset-aset TLDM dalam segi pelaksanaan latihan dan operasi.
Panglima Angkatan Kapal Selam telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat LLP dan Pemakaian Insignia Ts. Warga AKAS TLDM mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga ianya menjadi batu loncatan untuk lebih cemerlang demi TLDM. Sedia Berkorban!