𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜: 𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat.
Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba.
Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam.
Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah.
Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi.
Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad.
Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi.
Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023.
Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja.
Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno.
Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji.
Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap.
Tetapi pada ketika itu, Dato’ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu.
Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai.
Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar.
Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini.
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak BERSAMA
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
SZE FEI & IZZUDDIN RAJA DI ISTORA SENAYAN JAKARTA 🔥🔥
🏆 Juara #IndonesiaMasters2026
🏆 Juara #IndonesiaOpen2026 🆕
🇲🇾 Goh Sze Fei/Nur Izzuddin bangkit untuk menumpaskan sekali lagi gandingan tuan rumah 🇮🇩 Indra/Joaquin, mengulangi final Masters 🇮🇩 di Januari 💪
FeiDin turut mencipta sejarah:
✅ Wakil #BadmintonMalaysia pertama memenangi lebih dari satu gelaran S1000
✅ Tamatkan kemarau 1️⃣8️⃣ tahun kejuaraan Terbuka 🇮🇩 buat Beregu Lelaki 🇲🇾
Syabas dan Tahniah #TeamTanganKuat atas gelaran Super 1000 ke-0️⃣2️⃣ dalam kerjaya ini 🙌
#PIO2026
#UNBRKBL
#ShuttleHard
HERE WE GO! Hemos enviado un fax al @FCBarcelona_es con nuestra oferta de traspaso: 4 entradas para el concierto de Bad Bunny de mañana, una suscripción anual al ABC y una bolsa de pipas. Esperamos ansiosos la respuesta para preparar el ‘announce’.