SEPANG, 5 Dis 2025 - Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara telah menganjurkan "Legislative Plan Meeting and Round Table Discussion No. 3/2025". Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pelan perundangan bagi tahun 2026 dan beberapa isu berbangkit.
PAHANG, 24 - 25 Okt 2025 - Bahagian Gubalan, AGC telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Bahagian Gubalan Tahun 2025 bertempat di Resorts World Awana, Genting Highlands, Pahang. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 82 orang peserta yang terdiri daripada semua warga Bahagian Gubalan.
Kuala Lumpur, 30 September 2025 – Bahagian Pengurusan (BPEN), Jabatan Peguam Negara (AGC) telah berjaya menganjurkan Bengkel MyPerformance dan Sesi Hands On bagi Pegawai Fokal Jabatan Peguam Negara Tahun 2025 pada 28 hingga 30 September 2025 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
PULAU PINANG, 23 hingga 25 April 2025 | Bengkel Perundingan Khas Penggubalan (Perkara berhubung dengan Unit Perundingan Khas Penggubalan (UPKP)), anjuran Bahagian Gubalan telah diadakan di DoubleTree Resort by Hilton, Pulau Pinang.
#jabatanpeguamnegara#TaatSetia#MalaysiaMADANI
9 Mei 2025 I Majlis Bacaan Surah Yaasin, Santunan Duyufurrahman dan Tazkirah Bulanan anjuran bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU) serta Jawatankuasa Surau Ali bin Abu Talib telah berlangsung dengan jayanya hari ini.
#TaatSetia#MalaysiaMadani
PUTRAJAYA, 5 November 2024 | Video Majlis Peluncuran Buku Penggubalan Undang-Undang: Panduan Praktikal Langkah Demi Langkah di Hotel Double Tree, Putrajaya.
#jabatanpeguamnegara#malaysiamadani
PUTRAJAYA, 5 November 2024, Bahagian Gubalan telah menganjurkan Majlis Peluncuran Buku Penggubalan Undang-Undang: Panduan Praktikal Langkah Demi Langkah di Hotel Double Tree, Putrajaya.
#jabatanpeguamnegara#malaysiamadani
Bacaan kali kedua RUU Keselamatan Siber 2024 di Dewan Negara hari ini. RUU ini telah diluluskan di Dewan Rakyat dengan suara majoriti pada minggu yang lalu.
RUU Keselamatan Siber 2024 ini akan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan dengan adanya langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber.
---
Tabled the second reading of the Cyber Security Bill 2024 in the Senate today. The Bill was successfully passed in the House of Representatives last week through a majority voice vote.
This Bill will enhance our nation’s cybersecurity though compliance with specific measures, standards and processes in managing cybersecurity threats.
#MalaysiaMADANI #MalaysiaDigital #KerajaanDigital ##RUUKeselamatanSiber2024
27 Mac 2024 | Bacaan Kali Kedua dan Ketiga RUU Keselamatan Siber di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber telah diluluskan di Dewan Rakyat, pegawai Jabatan Peguam Negara telah terlibat sepanjang penggubalan RUU tersebut.
#jabatanpeguamnegara#malaysiamadani
Tahniah kepada pasukan dari NACSA dan juga @AGCPutrajaya diatas komitmen yang tinggi dalam menjayakan proses pengubalan selaras dengan harapan Perdana Menteri @anwaribrahim yang mahu ianya disegerakan.
#MalaysiaMadani
Semalam sejarah tercipta apabila Rang Undang Undang Keselamatan Siber 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Turut hadir Menteri yang bertanggungjawab dalam keselamatan siber iaitu Perdana Menteri Malaysia @anwaribrahim memberi sokongan terhadap pasukan RUU ini.