๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, ๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, ๐ฅ๐๐ญ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ก ๐ญ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Sebagai sebuah parti politik, BERSAMA masih terlalu baru. Minggu depan, genap 3 bulan BERSAMA dilancarkan semula.
Saya dan Nik berpeluang membentuk budaya baru dalam BERSAMA, supaya ia lebih dekat dengan masyarakat dan tidak berlegar dengan persoalan kuasa dan tokoh individu semata-mata.
Satu cita-cita kami ialah membentuk satu parti politik yang berteraskan khidmat kepada orang biasa.
Kita mementingkan integriti supaya amanah rakyat dijaga betul-betul. Manfaatnya adalah orang biasa kerana setiap sen wang rakyat kembali kepada mereka.
Kita mementingkan penyelesaian masalah dengan mengupas idea-idea dasar yang baru dan sesuai dengan keadaan semasa. Manfaatnya adalah orang biasa kerana kerajaan sentiasa tangkas menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial rakyat.
Kita mementingkan budaya politik yang menawarkan khidmat kepada orang ramai secara sukarela. Manfaatnya adalah orang biasa kerana ahli BERSAMA sentiasa prihatin dan dekat dengan orang ramai, bukan sibuk berpolitik untuk menang pilihan raya semata-mata.
Oleh itu, BERSAMA telah membangunkan pakej program-program akar umbi yang bertujuan untuk mendekatkan ahli BERSAMA dengan masyarakat melalui khidmat-khidmat sukarela.
Ada beberapa ciri-ciri khusus yang kami tekankan dalam program-program ini, iaitu:
1) Ia mestilah secara sukarela dan bergotong royong, untuk mewujudkan suasana muhibbah setempat. Semua ada - tua, muda, rakyat pelbagai keturunan.
2) Mesti membantu orang setempat, ada khidmat khusus yang diberikan kepada orang setempat. Sukarelawan dan ahli BERSAMA membelanjakan wang sendiri, korbankan masa sendiri.
3) Tidak ada hirarki, pangkat atau kedudukan. Semua orang kena gotong royong sendiri.
Kami akan mulakan dua program seperti ini bermula di Melaka, kemudian menular ke seluruh negara dengan digerakkan oleh ahli-ahli BERSAMA.
Satu Kenduri BERSAMA akan dianjurkan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2026 di halaman rumah Cikgu Fatimah, di alamat 124, Jalan Kg. Musai, 75150, Bukit Piatu, Melaka.
Kenduri ini akan bermula jam 9 pagi. Kita semua akan bergotong royong menyediakan makanan untuk orang yang datang.
Insya-Allah, saya ditugaskan memotong bawang dan membasuh pinggan.
Selain dari kenduri, akan ada khidmat-khidmat yang lain, seperti kaunter kesihatan, kaunter undang-undang (ada peguam yang akan bagi nasihat), kaunter kerjaya (untuk ibu bapa dan adik-adik yang nak dapat nasihat kerjaya atau pilihan lepasan sekolah), kaunter eSports (untuk adik-adik yang nak main game), kaunter robotik (untuk adik-adik yang nak belajar buat robot) dan macam-macam lagi.
Kita juga akan memulakan siri Sukan BERSAMA, untuk menggalakkan orang ramai terutamanya yang muda-muda bersukan. Ia cara baik untuk mewujudkan muhibbah sesama kita.
Satu pertandingan Futsal BERSAMA akan diadakan di Melaka, pada 15 Ogos ini di Kompleks Sukan Batu Berendam.
Pertandingan terbuka kepada 48 pasukan dengan hadiah tunai RM3,000 dan pingat.
Insya-Allah, saya jadi referee futsal kalau dipaksa.
Oleh itu, saya jemput semua orang di kawasan sekitar untuk menyertai Kenduri BERSAMA dan Futsal BERSAMA hari Sabtu ini, 15 Ogos.
Kepada yang ingin hadir ke Kenduri BERSAMA, boleh daftar di laman https://t.co/6vXmDO7QDX klik Acara, atau di https://t.co/SCfGvvz5BS
Kepada yang ingin menghantar pasukan menyertai Futsal BERSAMA, urusan pendaftaran dan bayaran masuk pertandingan boleh dibuat di https://t.co/dWo4vJZFO6
Kepada ahli BERSAMA yang ingin membantu bergotong royong menyediakan juadah dan bersama-sama potong bawang dengan saya, boleh semak aplikasi Kancil atau Komuniti Kancil di https://t.co/6vXmDO7QDX, daftar di sana.
Jumpa saya, Nik dan kancil-kancil yang lain Sabtu, 15 Ogos ini di Kenduri BERSAMA dan Futsal BERSAMA.
Sebarkan kepada semua.
BERSAMA bukan parti politik semata-mata. Ini adalah gerakan rakyat yang membawa pendekatan kebajikan, pendidikan, sosial, kesukanan, kerjaya, dan lain-lain. Semuanya untuk menyatukan rakyat Malaysia. Jumpa di Melaka 15 Ogos ini dan raikan kemasyarakatan kita. Bersama kita merapatkan rakyat Malaysia.
Selalu sebut bangsa lain mengancam MELAYUโฆ ujung2 yg punca bangsa sendiri.
Laporan RCI Tabung Haji 2014-2020 siap 30 Ogos 2022 tapi diklasifikasikan di bawah OSA hampir 4 tahun, baru dinyahklasifikasi dan didedah pada 29 Jul 2026.
Walaupun sudah tewas teruk di PRN Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan dijangkakan akan tewas di Melaka, Sarawak dan PRU16, para walanon termasuk #Ceplos@anwaribrahim dan PKR (@KEADILAN) seperti @wfauzdin
serta yang seangkatan dengannya masih tak sedar diri.
Tak tahukah mereka, formula kerjasama BN-PN mampu memperoleh majoriti mudah di peringkat persekutuan (tanpa PH/PKR) berdasarkan jumlah kerusi dimenangi kedua-dua gabungan itu pada pilihan raya umum lalu?
Mereka pilih untuk terus memperlekeh dan memburuk-burukkan pimpinan serta @partibersamamy, malah masih menggunakan gelaran "cetong" terhadap pimpinan #Bersama sedangkan lawan sebenar parti mereka adalah BNPN?
Ni aku bagi quote padu. Bagi Ceplos yang tak faham Inggeris, boleh Google translate.
"When a bird is alive, it eats ants. When the bird dies, ants eat the bird. One tree can make a million matches, but it only takes one match to burn down a forest. So, never look down on anyone, and the tables will always turn. The one you look down on today (#Bersama), might just be your savior tomorrow."
SECEBIS VIDEO PENGHARGAAN KEPADA PENGUNDI PARTI BERSAMA
Ini adalah secebis video penghargaan kepada pengundi, calon-calon, sukarelawan, ahli parti dan semua yang menyokong Parti BERSAMA, sama ada secara nyata atau hanya di dalam doa.
Dah ramai yang share video moment, so aku compile je semua gambar moment2 manis semasa di Johor. Maaf kalau ada yang tertinggal.
Terima Kasih semua. Semoga kita genggam erat angka keramat ini.
28,816.
Mohon share, supaya mesej ni sampai kepada semua para pengundi Parti BERSAMA.
@partibersamamy@rafiziramli@niknazmi
@rahim8k โ ๏ธ Lagu best
โ ๏ธ Lirik best
โ ๏ธ Melodi best
โ ๏ธChorus best
โ ๏ธVokal sesuai untuk siapa saja untuk nyanyi lagu ni.
TERBAIK!
AI - Takpa. For Reference. Nanti kita belasah nyanyi ramai2 ๐
Kempen BERSAMA untuk PRN Johor kini melabuhkan tirainya.
Dalam tempoh 14 hari ini, kami telah lakukan apa yang termampu. BERSAMA baru berusia 50 hari. Kami tidak mempunyai jentera yang besar atau dana yang besar. Yang kami ada hanyalah keyakinan bahawa politik masih boleh digerakkan oleh rakyat biasa.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan BERSAMA. Mahasiswa, anak muda, golongan profesional dan ramai lagi yang mengorbankan masa, tenaga malah wang sendiri supaya kempen ini dapat berjalan lancar sejak hari pertama.
Terima kasih juga kepada 15 calon BERSAMA yang sanggup mengambil risiko bersama sebuah parti yang masih baharu. Mereka memilih untuk turun mendengar sendiri denyut nadi rakyat, ada yang pengalaman pertama kali untuk mereka.
Sepanjang kempen ini, saya belajar satu perkara. Rakyat tidak mengharapkan ahli politik yang sempurna. Mereka hanya mahukan wakil yang jujur, bekerja bersungguh-sungguh dan tidak melupakan mereka selepas pilihan raya.
Kini, kempen kami hampir selesai. Selebihnya kami serahkan kepada kebijaksanaan rakyat Johor untuk menentukan.
#๐ช๐ฒ๐๐๐ป๐ฑ ๐๐๐ฅ๐ฆ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ
Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket majlis mengumpul dana BERSAMA yang kita jenamakan sebagai #WeFund
Sejak diumumkan 5 hari lalu, berikut ialah prestasi jualan tiket:
Sejumlah 296 tiket dari 998 tiket telah dijual, iaitu sekitar 30%.
Jumlah tiket terjual sekarang ialah RM79,700 iaitu purata RM269 setiap tiket.
Maknanya tiket-tiket yang lebih mahal iaitu pada harga RM500, RM1,000 dan RM2,000 juga turut dibeli, selain tiket biasa pada harga RM150.
Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai kempen BERSAMA di PRN Johor.
Belanja utama ialah sewaan trak kempen dan bahan kempen seperti bendera, poster, bendera kecil dan lain-lain.
Kami sudah ambil trak dan akan muncul buat kali pertama minggu depan di Johor.
Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang.
Kepada mereka yang belum beli tiket, ada seminggu setengah lagi sebelum hari Sabtu, 27 Jun.
Kalau berniat untuk beli, boleh beli tiket di https://t.co/6vXmDO7QDX , klik Acara dan pilih acara #WeFund - tiket-tiket boleh dibeli secara online di situ. Pilih harga tiket, berapa tiket dan nombor meja yang dikehendaki.
Jika sudah beli atau mahu membantu tetapi tidak ada kelapangan untuk hadir, saya mohon sebarkan content ini kepada seberapa ramai.
Forward kandungan ini ke Whatsapp kawan-kawan, boleh share di media sosial masing-masing.
Ini satu perkara yang ahli politik dan parti lain tidak mahu buat, iaitu bergantung kepada sumbangan rakyat untuk membina dan membiayai kempen, kerana mereka tidak mahu menjawab kepada rakyat bila sudah menang.
Kalau kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat, bantu kami di BERSAMA suburkan budaya bergantung kepada sumbangan rakyat seperti ini.
Jumpa kami di #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun jam 8 malam.
Tiket masih ada, beli di https://t.co/6vXmDO7QDX
๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐๐จ๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐?
๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ก๐๐ฅ
Sejak BERSAMA dilancarkan, antara serangan utama ialah fitnah-fitnah mengenai sumber dana BERSAMA.
Ada serangan tersusun kononnya saya membeli BERSAMA pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim.
Bila kami terus bergerak dan ada program, serangan itu juga diteruskan untuk memberi gambaran BERSAMA dibiayai seseorang.
Memang ada seorang yang menjadi funder terbesar BERSAMA. Orang itu adalah saya.
Setakat ini, perbelanjaan terbesar BERSAMA ialah pada hari pelancaran 17 Mei, yang menelan belanja RM30,000. Yang itu saya bayar.
Kemudian, bayaran deposit untuk ibu pejabat BERSAMA di Puchong, sekitar RM50,000. Yang itu pun saya bayar.
Perbelanjaan lain kami berhutang dahulu dan bayar ansuran, sementara kami mendapat yuran dari ahli dan sumbangan.
Selain dari saya, setakat hari ini ada sekitar 27,000 orang rakyat Malaysia yang menjadi funder BERSAMA.
Mereka terdiri dari ahli-ahli BERSAMA yang membayar RM20 yuran keahlian seumur hidup, 1,102 orang yang membeli merchandise BERSAMA sehingga kehabisan stok dan 2,003 orang yang menyumbang crowdfunding kepada BERSAMA.
Jumlah keseluruhan dari yuran, merchandise dan crowdfunding adalah sekitar RM750,000.
Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain.
Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos BERSAMA.
Kami gunakan duit RM750,000 ini untuk pusing modal terlebih dahulu. Terima kasih kepada pembekal yang bagi kami ambil dahulu dan bayar ansuran bila merchandise dah jual. Belanja lain macam ubah suai pejabat, infrastruktur digital, kad keahlian, bahan kempen, semua dibayar secara ansuran.
Funder BERSAMA adalah anda semua.
Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu BERSAMA jadi hamba kepada penyumbang dana.
Sebab itu kami kena terus raise fund dari orang ramai.
Majlis mengutip dana yang pertama akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:
Sabtu, 27 Jun 2026
Masa:
Bermula jam 8 malam
Tempat:
SJKC Wangsa Maju
10, Jalan Usahawan 2, Taman Danau Kota, 53200 Kuala Lumpur.
Harga tiket-tiket:
Platinum - RM2,000 seorang atau RM18,000 semeja
Gold - RM1,000 seorang atau RM10,000 semeja
Silver - RM500 seorang atau RM5,000 semeja
Standard - RM150 seorang atau RM1,500 semeja
Pada majlis itu juga, BERSAMA akan melancarkan kempen dana untuk membiayai program khusus, iaitu:
1) Sewaan 2 trak kempen BERSAMA untuk PRN Johor, Negeri Sembilan dan kempen berterusan BERSAMA sehingga PRU16
2) Kos ubah suai ibu pejabat BERSAMA
3) Kos bahan kempen seperti bendera dan poster
Tiket-tiket untuk majlis dana BERSAMA pada 27 Jun 2026 ini boleh mula dibeli di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik Acara dan pilih dari senarai fundraising dinner yang ada.
Anda boleh pilih tiket, pilih tempat duduk dan meja sesuai. Semua jualan dibuat atas talian dan tiket dikeluarkan secara elektronik.
Kebebasan ahli dan parti politik membawa suara rakyat ditentukan oleh punca dana parti.
Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu.
Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat.
Sebarkan kepada rakan-rakan, mari BERSAMA menyumbang. Jumpa saya dan Nik Nazmi di SJKC Wangsa Maju pada 27 Jun ini, beli tiket sekarang.