Hari ini kita menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan wira-wira yang bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah berperanan besar dalam mengurangkan kerugian yang ditanggung negara.
Kepantasan serta kecekapan anggota bomba dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab berjaya meminimumkan kerosakan, sekali gus menyokong kelangsungan pembangunan dan kesejahteraan negara.
Moga seluruh anggota bomba dan penyelamat sentiasa dilindungi, dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam memikul amanah, serta terus diberi kecekalan dalam berbakti tanpa jemu.
Selamat Hari Bomba!
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
I asked, she said yes 💍
Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.
Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.
Allah SWT sebaik-baik perancang.
P/s Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat 😬
#BellaSyedYes
Pulang ke Cherok Tok Kun bagi menziarahi keluarga sambil menjejak kembali teratak yang menyimpan seribu satu kenangan. Di sinilah segalanya bermula, tawa kecil, didikan penuh kasih, dan susah senang yang membentuk keperibadian ini.
Tatkala Aidilfitri menjelma, teratak ini tetap hidup dengan kenangan, namun dalam diam terasa ruang yang sedikit berbeza. Masih ada yang menghidupkan suasana, masih ada tawa yang menyapa, tetapi tidak lagi sepenuhnya seperti dahulu. Ada wajah-wajah yang kini hanya hadir dalam ingatan namun dekat di hati, menjadikan setiap detik terasa lebih bererti.
Aidilfitri mengajar kita tentang erti pulang bukan sekadar ke tempat, tetapi kepada kenangan, kepada kasih sayang yang tidak pernah hilang. Semoga segala yang telah pergi terus damai di sisi-Nya, dan yang masih ada terus menghargai setiap detik bersama.
serius aku tak tipu. byk benda nak kena commit. adik aku tak sekolah skrg. aku anak sulung aku bleh dikatakan tunjang keluarga. aku pon bkn sengaja diam. aku nak kawal emosi. aku nak chill je dgn semua benda.
Tahniah juga buat legenda berbasikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang, atas kejayaan menjuarai acara keirin pada saingan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia.
Saya mendoakan semoga The Pocket Rocketman terus cemerlang dan membawa lebih banyak kejayaan buat negara pada kejohanan akan datang.
🇲🇾🚴♂️
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#SemangatMADANI
#TeamMalaysia
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
YM TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL AZIZ DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KANAN POLITIK KEPADA PERDANA MENTERI
Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri bersetuju melantik YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 4 Mac 2026 (Rabu).
Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.
YAB Perdana Menteri menzahirkan harapan agar YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.
PEJABAT PERDANA MENTERI
4 Mac 2026
Melalak “tiada tindakan” tidak menjadikannya benar. Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi di ruangan komen.
Selamat berbuka semua!