Rafizi buat parti baru ni pada timing yang tepat.
Target market dia simple betul
Orang yang tak suka DAP, tapi nak PKR
Orang yang tak suka UMNO tapi tak suka PKR jugak
Orang yang tak suka UMNO tapi suka PKR
FELDA and FGV Holdings have introduced B100, a biodiesel made entirely from palm oil, as a potential alternative energy source to reduce fuel costs amid rising prices.
The agency said B100 is among the worldβs first biodiesel fuels produced without any fossil fuel blending.
π§΅1
Haritu ada borak dgn kilang vendor proton.
Sejak geely masuk, geely sepatutnya dah beli part-part drpd local. Tapi geely tak buat pun, dan masih sourcing barang dari China sendiri, kalau benda simple tu pun geely proton tak buat apatah lagi tech transfer.
Aku punya palatao.
Dengan syarat mengarut tu, MITI macam bagi signal kat player EV China secara tidak langsung. Buat macam Geely kalau nak masuk Malaysia. Partnership.
Force tech transfer, train local engineers, protect 700,000 pekerja tempatan (dan family mereka), and build local EV supply chain.
Sebab 'flood gate' untuk EV ni kalau dah buka susah nak kawal. Mereka tak macam Japanese, Korean car maker yang tradisional tu.
Bila cerita industri yang ada hampir setuja pekerja ni, teringat beratus ribu penduduk Indonesia hilang kerja, bila industri tekstil mereka bungkus sebab tekstil China masuk sana. Vendor-supply chain semua habis.
Dapat tekstil murah, tapi 'harga' yang perlu dibayar jauh lagi besar. Ripple effect sampai berjuta orang jadi miskin dan hilang kerja. Bila kawasan industry/kilang mati, sekeliling kawasan tu mati.
China mampu buat begitu dan tak kisah sebab populasi mereka besar, kewangan kukuh, resources banyak. Bagi negera kecil macam kita, banyak benda kena fikirkan.
Dibuatnya, lepas 2 tahun teknologi kilang mereka guna 98% robot. Mereka yang untung besar. Beroperasi kat negara murah, pelepasan cukai, tak perlu hire pekerja tempatan dsb.
Lagipun, kan kita dah terlalu banyak kereta. Setiap tahun bertambah 800,000 unit ke jalan raya. Even dengan CKD EV. Ini juga boleh jadi alasan nak push perkasakan lagi public transport.
Sudah tentu ada pros and cons mana-mana keputusan sekalipun. Kena zoom out sikit nak nampak bigger pictures.
Itulah.
Kerajaan dijangka mengurangkan kuota subsidi RON95 petrol di bawah BUDI95 daripada 300 kepada 200 liter sebulan mulai April.
Langkah ini susulan lonjakan harga minyak global, dengan harga tanpa subsidi mencecah RM3.87 seliter bagi mengawal beban fiskal yang diunjur meningkat.
James Chai menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam sebarang salah guna kuasa atau penyelewengan berkaitan kerjasama kerajaan Malaysia dengan Arm Limited. Menurut beliau, peranannya ketika di Kementerian Ekonomi hanyalah sebagai pegawai khas dasar yang membantu menyediakan kertas cadangan dan berhubung dengan pelbagai pihak sebelum keputusan dibuat oleh kabinet dan kerajaan.
Selepas beliau dan pasukan Rafizi Ramli meletakkan jawatan, beliau membantu Arm Limited selama kira-kira dua bulan bagi memastikan proses peralihan projek berjalan lancar kerana syarikat itu masih belum mempunyai rangkaian operasi di Asia Tenggara. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah mempengaruhi keputusan kerajaan atau memperoleh sebarang manfaat daripada projek tersebut.
Dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan tindakan SPRM yang mengeluarkan notis pencarian awam dan sidang media, yang menurutnya memberi gambaran seolah-olah beliau melarikan diri daripada siasatan.
Kesimpulannya, kenyataan ini cuba membawa naratif bahawa beliau hanyalah pegawai yang menjalankan tugas profesional, namun kini digambarkan sebagai suspek utama. Pada masa yang sama, beliau memberi bayangan bahawa tindakan pihak berkuasa dan kempen di media sosial mungkin sedang membentuk persepsi awam bahawa beliau adalah βJho Low 2.0β, walaupun beliau menafikan sebarang salah laku.