PKP 4 ni dah macam main-main. Industri boleh beroperasi, keluar boleh berdua. Jalanraya penuh kot kereta. Aku harap yang baik-baik sajalah, cuma rasa rugi berkurung puluh hari sebelum ni
Big in Asia on @NikkeiAsia | Twenty-four years after his dramatic fall from power, Anwar Ibrahim @anwaribrahim is now four years into his premiership and focused on a different challenge: keeping Malaysia politically stable while positioning it for the AI era.
In an exclusive interview with Nikkei Asia, the 78-year-old reflects on reform, economic transformation, geopolitics, and how he hopes history will remember him.
Read more: https://t.co/85gwSAk7T2
Saya menyambut baik objektif perhimpunan ini yang juga selaras dengan pendirian konsisten kerajaan negeri dalam mempertahankan agama Islam, kepentingan Melayu dan kedaulatan institusi diraja di negeri Selangor.
Semoga himpunan yang dirancang diadakan secara aman, tertib dan tidak menganggu ketenteraman awam.
Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor dan memohon pihak polis memudahcara himpunan ini agar berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal.
Saya turut dimaklumkan oleh setiausaha politik Menteri Besar Selangor @SaifuddinShafi, pihak Pejabat Menteri Besar akan menyediakan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir.
Best juga la dapat masuk final lepas 20 tahun. Rasa macam bola. Ni kang tiap tiap tahun masuk final lepas tu juara tiap tiap tahun lepas tu entah mende mende tayang kereta sports. Macam bangang
Tahniah buat Dato' @AzizulAWANG atas kejayaan gemilang merangkul emas acara keirin di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di bumi Malaysia.
Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini!
#MalaysiaMADANI#MADANIbekerja#YakinMADANI
Mengiringi keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke majlis penyerahan komponen aeroangkasa oleh UMW Aerospace kepada Rolls-Royce PLC di Serendah, hari ini.
Pencapaian ini membuktikan keupayaan anak tempatan menghasilkan komponen kritikal bertaraf global, sekali gus mengangkat nama Selangor dan Malaysia dalam rantaian nilai industri aeroangkasa dunia. Ia juga mencerminkan hasil pelaburan berterusan dalam teknologi, bakat tempatan serta ekosistem industri berimpak tinggi.
Kerajaan Negeri komited untuk terus menyokong pembangunan sektor pembuatan maju seperti ini, selaras dengan aspirasi menjadikan Selangor sebagai hab industri bernilai tinggi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat.
Menjunjung kasih Tuanku atas kesudian mencemar duli menyaksikan pencapaian ini.
#KitaSelangor
Pagi ini saya bertemu dengan wakil dari China National Nuclear Corporation (CNNC) dalam usaha Kerajaan Negeri meneroka sumber tenaga baharu yang bersih dan mampan.
Kerajaan Negeri Selangor kini berada dalam fasa awal penerokaan tenaga nuklear, susulan penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama Tenaga Nuklear Selangor pada tahun lalu bagi menilai aspek kebolehlaksanaan secara menyeluruh.
Selangor berhasrat mengorak langkah dengan menjalin kerjasama strategik bersama pihak dari China untuk mempelajari teknologi nuklear moden yang lebih selamat dan berdaya maju. Antara inisiatif yang digerakkan termasuk penghantaran pegawai serta bakat tempatan ke China bagi mendalami pengoperasian tenaga nuklear, sekali gus membina keupayaan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dalam bidang ini.
Usaha ini didorong oleh keperluan tenaga Selangor yang semakin meningkat. Justeru, Kerajaan Negeri komited untuk mempelbagaikan sumber tenaga demi menjamin kelestarian dan keterjaminan bekalan tenaga untuk jangka masa panjang.
#KitaSelangor
Menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Pelaksanaan Projek Ehsan Perwira antara Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Inisiatif ini merupakan langkah strategik dalam mengoptimumkan tanah rizab kerajaan melalui pendekatan pertanian pintar yang lebih produktif dan mampan. Lebih penting, ia membuka ruang kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan, sekali gus memperkukuh sosioekonomi mereka.
Melalui kerjasama ini, MINDEF akan mengenal pasti lokasi bersesuaian, manakala PKPS menyediakan latihan komprehensif dalam sistem ‘smart farming’ serta jaminan pasaran bagi hasil pertanian. Pendekatan ini bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi kitaran, malah memperkukuh agenda sekuriti makanan negara.
Saya melihat Projek Ehsan Perwira sebagai titik mula kepada sinergi lebih luas antara sektor pertahanan dan agrikultur yang memanfaatkan kepakaran, membina modal insan dan memperkasa ekosistem pertanian moden yang berdaya tahan.
Majlis turut disusuli dengan beberapa pertukaran MoU dan MoC melibatkan agensi serta industri pertahanan tempatan, termasuk pelancaran inisiatif teknologi komunikasi yang akan menyokong pembangunan sektor ini secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri menyambut baik usaha kolaboratif seperti ini yang memberi impak langsung kepada rakyat serta memperkukuh daya tahan ekonomi dalam landskap global yang mencabar.
#KitaSelangor
Prime Minister of Malaysia Anwar Ibrahim tells SNEAKO Malaysia does not recognize Israel as a state, citing ongoing atrocities and opposing colonization in all forms. 🇲🇾🇮🇱
Kerajaan menafikan laporan Bloomberg yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penangguhan pendedahan siasatan kes pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri berkata, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan lanjut terhadap laporan tersebut.
Sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat, yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, ramai yang bertanya mengapa harga minyak di Malaysia turut terkesan sedangkan kita negara pengeluar minyak.
Sebenarnya:
🚢 Selat Hormuz, laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik ini
📈 Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak
🛢️ Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz
🏭 Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport
💵 Untuk melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu
⛽️ Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel
Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Terima kasih kepada BASS kerana dapat meluangkan masa bersama menziarahi kami sekeluarga. Moga dipermudahkan semua urusan mendatang 😬
Inilah semangat Aidilfitri, ziarah menziarahi antara keluarga dan kenalan, semoga amalan ini terus diperkukuh dalam suasana yang harmoni dan saling menghormati.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin; moga Aidilfitri ini membawa rahmat, kesejahteraan, dan keberkatan untuk semua.
#KitaSelangor
#BASS #TakSabarNakRayaChallenge
Alhamdulillah, terharu betul saya bila terima pelbagai kad ucapan Aidilfitri yang penuh warna-warni hasil kreativiti anak-anak, ada yang lukis, ada yang siap berlampu memang kreatif habis!
Setiap kad yang saya terima bukan sekadar ucapan, tetapi tanda ingatan yang tulus dan penuh kasih sayang. Kecil pada rupa, namun besar maknanya buat saya.
Terima kasih yang tidak terhingga, semuanya amat saya hargai! ❤️
Salam lebaran buat semua. 🌙✨
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI