An inscription belonging to Imam Ja’far was discovered in Mecca.
“I am Ja’far bin Muhammad. I advise every believer to fear Allah, to obey Him, to be content with His decree, to be patient in the face of His trials, to be grateful for His blessings, and to rely solely on Him. This writing was penned ten days after the beginning of the month of Sha’ban in the year 110 AH.”
Aku sebenarnya agak terkejut dengan betapa naifnya bumiputera Sarawak. Kena main macam tu je dengan cina cina taikun Sarawak.
Tapi memang hebat la taikun Sarawak ni main sentimen pecah dan perintah ni. Mula dengan S4S yang asalnya bumiputera Dayak, Melayu dan Melanau bukan sokong sangat pun. Tapi lama kelamaan mereka ambil kesempatan dengan perpecahan politik Semenanjung (read: kejatuhan BN).
Strategi mereka berjaya. Kini Melayu Sarawak pun sokong apa yang kerajaan Sarawak buat. Ahli politik Sarawak dan Sabah adalah ahli politik paling korup dalam Malaysia. Kekotoran mereka tiada tandingan. Ahli politik Semenanjung sentiasa dalam radar mainstream. Tak boleh melampau sakau. Tapi di Sabah dan Sarawak mereka ni hidup bagaikan warlord dan raja. Sebab itu jurang kaya dan miskin di sana terlalu jauh. Politikus kecil anak pun kaya nak mampus. Orang lain miskin. Tapi politikus mereka pandai. Hulur seciput dan Bumiputera mereka pun begitu gembira. Bersyukur dengan “sumbangan” politikus mereka itu.
Sejak zaman Mahathir lagi, Persekutuan tak kacau mereka selagi mereka ni safe deposit kepada BN. Win-win. Apabila kerajaan BN semakin goyah sejak 2008-2018, mereka memainkan isu MA63. Kalau zaman Mahathir, memang sudah pasti mereka ditangkap bawah ISA sebab jelas seditious dan subversive. Isu mereka mainkan ini adalah satu existential threat kepada kerajaan Persekutuan. Sebab itu aku sangat setuju dengan Mahathir dalam bab ini. Memang wajar mereka ditangkap di bawah ISA.
Apabila Paklah mula mendemokrasikan Malaysia dan kemudian disambung dasar itu oleh Najib Razak, mereka membuat tuntutan secara terbuka. Najib Razak cuba beri mereka gula gula namun ini semua hanya melewatkan sahaja gerakan subversif mereka.
Apabila kerajaan BN tewas 2018, mereka terus bertindak agresif melalui PETROS. Bermulalah tindakan tindakan bermusuhan dengan PETRONAS. Mereka sengaja menyusahkan pekerja PETRONAS dari Semenanjung. Sampai nak kena ada permit bagai. Nak apply pun sampai dekat setahun pun ada.
Mereka mainkan isu orang Semenanjung ni seolah olah pencuri hasil negeri mereka. Di belakang politikus Sarawak ni adalah taikun2 cina Sarawak yang sangat kaya raya. Mereka semua ada agenda. Personal interests. Kau ingat ini untuk rakyat Sarawak ke? Tak. Ini untuk kayakan kroni kroni mereka saja.
Apa yang kerajaan Persekutuan berikan kepada Sarawak adalah hasil dari keuntungan PETRONAS yang dijana dari pelbagai sektor bisnes. Bukan jual minyak Sarawak saja. PETRONAS ni besar, bisnes merata di dunia. Malah Terengganu sekian lama menjadi producer terbesar Malaysia dan hasil dari offshore Terengganu menjadi tonggak kemajuan PETRONAS untuk sekian lama.
Malah, 60% reserves yang mereka canangkan itu, mereka fikir macam mana kita boleh buktikan 60% reserves tu? PETRONAS labur berbillion untuk buktikan reserves di Sarawak. Kena buat seismik, kena gali telaga telaga eksplorasi. Sebijik telaga bernilai RM 100-150 juta. Dari 5 bijik telaga, ada la satu yang ada “discovery”. Apa kamu ingat 60% reserves kamu tu Tuhan bagi wahyu kat PETRONAS ke bagitau kat mana dan berapa banyak reserves tu? Semua kena labur duit berbillion ringgit baru kita jumpa dan boleh cakap sekian sekian adalah “reserves”
Lepas tu kau senang senang saja nak ambil percuma?
Senang senang saja taikun taikun kau nak songlap. Nak kena ada kontrak dengan penyertaan “anak Sarawak”? Padahal TAK LAYAK dan TIADA PENGALAMAN. Nak bisnes Ali Baba. Haha.
What a joke. Lepas ni kau tengok la, berapa ramai investors akan cabut keluar Sarawak. Lepas tu kau buat la sendiri.
Orang2 yang sokong mereka ni tak faham. Kalau PETROS ni mampu buat sendiri, tak perlu la investors utk buat eksplorasi dan produksi minyak. Oil and Gas sangat “capital-intensive”. Billion billion punya game. Kau fikir tebuk telaga semua jumpa minyak ke? Haha.
Sebab itu semua negara pun mahukan investors masuk utk tingkatkan pengeluaran minyak. Utk mitigate the risks. Its a win-win for all.
Sekarang, suruh depa buat sendiri.