Sebenarnya kita tak pernah kehilangan apa apa pun dalam hidup. Kita hanya memulangkan pada Allah. Sedangkan diri kita pun bukan milik kita.
Bila sedar hakikat tu, inshaAllah hati jadi tenang. Kita takkan terlalu gembira bila diberi, tak terlalu hancur bila diambil.
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM
@anwaribrahim not the indirect! the rally was organised by pas youth & pretty much the opposition. sure you can do a rally but you can ALSO bring it to the parliament. OPTIMISE BOTH to share your concerns.
opposition pun ada yang liat nak datang bersidang payah ler 🥱
Kaedah fiqh yang mungkin membawa maksud yang hampir sama :
من استعجل الشيء قبل آ��انه عوقب بحرمانه
Terjemahan : Sesiapa yang tergesa-gesa dalam mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya, dia akan dihukum dengan terhalang dari mendapatkannya.
FAKTA RINGKAS PENCEN NEGARA.
1. Kerajaan bayar pencen+gratuiti sebanyak RM32 billion pada tahun 2024 (11% dari bajet mengurus). Terlalu tinggi.
2. 747,956 orang penerima pencen. 74% orang pencen, 26% waris.
3. Peratus bayaran pencen Ahli Parlimen + Menteri vs Total payment Pencen 2024 = 0.4% (RM85 juta).
4. 75% penerima pencen, terima pencen bawah RM3,000 sebulan.
5. Negara yang pernah hapuskan pencen sebab tak mampu tanggung - Singapore, India, Australia, Hong Kong.
6. Projection pencen negara pada 2040 = RM120 billion. Kerajaan tak mampu dah nak bayar.
7. Cadangan hapuskan pencen, bukan untuk pekerja sedia ada. Tapi pekerja baru yang bakal masuk kerja kerajaan.
8. Kalau pencen dihapuskan, automatik pencen Ahli Parlimen pun akan dihapuskan seperti dalam perbahasan dalam Parlimen.
9. Sebab Malaysia ni bakal jadi negara tua, kita kena tengok bagaimana negara-negara jiran dan lain urus golongan berusia (pencen).
10. Thailand dah mula guna Skim Pencen Sosial. Setiap warga emas dapat elaun RM80-RM100 sebulan.
11. Singapore dah gunakan skim macam KWSP sepenuhnya untuk semua penjawat awam.
12. Banyak negara dah mix sistem pencen. Gabung pencen dan caruman wajib macam KWSP.
13. Malaysia masih gunakan Sistem Pencen British yang diguna sejak tahun 1810 dulu.
Begitulah.
Balik kg recently, sedara banyak yg heran. Sbb my kids umur 6 tahun. Basuh pinggan sendiri, sapu sampah and kemas rumah, kebas bilik, speak in english.
Maaf bertanya, Benda ni bukan kebiasaan ke? Ke sbb zaman mmg bdk asyik play gadget dan tak buat benda2 ni?
Ada satu doa yang ringkas diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita:
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu al-‘Afiyah (kesejahteraan) di dunia dan di akhirat.”
Doa ini pendek. Lafaznya umum.
Namun di sebalik keringkasannya, tersembunyi satu makna yang luas.