KISAH KEDAI CHAR KOEY TEOW
Katakan kita ada kedai Char Koey Toew, yang beroperasi dalam 10-15 tahun dah, dan dah ada pelanggan tetap yang buleh kata repeat order berkali-kali dan segment pelanggan tetap ni la yang dok banyak sumbang untuk keuntungan harian.
“Kami bukan lembu”, ok, tapi bila masa kami layan saudara seperti lembu? Soal dalaman KEADILAN, itu tanggungjawab pimpinan dan anggota untuk urus, not somebody else, certainly not from the likes of you.
Justeru, dalam banyak siri tindakan dan kenyataan saudara, kebanyakan menjurus ke arah meretakkan hubungan dalam gabungan MADANI. Patutnya sebagai pengemudi pasukan anak muda, kita kena cipta dan cari ruang persefahaman, bukan melebarkan perbezaan. Tambahan pula, politik bukan gelanggang siapa paling kuat meloncat dan menjerit, tapi siapa paling berani angkat hujah dan titik temu. Sepatutnya saudara mencontohi sikap Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dalam mengurus dinamika dan rencam politik di negeri Perak.
Dalam masa yang sama, saya kira saudara masih gagal menggarap realiti ini meski kita sudah bersama lebih tiga tahun dalam Kerajaan MADANI, dan saya tak pasti apa lagi hujah yang patut diketengahkan untuk memahamkan saudara.
Nak lawan? Nah, gejala politik yang gemar mencabar ini apatah lagi sesama rakan kerjasama politik, it's nothing but a display of arrogance. Jika pendekatan membentak ini menjadi taruhan bagi melambangkan ketokohan kita ini yang kononnya pemimpin muda yang berpegang teguh pada nilai budaya dan tradisi rumpun melayu, maka teruskanlah dengan lagak samseng Kampung Dusun ala Sarip Dol.
Up your game, Akmal. Please.
Selamat Menyambut Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia.
Terima kasih atas jasa dan pengorbanan dalam memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara. Keberanian dan komitmen anda semua amat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Semoga terus cekal, berintegriti dan dilindungi dalam setiap tugas yang dilaksanakan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
Alhamdulillah sebaik tiba dari Türkiye usai lawatan rasmi bersama YAB Perdana Menteri, saya kemudiannya ke Indera Mahkota bagi meluangkan masa bertemu 800 penerima Program Jom Ke Sekolah Parlimen Indera Mahkota 2026 di Dewan Atabara, Kuantan.
Dalam pertemuan ini, saya menyentuh komitmen Kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim yang memperuntukkan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP), meliputi murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 6.
Inisiatif ini adalah sokongan langsung kepada ibu bapa dalam mengurus keperluan pendidikan anak-anak.
Sebagai sahutan kepada usaha tersebut, kami bersama rakan strategik iaitu Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Taqwa-MAIWP dan Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki menyalurkan 800 set kelengkapan sekolah bernilai keseluruhan RM160,000 kepada keluarga yang memerlukan.
Penghargaan juga buat ibu bapa yang menunjukkan komitmen menyediakan kelengkapan anak-anak ke sekolah. Malah mereka hadir seawal pagi dan memeriahkan majlis yang diadakan pada hari ini. Terima kasih semua!
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
Mewakili YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tambun bagi menyempurnakan program Kembali Ke Sekolah Tahun 2026 di bawah Inisiatif Sejahtera Madani, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Negeri Perak (ICU Perak)
Keprihatinan khusus melaksanakan usaha meringankan beban ibu bapa/penjaga terus giat dilaksanakan menjelang sesi pembukaan persekolahan tahun 2026.
Saya turut akan menghadiri beberapa program lain yang telah dirancang di sekitar Parlimen Tambun hari ini. Semoga usaha ini dapat memberi kesan positif buat masyarakat.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
Sekolah Menengah Agama Ad-Diniah Al-Islamiah, Padang Rengas menjadi pusat pendidikan Islam terpenting di rantau asia tenggara. Al-Allamah Syeikh Junid Thalha al-Mandaili antara seorang tokoh besar dari Indonesia yang menjadi pengasas madrasah nadi kebangkitan ilmu ini.
Semalam saya berkesempatan hadir ke Masjid Graduasi SPM, STAM dan Apresiasi HEM & Ko-Kurikulum SMADI Tahun 2025. Dalam ucapan, saya singkap perjuangan Ibn Khaldun yang memastikan roh pendidikan itu bukan sekadar melahirkam ilmuwan tetapi insan yang bernilai, beradab dan manusiawi.
Meski Ibn Khaldun dikenali daripada kalangan ‘Golongan Muda’ namun pendekatan yang lembut dan penuh hikmah membawa semangat islah dan penyatuan itu wajar dijadikan sandaran.
Kesempatan turun ke Padang Rengas, saya turut mengadakan Ziarah Kasih MADANI ke beberapa keluarga memerlukan selain turut menyempurnakan penyerahan sumbangan aset kepada Klinik Kesihatan Sauk.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
Petang ini PMX akan bentang #Belanjawan2026 🇲🇾
AMK Kedah menaruh harapan agar belanjawan kali ini terus memperkasa ekonomi rakyat & membuka ruang lebih luas buat anak muda menyumbang kepada pembangunan negara.
#MalaysiaMadani#PMX#AMKKedah
🚨 POLITIK KOTOR WAJIB DIHENTIKAN 🚨
AMK Kedah mengecam ugutan video lucah & tuntutan USD100,000 terhadap YB Rafizi Ramli, YB Wong Chen & YB Dr Taufiq Johari.
Ini politik lapuk, jijik & tidak bermoral. Kami desak PDRM & MCMC siasat segera & heret pelaku ke muka pengadilan.
Dalam surat tu apa @kamilmunim tulis?
Adakah dia bagi apa² kelulusan?
Atau dia forward je surat tu kepada pihak berkenaan.
Dia tulis "*For your kind consideration*" maknanya dia forward je surat tu kepada pihak berkenaan..
Saya telah menerima kunjungan dari Persekutuan Rusia yang terdiri daripada Senator Dewan Perwakilan Tertinggi, tokoh legislatif muda serta wakil kanan program antarabangsa belia Rusia. Mereka turut hadir dalam rangka kebersamaan di sambutan Hari Belia Negara esok.
Pertemuan ini antaranya membuka ruang strategik untuk meneroka potensi kerjasama antara anak muda Malaysia dan Rusia, dengan program sulung yang bakal berlangsung di Malaysia sekitar bulan September ini. Cetusan idea serta inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala melibatkan peringkat akar umbi, tetapi juga memungkinkan horizon baharu dalam lapangan belia rentas sempadan.
Kami turut membincangkan usaha memperluas pengajaran Bahasa Rusia di kalangan belia Malaysia, sebagai memaknai apa yang pernah diungkap Perdana Menteri agar masyarakat lebih terbuka dan punyai keinginan untuk menguasai bahasa asing dalam dunia yang serba rencam dan mencabar. Usaha untuk merapatkan kerjasama di bidang teknologi, elektrik dan elektronik (E&E), keterjaminan makanan serta pendidikan.
Malaysia kekal dengan dasar luar yang “fiercely independent”, bebas menentukan pendirian serta hala tuju yang selari dengan kepentingan nasional tanpa tunduk pada mana-mana tekanan dari kuasa luar. Namun, tetap menjunjung serta meraikan semangat persahabatan dan kerjasama dengan semua negara sahabat, termasuk Rusia, demi kemakmuran rantau ini serta kesejahteraan generasi akan datang.
#MalaysiaMADANI
Insiden tindakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengasari peniaga belon dalam satu video yang tular yang berlaku di Jalan TAR malam tadi adalah perbuatan keji yang tidak boleh diterima. Apa sahaja alasan dari pihak Bandaraya tidak boleh sama sekali menghalalkan tindakan keji dan biadab seperti itu.
Apa erti berpuasa dan beramal di bulan Ramadan sekiranya ia gagal memanusiakan kita serta tidak mempaculkan sikap ihsan dan belas pada yang tidak berkemampuan. Ramadan mesti memperteguh sikap kemanusiaan dan meningkat tahap keperibadian. Sementara menunggu laporan penuh pihak berkuasa, saya mengecam tegas tindakan tersebut dan menggesa siasatan tegas segera dijalankan terhadap mereka yang terlibat.
Mayat bayi perempuan bertali pusat ditemui di kawasan surau
#BHkes Siasatan awal mendapati bayi terbabit berpakaian putih dengan perkataan 'Pureen' dan dibalut selimut
https://t.co/LogqXNiDa4
Seorang YB, PhD holder, dan lebih parah, fake poster ini dishare oleh orang bergelar Ustaz yang sampaikan ilmu agama. Dalam Islam ada konsep tabayyun, nak sampai ajaran atau info kena ada sanat, perawi dan sebagainya. Yang ini pakai bedal ja.
Penyakit hati kpd PMX @anwaribrahim