Asal Layan...Lepas Tu Buat Friendzone...Wanita Dikapak Lelaki Obses...
Oleh Mynewshub
PEKANBARU – Satu kejadian mengejutkan dilaporkan berlaku di Fakulti Syariah dan Ilmu Hukum, UIN Suska Riau, pagi ini apabila seorang mahasiswi dikapak oleh seorang lelaki yang dipercayai obses dengan dirinya.
Maklumat awal yang tular di media sosial mendakwa lelaki terbabit bertindak demikian kerana obses terhadap mangsa, walaupun mereka bukan pasangan kekasih dan tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa.
Menurut penjelasan yang dikongsikan, mangsa memaklumkan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar kenalan biasa sejak menyertai program Kuliah Kerja Nyata (KKN) di lokasi yang berdekatan.
Mangsa juga menegaskan lelaki terbabit sedar bahawa dirinya sudah mempunyai teman lelaki.
Namun begitu, sikap baik mangsa yang sekadar mahu berkawan didakwa disalah tafsir, sehingga lelaki tersebut menaruh harapan berlebihan.
“Mangsa sudah menjelaskan dengan baik bahawa dia hanya mahu berkawan, tetapi lelaki itu tetap membawa perasaan,” menurut sumber.
Difahamkan, mangsa kemudian mengambil keputusan untuk menjauhkan diri kerana berasa tidak selesa dan terganggu dengan sikap lelaki berkenaan.
Tindakan itu dipercayai mencetuskan kemarahan pihak lelaki, yang akhirnya membawa kepada insiden pagi tersebut.
Seorang individu yang mendakwa mengenali kedua-dua pihak turut berkongsi kronologi kejadian di ruangan komen media sosial.
Menurutnya, lelaki terbabit pernah meluahkan rasa sakit hati kerana merasakan dirinya di-ghosting oleh mangsa.
Bagaimanapun, saksi berkenaan menegaskan mangsa tidak pernah memberi sebarang janji atau harapan, malah sudah menjelaskan status sebenar dirinya.
Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, khususnya berkaitan isu sempadan pergaulan, salah tafsir kebaikan, serta keselamatan wanita di kampus.
Ramai mengingatkan bahawa kebaikan tidak bermaksud persetujuan, dan penolakan perlu dihormati, tanpa mengira alasan atau perasaan peribadi.
Menunggu Kenyataan Rasmi
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak universiti atau pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi berlebihan dan menunggu maklumat sah daripada sumber berautoriti.
Mynewshub akan terus memantau perkembangan kes ini dan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.-MYNEWSHUB
Apa yang bro ni dedahkan 100 peratus tepat .....kalau tak ambik waterwax ...muka diaorang cam 🐷 .... lepas tu basuh nak tak aje....... sampai dah mula malas hantar untuk basuh kat luar.....cuma masalahnya tempat cuci kereta hampir sepenuhnya diaorang control sekarang.....kena la hadap diaorang punya kerek ni kekadang
#mynewshub
Betul apa yang perempuan tu cakap.
Jangan alihkan mangsa kemalangan ....keadaan mangsa boleh jadi lebih teruk kalau main alih sahaja.....
Biar yang mahir dan pakar buat kerja mereka....
Dua orang dalam video ni pun niat diaorang mungkin baik.... tapi apa yang ditegur wanita itu lebih tepat....tunggu ambulan sampai....- MYNEWSHUB
@Solisidtor kat mane yg x okay betol laa...dalam doa kita selalu YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA GURU GURU KU YA ALLAH .... so takkan laa salah kan... kita mendoakan supaya diampunkan dosa sekian
Bagaimana Amerika serikat gagal dalam misi serangan ini?
Apakah benar tiga fasilitas nuklir Iran dihancurkan?
Dan di mana sebenarnya uranium yang diperkaya Iran disembunyikan?
Simak penjelasannya...🧵👇
@MALAYSIAVIRALLL bodo2 la kau ni benda mcm ni pon jadi isu nanti kalau panggil puan haa up tweet 'x de adab langsung panggil puan tua sangat ke aq' terpaling laa kau ni kabutt
ISLAM TERANCAM?
Tak betul. Sedikit pun tidak.
Hari ini kita digemparkan dengan keputusan Kes Nik Elin & Tengku Yasmin melawan Kerajaan Negeri Kelantan.
Kenapa dia nak lawan? Apa yang dia lawan? Bila dia mula lawan?
Tak payah pening. Jom baca kemudian kongsi 🧵