My first collab dengan @sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.
Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia.
Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana 🙏🏽🍉
Situasi di Rafah di Gaza semakin teruk kerana lebih 1.4 juta rakyat Palestin (1 juta daripadanya kehilangan tempat tinggal selepas melarikan diri dari serangan Israel di bahagian lain) kini terperangkap di bandar paling selatan Gaza dan tiada tempat untuk dituju.