Dulu, UMNO berkempen seolah-olah hanya mereka yang boleh menjaga martabat penjawat awam. Sampai ada yang takut pencen akan terhenti kalau kerajaan bertukar. Kononnya pembela penjawat awam.
Hari ini, apabila timbul isu penggantungan tugas pegawai kanan kerajaan di Negeri Sembilan, suara yang selama ini didakwa paling kuat mempertahankan penjawat awam di manakah?
Soalnya bukan sama ada seseorang pegawai boleh disiasat. Kalau ada salah laku, siasatlah. Tetapi tindakan tatatertib mesti melalui proses yang betul, dibuat oleh pihak yang mempunyai punca kuasa, dan memberi pegawai berkenaan peluang untuk menjawab.
Penjawat awam berkhidmat kepada kerajaan yang dipilih rakyat, walaupun parti dan pemimpin bertukar. Sebab itu kita perlu menghormati peraturan yang melindungi kebebasan institusi perkhidmatan awam.
Kalau benar mahu mempertahankan penjawat awam, pertahankan hak mereka kepada proses yang adil, termasuk apabila tindakan itu datang daripada kerajaan sendiri.
Saya pun tidak pasti siapa yang menasihati UMNO dan MB Negeri Sembilan sekarang.
Bayangkan ada satu orang kaya ni.
- Wang tunai ada kat rumah RM100 juta.
- Barang kemas (gelang, rantai, cincin) ada 12,000 jenis nilai lebih RM600 juta.
- Beg mewah lebih 500 buah nilai sampai RM50 juta.
- Jam tangan mewah ada 400 utas nilai RM80 juta dll.
Lepas tu ada orang biasa kerja kilang, makan gaji, kerja delivery, pesara kerajaan, bagi derma kat dia RM500-1,000. Duit tu hasil susah penat mereka bekerja dan OT sampai 12 jam. Hidupnya pun sekadar cukup makan.
Derma semata-mata sebab kasihan kat orang kaya tu.
Bayangkan benda ini je dah tak logik. Haisshh.
AMPUN
9 tahun lalu, saya mula menulis kerana 1MDB. Dimaki dan dicaci oleh cyber troopers DS Najib Razak, sampai mengancam keselamatan anak, saya tekad terus menulis melawan propaganda mereka.
Sampailah DS Najib didapati bersalah dan dipenjara. Rayuan kes dan sabitan kes kedua. Saya terus pekakkan telinga, cekalkan hati menulis, sampai caci maki itu sudah jadi alah bisa tegal biasa.
Ada suatu ketika, saya hadir ke perbicaraan 1MDB di Mahkamah. Memberi sokongan kepada rakan2 TPR. Setengah jalan, saya dihalau keluar. Keluarga beliau tak selesa saya di situ. Walau saya nyatakan hak saya sebagai orang awam untuk hadir di public gallery Mahkamah, ada rakan di Mahkamah merayu jangan susahkan urusan mereka. Saya akur jua.
Satu benda saya percaya. Apa saja makian dan tekanan yang dibuat untuk saya perjuangkan kes 1MDB, bukannya datang dari DS Najib sendiri. Orang disekelilingnya yang menekan. Itu yang saya perhati.
**************
Saya ingat suatu ketika, pernah hadir membentangkan suatu Akta Kementerian saya di hadapannya. Beliau lembut bicara. Nampak penat tapi mindanya sharp memberi pandangan. Tak nampak sebagai insan crook dan zalim. Mungkin sebab itu dia ditipu jua.
Wang 1MDB RM2.6b yang mengalir ke akuannya. Bukan dibelanjakan untuk diri sendiri, tapi majoriti diberi kepada parti. Ada portion dia beri isteri dan famili.
Tapi bila kena dakwa dan dipenjara, beliau seorang saja. Dah masuk 4 tahun di sana.
Yang lain, keluarganya yang buat filem dan kumpul handbags dan diamond, pegawainya yang berjoli berparty seluruh dunia, ahli partinya yang sakan berbelanja tak hengat, terlepas bebas. Beliau menanggung dosa ini sendirian.
*****************
Ada orang tanya saya. Apa pendirian saya tentang pengampunan Najib Razak hari ini?
Jawapan saya, sememangnya beliau tidak layak mendapat pengampunan penuh. Kerana Agong terdahulu sudah beri pengampunan separuh.
12 tahun penjara, 120j denda. Sudah dipotong ke 6 tahun dan RM50j.
Ini pula kes kleptokrasi terteruk di dunia. Ia bukan kesalahan peribadi, ia jenayah kepada negara. Takkan lah nak disuci, bagi clean slate dengan mudah.
Namun, kalau ditanyakan kepada saya, adakah beliau layak dipertimbangkan untuk tahanan rumah, ini kompromi yang saya tidak kisah untuk terima.
Pemimpin dulu dapat pengampunan lepas habiskan separuh masa penjara. Kes sebegini kalau tak boleh pengampunan penuh, saya kira ini concession yang wajar.
Satunya, kerana jasa beliau yang ada. Dua, kerana dia seorang menanggung dosa kes ini, tanpa orang lain dihukum sekali. Tiga, dia sedang sakit dan sudah tua.
Cuma, berilah syarat nyata. Dalam habiskan tempoh tahanan di rumah. Jangan maciam2 pulak. Buat kudeta politik ka.
Sebab kita tahu bukan DS Najib yang selalu mereka2. Orang sekelilingnya yang rosakkan masa depan dia.
***************
Tahanan rumah ini akan memberi tekanan hebat kepada PH dan DAP. Walau mungkin betul telahan mereka, menang PRN super majoriti, BN akan bebas Najib, but this is the cost when you sleep with the “devil”. It won’t be all rosy. Kena hadaplah makian penyokong teras anda.
Pada kita pengundi biasa, ini pengajaran besar kepada negara. Menunjukkan no one is above the law. The all mighty Perdana Menteri pun boleh tersungkur di penjara. Siapalah kita pula?
Memimpin ini ada bebannya. Bukan semata pangkat dan harta. Namun yang dinilai ialah amanah negara yang dijaga.
Pesan2kan untuk anak kita di hari muka.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
@malaydigest Itulah masa ada kuasa jahat nk mampos!!! Ni sikit lg nk mampos, Allah balas sikit kejahatan atas dunia. 2018 sape ek gazette x pyh jemput ex pm?
Ke neraka jahanam lah madet nii 🤣🤣