Bermula di Sabah, kemudian di ikuti oleh Johor, Negeri Sembilan dan terkini, Melaka?
Kekalahan merah (Republikan) di US diketua'i oleh Trump manakala kekalahan merah (PH) di negeri-negeri Malaysia di ketua'i oleh @anwaribrahim
PKR (@KEADILAN ) parti tunggak kerajaan Madani mendapat "telor ayam" (0 kerusi) di Sabah, 1 di Johor, 2 di Negeri Sembilan dan terkini, "telor ayam" di Melaka!.
Apa nak heran @partibersamamy kalah kesemua kerusi kalau PKR (tunjang parti kerajaan Madani) juga kalah di kesemua kerusi?
#Bersama "tanam benih", PKR dan PH tanam apa?
Oh ya! hampir terlupa.
Nasib yang menimpa Anwar seakan sama saperti nasib yang menimpa rakan "berjogetnya" di tarmac KLIA, Presiden Trump.
Aku tertunggu-tunggu reaksi pimpinan PKR saperti @n_izzah@saifnasution@AmirudinShari@datoramanan@FuziahSalleh99@DrZalihaMustafa@FadhlinaComms@AdamAdli@fahmi_fadzil@kamilmunim dll (termasuk @syam_ghaz & #ceplos).
Pengajaran utama PRN Melaka 2026
Undi popular tidak sama dengan kerusi. BN naik hampir 11 mata (38.4% ke 49.2%) tetapi kerusinya kekal 21. PN pula hilang lebih 10 mata, namun kerusinya bertambah daripada 2 kepada 3. Yang menentukan kemenangan ialah di mana undi itu jatuh, bukan berapa banyak.
Berpecah merugikan semua pihak. Pada 2021, blok PN (termasuk Bersatu) meraih 24.3%. Kali ini PN dan Bersatu bertanding berasingan, dan gabungan undi mereka jatuh ke 17.1%. Bersatu bertanding solo hanya dapat 3.2% (dari 14.6%) dan tiada kerusi. Jenama gabungan nampaknya lebih kuat daripada jenama parti sendiri.
Undi rakan gabungan tidak semestinya berpindah. BN tidak bertanding di Paya Rumput dan Bukit Katil, tetapi PH gagal memanfaatkannya. PAS menang kedua-dua kerusi. Mengalah di sesuatu kerusi tidak menjamin penyokong akan mengundi rakan.
Calon itu penting. Datuk Rais Yasin berpindah dari Paya Rumput ke Sungai Udang dan menang dengan majoriti terbesar (16,214). Paya Rumput yang ditinggalkannya pula jatuh ke tangan PN.
Kerusi campuran paling sengit. Majoriti terkecil semuanya di kerusi bercampur kaum: Machap Jaya (2,236), Pantai Kundor (2,752) dan Gadek (3,514). Kerusi seperti inilah yang paling mudah bertukar tangan pada masa depan.
PH terlalu bergantung kepada DAP. DAP kekal 4 kerusi bandar dengan selesa. PKR dan Amanah pula tiada kerusi langsung, dan Amanah kehilangan satu-satunya kerusi (Bukit Katil). Di kawasan majoriti Melayu, PH masih lemah.
PAS menang dengan bertanding lebih sedikit. Undi PAS hampir tidak berubah (7.0% ke 7.2%), tetapi kerusinya naik dari 0 ke 2. Bertanding di lebih sedikit kerusi tetapi lebih tertumpu ternyata berbaloi.
Parti baharu boleh bertapak di ruang kosong. Bersama meraih 3.9% dari 16 kerusi. Keputusan terbaiknya ialah di Bemban: 22.5% dan tempat kedua, di kerusi tanpa calon BN mahupun PH. Ruang paling luas untuk pendatang baharu ialah di kerusi yang ditinggalkan gabungan besar.
Keluar mengundi naik. Kadarnya naik dari 64.5% ke 71.1%. Namun angka 2021 rendah kerana sekatan COVID-19, jadi perbandingan ini perlu dibuat dengan berhati-hati.
Tersentuh hati apabila melihat team media dan para sukarelawan parti BERSAMA yang bertungkus lumus bekerja di lapangan tanpa dijanjikan sebarang wang ringgit. Semuanya dilakukan dengan penuh keikhlasan, semangat dan komitmen demi perjuangan parti.
Saya Melayu, @ahmadmaslan. Saya tak sokong Najib jalani tahanan rumah.
No one appointed you to speak for every Malay in this country. Just speak for yourself.
Thank you for your attention to this matter.
PKR mendapat 0 kerusi dlm PRN Melaka, sama seperti BERSAMA, sebuah parti yang baru berusia 5 bulan.
Namun, PKR merupakan parti dlm gabungan Pakatan Harapan (PH), manakala BERSAMA pula ialah sebuah parti tunggal yang tidak bergabung dngn mana-mana gabungan parti politik.
And that's a wrap for voter turnout (VTO) tracking for today.
This was the first time I've run live estimates of VTO by ethnicity, made possible by @sprgovmy releasing realtime VTO by DM. Excellent work, and I hope repaid the better data with good output!
On the API side, https://t.co/Mryk0CtpE7 has already served nearly 9 million hits, even before the results are out ๐ I expect the hammering to continue tonight, with 0 loss of performance!
As always, all pages + APIs + data lake files will be updated as official results are released.
If you want unofficial results, go follow your political party sitesโmaybe next election, SPR will release live data by saluran during counting?
Then I can estimate voter turnout AND results by age and ethnicity. What a dream that would be!
PRN Melaka yang keluar mengundi telah diterbitkan. Angka setakat 1800 jam. Angka rasmi akan diumumkan oleh SPR.
Terima kasih kapada @Thevesh dan https://t.co/6tPQ3jLNf5
And we're live!
https://t.co/amsjj4Va5P
Malaysians - you now have a fully open API you can hammer to get essentially real-time (updated every 5 min) voter turnout for the Melaka state election!
Enjoyโwill be back later with analysis.
It's Melaka election day!
For the first time ever, @sprgovmy is providing LIVE (literally realtime) voter turnout (VTO) via:
https://t.co/XgS4RPnqlV
However, as expected, no API or structured data for all of us to use and analyse.
Fixing that shortly, be right back.
If the data is what I think it is, this should also allow me to produce real-time estimates of voter turnout by ethnicity (not by age, because no VTO by saluran)!
HUGE update:
For the first time ever, because of the speed + level at which SPR are releasing turnout data, I am able to estimate (using ecological inference) voter turnout by ethnicity every 5 minutes!
Not only that, but I'm also able to do an end-of-day projection by ethnicity as well. Latest projections:
โข Malay: 72%
โข Chinese: 66%
โข Indian: 69%
Unfortunately cannot do by age, because SPR isn't releasing saluran-level data, but DM-level data is more than good enough to produce estimates by ethnic group.
All live and updated every 5 minutes here:
https://t.co/zPKLb3sAun
Rumah Najib Razak telah diwarta sebagai Penjara tapi hari ini dimaklumkan Najib boleh tinggal bersama Isteri, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu..
Patut la Hannah Yeoh tidak mahu tunjuk syarat-syarat lembaga Pengampunan, rupanya kebenaran tinggal bersama keluarga ada dalam SYARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN..
Malaysia akan terus jadi bahan jenaka.. Barisan Nasional dan Pakatan Harapan benar-benar celaka..
Ya Allah, permudahkanlah urusan, kurniakan kesihatan, dan berikan ketenangan kepada 16 calon Parti BERSAMA dalam PRN Melaka esok. Berkati dan peliharalah kelancaran dan keharmonian proses pilihan raya ini demi kesejahteraan seluruh rakyat Melaka. Amin Ya Rabbal Alamin. ๐
Warkah Terbuka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. (Risalah Al-Muluk).
Beza pendapat bukan menjebat
Luah rasa bukan menderhaka. FA
#DaulatTuanku
๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ | ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ง๐ ๐ง๐จ๐ง๐จ๐ฃ ๐๐ ๐๐ฌ๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ข๐
Hari ini hari terakhir kempen PRN Melaka. Saya mulakan pagi dengan Kuali Terbang Kancil di Sungai Udang, kemudian singgah untuk Ngopi BERSAMA di Bemban dan Bandar Hilir.
Malam ini, kita akhiri dua minggu kempen dengan Ceramah Kemuncak BERSAMA di Dataran Madani, Ayer Keroh. Kami akan berkongsi apa yang kami dengar sepanjang turun padang, menjelaskan cadangan yang kami bawa dan menyampaikan rumusan dan mesej akhir kempen kepada pengundi sebelum hari mengundi.
๐ Jumaat, 13 November 2026
8.00 pagi | Kuali Terbang Kancil, DUN Sungai Udang
๐ Jalan Desa Taming Sari 2, Sungai Udang
10.45 pagi | Ngopi BERSAMA?, DUN Bemban
๐ Tujuh Cherita, JC2688, Jalan BJB 3/1, Fasa 3, 77200 Bemban, Melaka
2.00 petang | Ngopi BERSAMA?, DUN Bandar Hilir
๐ Seribu Rasa Cik Ani, 6d, Lorong Haji Bachee, Kampung Bukit China, 75100 Melaka
8.00 malam | Ceramah Kemuncak BERSAMA, DUN Ayer Keroh
๐ Dataran Madani, Taman Ayer Keroh Heights, Ayer Keroh
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk bersembang dan berkongsi pandangan sepanjang dua minggu ini. Kalau berdekatan, jemput singgah. Jumpa malam ini.
#FinaleBERSAMA #BERSAMA #PRNMelaka2026
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
12 November 2026
๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฆ๐ฌ๐ง๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐ ๐ช๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐
Kempen pilihan raya negeri adalah pentas yang baik untuk parti-parti progresif mengambil peluang membawa agenda ketelusan politik kepada rakyat.
Dalam Pilihan Raya Johor yang lalu, BERSAMA telah melontarkan cadangan dan cabaran kepada Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim supaya Laporan Suruhanjaya DiRaja Tabung Haji dinyahrahsia dan disiarkan kepada orang ramai.
Cadangan dan cabaran itu berhasil dengan pendedahan laporan tersebut kepada orang ramai, yang disusuli dengan beberapa individu didakwa di mahkamah.
Dalam Pilihan Raya Melaka, BERSAMA sekali lagi mengambil peluang dengan melontarkan cadangan dan cabaran kepada Perdana Menteri dan Pakatan Harapan.
Sebelum ini, alasan yang selalu dipakai untuk menolak pembaharuan politik ialah untuk menjaga hati Barisan Nasional yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan.
Alasan itu telah terbatal dengan sendirinya apabila PH dan BN bergaduh secara terbuka, walaupun masing-masing tidak mahu berganjak dari sandiwara politik ini. PH tidak mahu mengambil tindakan memecat BN dari kerajaan, BN tidak mahu keluar dari kerajaan.
Calon-calon BERSAMA di Pilihan Raya Johor dan Pilihan Raya Melaka telah mengisytiharkan harta sepenuhnya dengan membuat akuan bersumpah. Pengisytiharan harta mereka boleh disemak oleh pengundi di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Sehingga hari ini, tidak ada satu kontroversi pun yang timbul dari pengisytiharan harta ini. Alasan-alasan seperti yang digunakan oleh parti politik lain sebelum ini, termasuk soal kerahsiaan dan privasi, tidak berbangkit.
Tidak ada seorang pun calon-calon BERSAMA yang berdepan masalah akibat keberanian mereka mengisytiharkan harta.
Calon-calon PKR hanya mengisytiharkan harta semasa PRU 2022 semasa saya menjadi Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya ketika itu.
DAP memang diketahui tidak bersetuju dengan pengisytiharan harta dan pendirian DAP/AMANAH tidak banyak berbeza dari BN dan PN dalam perkara ini.
Satu strategi politik yang boleh digunakan oleh Datoโ Seri Anwar Ibrahim dan PH ialah dengan meluluskan peraturan yang mewajibkan semua wakil rakyat mengisytiharkan harta, termasuk komitmen meminda peraturan pilihan raya yang mewajibkan calon-calon yang ingin bertanding mengisytiharkan harta.
Jika PH memberi komitmen untuk mengisytiharkan harta dan Kerajaan Madani mengambil langkah berani mengkanunkan syarat pengisytiharan harta sebagai salah satu pembaharuan pilihan raya, keengganan BN dan PN menyokong langkah pengisytiharan harta menguatkan pandangan orang ramai bahawa BN dan PN tidak serius untuk membanteras rasuah politik.
BERSAMA percaya jika PH mengambil langkah ini, pengundi-pengundi PH yang tawar hati mungkin akan mengubah pendirian mereka.
Walaupun itu mungkin bermakna undi PH tidak beralih kepada BERSAMA, penguatkuasaan syarat pengisytiharan harta adalah satu kebaikan yang besar kepada masyarakat untuk melawan gejala rasuah politik.
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Najib Razak, who is under house arrest, spent nearly eight hours out of said home for Friday prayers, returning at 6.27pm.
I also went for Friday prayers. I got home at 2pm.
https://t.co/Ng9gYghV4w
Saya dan Dr. Solehin yang bertanding di DUN Bemban telah bertemu penduduk dalam satu program komuniti.
Kami sempat berkenalan dan mendengar sendiri pandangan mereka tentang Bemban.
Dr. Solehin bukan orang baharu dalam politik. Beliau sudah aktif di peringkat akar umbi dan masih berkhidmat sebagai doktor di Melaka, di mana beliau turut memiliki beberapa klinik.
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa petang itu bersama BERSAMA. Saya hargai sambutan mesra dan kesudian yang hadir berkongsi cerita dengan kami.
#BERSAMA #Bemban #DrSolehin
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
12 November 2026
๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ฆ ๐จ๐ ๐ก๐ข
Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga Ahli Parlimen Jasin, YB Zulkifli Ismail membidas kenyataan saya yang mengingatkan rakyat dan ahli PAS bahawa kerjasama PAS dengan UMNO sebelum ini tidak pernah melebihi tiga tahun.
Beliau pernah terkenal kerana membaca doa Qunut Nazilah mendoakan kejatuhan pimpinan Kerajaan Perpaduan, yang turut melibatkan pimpinan UMNO yang menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan.
Walaupun beliau membidas kenyataan saya, PAS tidak boleh menafikan bahawa fakta sejarah itu adalah tepat.
Memang kerjasama PAS dengan UMNO sebelum ini tidak pernah kekal melebihi tiga tahun, sebelum ia kembali kepada pergaduhan yang memisahkan orang Melayu.
UMNO menuduh PAS memecah belah perpaduan Melayu, sementara PAS menuduh UMNO tidak mengamalkan Islam. Keadaan ini mewarnai dinamik politik di antara UMNO dan PAS untuk sebahagian majoriti tempoh 70 tahun yang lepas.
Semasa penubuhan Kerajaan Perpaduan, PAS menjadikan isu kepimpinan Datoโ Seri Zahid Hamidi yang berhadapan dengan 47 pertuduhan kes rasuah sebagai sebab utama pengundi Melayu perlu menolak UMNO.
Kritikan PAS terhadap peribadi Datoโ Seri Zahid Hamidi dan pertuduhan 47 kes itu adalah lebih kencang berbanding kritikan PAS terhadap sabitan kesalahan penyelewengan kes 1MDB dan Datoโ Seri Najib Razak.
Oleh itu, menjelang hari mengundi Pilihan Raya Melaka ini, saya menyeru YB Zulkifli Ismail (yang pernah membaca doa Qunut Nazilah ini) menyatakan secara terbuka mengenai pendirian yang dibuat oleh Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang sebelum ini mengenai 47 pertuduhan kes rasuah terhadap Datoโ Seri Zahid Hamidi; seperti berikut:
Dewan Rakyat, 13 September 2023:
โ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ข๐ง๐ข.โ
โ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ญ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ญ๐ฎ๐๐ฎ๐ก ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก, ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ๐ข ๐ฆ๐๐ฌ๐ญ๐ข ๐๐ข๐๐ข๐๐๐ซ๐๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข ๐ก๐๐๐ข๐ฌ-๐ก๐๐๐ข๐ฌ.โ
Dewan Rakyat, 24 Oktober 2023:
โ๐๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฐ๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ก, ๐ญ๐๐ซ๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ ๐๐๐ค๐๐ญ, ๐ฆ๐๐๐๐ฆ-๐ฆ๐๐๐๐ฆ. ๐๐๐๐, ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ก ๐ค๐๐ง๐ ๐ก๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ๐๐ง, ๐๐ข๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ค๐๐ง, ๐๐ข๐๐๐๐๐ฌ๐ค๐๐ง. ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐๐๐ ๐๐ข๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐...โ
YB Zulkifli Ismail menyatakan bahawa PAS bekerja keras untuk memastikan kerjasama dengan UMNO kali ini kekal selama-lamanya, tidak seperti sebelum ini yang tidak kekal melebihi tiga tahun.
Kenyataan itu bermakna PAS menarik balik kritikan-kritikan terhadap Datoโ Seri Zahid Hamidi dan pertuduhan 47 kes sebelum ini, yang sering dijadikan alasan sebagai penghalang kepada kerjasama UMNO dan PAS.
Menjelang hari mengundi di Melaka, adalah wajar PAS menyatakan secara terbuka sebab musabab yang mendorong mereka mengubah pendirian mengenai pertuduhan 47 kes itu.
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐