Keperibadian dan prinsip perjuangan bukanlah satu perhiasan, melainkan warisan yang terus diturunkan dan diperkukuh menerusi ilmu, integriti, serta keberanian berdiri di atas pentas kebenaran dan keadilan.
Baru-baru ini naik semula video anak bongsu YAB Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar, menaiki pentas graduasi di New York University (NYU) pada Mei 2024, dengan menggalas keffiyeh Palestin dan kain rentang “Free Palestine”, menzahirkan mesej yang tegas kepada dunia.
Tindakan ini bukan sekadar simbolik, tetapi kesinambungan obor perjuangan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim (PMX) - seorang sosok yang diiktiraf sebagai ‘Anak Palestin’ oleh Almarhum Yasser Arafat sejak 1983, akrab dengan Almarhum Khaled Meshaal dan Almarhum Ismail Haniyeh, selain sentiasa konsisten membawa suara keadilan umat di pentas antarabangsa seperti PBB dan ASEAN.
Kejayaan Nurul Hana itu mengingatkan saya kepada ibu beliau, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah (Kak Wan) yang dinobatkan Pelajar Terbaik (Pingat Emas) Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) 1977.
Kak Wan mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St Nicholas, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pengajian di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan (TKC).
Cemerlang dalam peperiksaan, Kak Wan kemudiannya menyambung pengajian ke luar negara pada 1973. Beliau menjadi pelajar dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons, Ireland.
Berjaya memperolehi ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi, beliau juga dinobatkan sebagai anak Melayu pertama dianugerahkan Pingat Emas MacNoughton-Jones pada 1977, di atas kecemerlangan akademik.
Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya.
Selain menjadi wanita pertama menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang beliau juga, menerima beberapa anugerah lain seperti Honorary Fellowship in Surgery oleh Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) serta Anugerah Tokoh Pendidikan College of Physicians Malaysia yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Perak.
Kak Wan turut dianugerahkan 2025 Lifetime Achievement Award in Ophthalmology dalam Kongres Saintifik Oftalmologi Malaysia 2025 atas sumbangan besarnya dalam bidang perubatan mata. Di samping itu, beliau turut dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains, Politik dan Kemasyarakatan oleh Universiti Selangor (Unisel) atas idea serta keprihatinan tinggi beliau terhadap institusi berkenaan.
Hijab bukanlah penghalang, melainkan simbol maruah, identiti, dan kekuatan seorang Muslimah untuk melakar kejayaan di pentas tempatan mahupun antarabangsa.
Kejayaan tidak pernah membeza-bezakan jantina atau pakaian, sebaliknya ia hadir menerusi ikhtiar yang bersungguh-sungguh, sifat cekal yang tidak mengenal kata menyerah, serta pergantungan jitu kepada Allah ﷻ.
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
"Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya, dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat."
42. Ash-Shuraa • Ayat 20
"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."
30. Ar-Rum • Ayat 41
Tak semua yang kita kejar akan kekal.
Jawatan boleh berubah.
Duit boleh habis.
Kawan boleh pergi.
Tapi masa yang kita luangkan dengan orang yang kita sayang…
Itulah yang suatu hari nanti akan kita cari semula, walaupun dengan seluruh harta dunia.💐
#jiwatenang
Jika Allah mengabulkan doaku maka aku berbahagia, tapi jika Allah tidak mengabulkan doaku maka aku lebih berbahagia. Kerana yang pertama adalah pilihanku, sedangkan yang kedua adalah pilihanNya.
- Ali bin Abi Thalib
If Allah has written something for you, no distance, no delay, no person, and no obstacle can stop it from reaching you. And if He has not written it for you, no amount of chasing will ever bring it.
Tahniah Hospital Bukit Mertajam atas pengiktirafan dunia sebagai Green Hospital, sekali gus menjadi satu-satunya hospital di Malaysia yang tersenarai dalam 250 hospital terbaik dunia bagi inisiatif kelestarian.
Inilah kejayaan yang membanggakan negara, apabila kecemerlangan perkhidmatan kesihatan berjalan seiring dengan tanggungjawab memelihara alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Syabas dan tahniah!!
#YakinMADANI
Meletakkan seluruh hatimu pada takdir Allah, bahkan ketika kamu tidak mengerti rencana-Nya.
You cry, you pray, you wait.
But deep down, you believe:
“Apa yang Allah simpan untukmu selalu lebih baik daripada apa yang kamu minta.”
Are you always unhappy & discontented? If you are, check for these symptoms. Are you always criticising others; quick to condemn people or comparing yourself with others? Quit all that & feel the difference.
Bismillah,
اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا
“Inna fatahna laka fathan mubīnā”
Semoga Allah bukakan jalan yang terbaik, mempermudahkan setiap urusan dan melapangkan rezeki kita semua. Aamiin.
Bila sebut rezeki, kita terbayang :
1. Kerja stabil
2. Bisnes masyuk
3. Pangkat besar
Tapi kita selalu lupa :
1. Ibubapa masih hidup, boleh doakan kita
2. Pasangan yang memahami
3. Family mentua layan macam family sendiri
4. Tubuh badan sihat daripada penyakit
I love this quote:
"Terkadang Allah jauhkan kamu dari sesuatu bukan kerana kamu tak layak, tapi Allah tahu kamu layak dapat yang lebih baik. Percayalah pada rancangan Dia."
"Allah has seen you troubled, Allah has seen you scattered silently. He has seen your tears, He knows your pain, He has seen your soul weakening, He has seen your heart breaking, He has seen the nerves of your mind bursting. Everything will be fine soon. Just be patient"