Jika jalanmu kelam tiada arah,
Langitkan pengharapanmu penuh berserah,
Pada Allah -
Agar purnamamu kembali terang dan cerah
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadan 🤍
Moga dengan berkah Nisfu Sya'ban, Allah gugurkan kegusaran hati 🤲🏻
Ketahui had diri -
Usah menangkan jiwa akhirnya akal terbeban,
Usah juga menangkan akal jika akhirnya tubuh terkorban.
Dirimu pantas memilih -
Pilihlah sebaik-baik pilihan,
Kerna padanya kau akan terus bertahan.
Pengalaman mengajarkanku:
Keberkatan ilmu pelajar,
Ada pada gurunya.
Keberkatan hidup guru,
Ada pada pelajarnya.
Tiada siapa yang lebih,
Kedua-duanya saling melengkapu antara satu sama lain.
@hadi_azlan18 Meskipun hakikat sesuatu perkara bermula daripada tiada kepada ada, namun ketiadaan selepas ada terkadang membekas ke dasar jiwa.
Apakah mungkin ketiadaannya diadakan semula?