I mourn today the passing of a dear friend, Professor John L. Esposito, one of the world’s foremost scholars of Islam. I first came to know John in the early 1970s, and our friendship endured for more than five decades since.
John built the intellectual foundations for a deeper understanding of Islam in the West. His contribution to the cause of Muslim-Christian understanding was enormous. He founded Georgetown’s Centre for Muslim-Christian Understanding, edited the “Oxford Encyclopaedia of the Islamic World,” served as President of the Middle East Studies Association of North America, and co-authored, with John Voll, “Makers of Contemporary Islam,” a study of the diverse and often divergent paths taken by modern Muslim political thought. His more accessible works, from “What Everyone Needs to Know About Islam” to his landmark study with Dalia Mogahed, “Who Speaks for Islam?,” carried that same rigour to a far wider audience, particularly after September 11 when the world badly needed it. He built bridges where others were content to build civilisational barriers.
I will remember John as a formidable scholar, yes, but more than that, as a friend whose counsel I valued over many years. John was as generous in private conversation as he was rigorous on the page. And he stuck with me through thick and thin.
On behalf of Malaysia, I extend my deepest condolences to his beloved wife, Jean, and to John’s family, colleagues and students. May his scholarship and the dialogue he spent his life building continue to bear fruit. He was, to the end, a true friend to the Muslim world.
ANWAR IBRAHIM
JADILAH TAMAK DI HARI ARAFAH NANTI
Di hari Arafah besok, berdoalah sebanyak-banyaknya. Jangan batasi doa-doa mu. Mintalah yang besar, yang kecil, bahkan yang terasa mustahil di mata manusia.
Karena apa yang mustahil bagi manusia, sangat mudah bagi Allah.
Berikut 30 doa yang bisa dipanjatkan ketika hari Arafah. Teman² bisa di save dan di share/retweet ya, supaya yang lain tau.
Dalam sidang media petang tadi, saya menjelaskan bahawa konflik yang semakin meruncing di Asia Barat telah mula menjejaskan ekonomi dunia melalui gangguan rantaian bekalan tenaga serta lonjakan harga minyak global yang mencetuskan ketidaktentuan pasaran.
Sebagai negara perdagangan terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias perkembangan ini dan berdepan risiko kenaikan kos pengangkutan, tekanan terhadap harga barangan serta cabaran kepada kestabilan ekonomi.
Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI memilih untuk mengambil langkah sukar dengan mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak dunia meningkat, demi mempertahankan kepentingan rakyat.
Pada masa yang sama, Kerajaan turut melaksanakan langkah awal penjimatan dalam perbelanjaan negara termasuk membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh kementerian, agensi Kerajaan dan GLC serta menghadkan lawatan luar negara oleh anggota pentadbiran.
Kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan konflik ini dan mengambil langkah tambahan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terpelihara serta kebajikan rakyat terus dilindungi.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Berjiwa besarlah kita dalam menanggapi perubahan.
Di dalam hamparan Pelan Rancangan Pendidikan Malaysia yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri @anwaribrahim semalam beliau ada quote T.S. Eliot:
“Between the idea
And the reality
Between the motion
And the act
Falls the shadow”
Beliau akui akan ada jurang dan cabaran besar dalam pelaksanaan namun meletak percaya kepada barisan pelaksana dengan memberi amaran keras bahawa beliau akan memantau rapat pelaksanaan. Beberapa kali dalam ucapan beliau memuji kecekapan dan kesediaan pasukan Menteri dan Kementerian untuk mempercepatkan pelaksanaan dan memberi komitmen penuh di peringkat Kementerian Kewangan bagi mendokong prosesnya.
Ia memberi mesej dan motivasi jelas bahawa di sebalik besarnya idealism, ia menuntut kepada komitmen dan keupayaan ‘execution’.
Berjiwa besarlah kita menanggapi perubahan. Bersedia untuk tidak bersedia dan segera beradaptasi segera dengannya.
#JalanTerus
Ampuni kami yang membiarkan rakyat Syria dizalimi bertahun-bertahun lamanya. 😭
Membayangkan seksaan sahaja sudah cukup mengerikan apatah lagi bagi mereka yang melaluinya sendiri.
Diberi peluang melihat sendiri Penjara Sednaya, Damsyik, Syria ini benar-benar menimbulkan rasa keinsafan. Betapa sebuah kekuasaan itu benar-benar mampu menjadikan seseorang umpama raksasa yang hilang rasa jiwa kemanusiaan.
Penjara yang dikatakan sebagai pusat sembelihan manusia. Pusat yang digeruni ramainya rakyat Syria. Sehingga ada yang mengatakan di antara mati dihentam bom dan roket, atau ditangkap serta dipenjara, mereka lebih rela memilih untuk mati sahaja.
Masih berlegar rasa hanyirnya bau darah.
Masih teringat saat terpijak guni yang berisi daging dan tulang yang telah dikisar.
Masih terbayang mesin memampat jasad dan mesin pengisar yang masih bersisa darah dan daging.
Masih terasa sesaknya nafas melihat sel-sel kecil yang disumbat puluhan malah ratusan tahanan sehingga tiada ruang untuk mereka berbaring.
Sukar rasanya untuk menghilangkan semuanya ini.
Ya Rabbi!
Ampuni kami yang membiarkan rakyat Syria dizalimi bertahun-bertahun lamanya. 😭
Sahabat Syria yang bersama-sama kami sepanjang meninjau keadaan penjara seolah-olah hilang perkataan. Senyap seribu bahasa. Sehingga kami kembali semula ke dalam kereta dan keluar dari kawasan penjara beliau tanyakan soalan yang sukar kami jawab.
“Apa yang dia (Bashar) dapat dengan menzalimi kami seperti ini?!”
Bengis dan jelas terpampang kesedihan dari wajahnya.
Kami terdiam. Tak tahu nak jawab apa.
“Wallah, tiada apa pun manfaat yang dia akan dapat. Bunuhlah kami, seksalah kami. Kami tidak lagi mahu berpaling. Sehingga kemenangan akhirnya benar-benar sampai.”
Aku hanya mampu menepuk lembut bahunya. Juga kehilangan kata.
Harga untuk membebaskan Syria ini bukan percuma. Ia tidak murah.
Berbayarkan darah dan nyawa.
Hilang segala harta dan kehidupan dihenyak semahunya.
Terdampar di bumi asing demi menyelamatkan nyawa.
Diperlakukan seperti tiada maruah. Malah ada yang terpaksa menggadaikan maruah.
Nyawa diragut buasnya lautan luas, ditembak di persempadan lintasan negara, mati keras kesejukan.
Sungguhlah kekuasaan bathil yang durjana dan maha zalim.
Kini walau segala kesakitan masih berbekas dalam setiap jiwa anak watan Syria, namun mereka benar-benar merasai nikmat kebebasannya. Mereka mahu membina kembali negara yang mengutamakan kemuliaan insan.
Terus hiduplah dengan aman dan tenteram wahai Bumi penuh keberkatan, Syria!
Allhumma Bariklana fi Syamina wa Yamanina!
[Pengumuman Kemenangan Revolusi Syria]
Setelah beberapa dekad kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Assad yang kejam terhadap rakyat Syria, dan setelah pengorbanan besar yang dilakukan oleh para wira Revolusi Syria yang agung selama 14 tahun, di mana rakyat kita yang mulia telah memberikan ratusan ribu syahid, yang cedera, dan yang dipenjarakan, serta berjuta-juta yang terpaksa berpindah dalam epik kepahlawanan yang bermula dari bulan Mac tahun 2011, sehingga akhirnya mencapai kemenangan yang gemilang berkat rahmat dan pertolongan Allah Yang Maha Kuasa, pada pagi hari 8 Disember 2024, kami dalam Pentadbiran Operasi Ketenteraan mengucapkan tahniah kepada rakyat Syria yang agung atas kemenangan revolusi mereka yang diberkati, yang menjadi legitimasi yang bersuara atas nama mereka. Berdasarkan itu, kami mengumumkan perkara berikut:
1. Kemenangan Revolusi Syria yang agung, dan menjadikan 8 Disember setiap tahun sebagai hari kebangsaan.
9. Pemberian kuasa kepada Presiden untuk membentuk sebuah majlis perundangan sementara bagi fasa peralihan, yang akan menjalankan tugasnya sehingga perlembagaan tetap negara diluluskan dan dikuatkuasakan.
“Kami kenal dan hormat dengan Malaysia! Terima kasih kerana sentiasa bersama kami. Dahulu ketika kami di dalam peperangan yang dahsyat, kami mendapat motivasi dari sokongan Malaysia kepada perjuangan kami.”
“Kalian sokong usaha kami dengan pelbagai cara. Kami melihat video doa-doa kalian, demonstrasi yang kalian lakukan, bantuan kemanusiaan yang kalian berikan kepada yang memerlukan, benar-benar membuatkan kami kuat untuk terus berjuang. Kalian berada di atas ‘kepala kami’ (hormat).”
- Abdul Wahab Da’as, Ketua Pengurusan Hubungan Politik, Bahagian Aleppo, Syria.